Friday, October 28, 2011

Life at UTHM

Meh sini aku nak cerita sedikit sebanyak tentang masa belajar aku, apa yang aku belajar dan apa yang aku ambil. Dekat UTHM ni aku ambil course kej mekanikal. Course yang sangat susah bagi aku sebab sebelum nia aku ambil course lain sekali dapat course lain.


Jadi memang lari bidang laaa tapi tak apa aku still boleh catch up lagi dengan semua subjek yang ada, tapi kadang-kadang tu ada juga yang out of track..he..he..so nak tak nak kena kejar balik laa..he..he..


Aku ingat dah degree ni tak payah laa aku masuk lab lagi tapi haram kena juga masuk dan yang paling tak boleh blah tiap-tiap minggu kena buat report dan hantar report dan report pula kena tulis tangan memang kebas dan rasa nak tercabut pun ada, banyak koowwtt benda nak kena tulis dalam report tu.


Kuiz pula kurang dekat sini tapi test memang melambak-lambak, test pula dah macam final memang susah payahnya yaa amat. Macam  terkejut sebab test diorg buat dalam hall yang besar, slalu masa diploma dulu final je baru ada macam tu. Berdebar-debar nak jawab exam sedangkan itu belum final lagi..he..he..




Makan-Makan at Murni

Kalau tanya mesti semua pernah makan dekat Murni kan. Murni ni memang famous sebab portion makanan dia memang besar dan banyak. Aku tak ingat hari apa, tapi ada laa hari tu pergi makan dekat murni dengan soulmate. Sebelum ni memang selalu dengar je.


Tapi tak sangka pula soulmate bawa pergi sana, sebab dia pun cakap dekat sini makanan memang best. Rumah dia dengan dia murni ni sekangkang kera je..he..aku pergi murni yang dekat dataran mentari tu, betul-betul depan sunway pyramid.


Masa aku sampai sini hari pun dah hujan. Hujan yang melamau lebat, so memang perut minta kena isi laa..he..he..malam tu aku order spaghetti metballs, soulmate pula order roti hape ntah, tapi serius cakap roti dia tu sedap sangat.


Meatballs pula selambak, penuh satu pnggan, pinggan dia pula memang jenis besar, meatballs dia pula memang besar penumbuk..he..he..tak ada laa aku tipu je, tapi tetap besar laa. Sos spaghetti dia pun not bad boleh laa layan.



Lepas dekat sini yang special juga dia punya air, air dia memang sangat unik sebab dia ada combination macam-macam buah. Ko sebut je nak air apa semua dia boleh buatkan. Pendek kata kalau makan dekat murni ni memang tak rugi laaa.



Makan-Makan at The street Cafe

Hhhahhassiiisshhh...banyak betul kerja sampai tak sempat nak update. Kalau blog walking tu memang hari-hari. Cerita pun memang dah lama dalam draft, baru hari ini ada masa sebab apa??? Sebenarnya hari ni terlupa nak bawa kunci bilik. Roommate semua ada class, so memang tersadai laa aku dekat Cyber Cafe ni.


Hari ini dengan esok jadual memang penuh, ye la minggu depan dah study week. Dengan assignment dengan projeknya lagi, memang penat glerr. Life dekat sini da macam robot, dah cukup masa bangun tidur, pergi kelas, buat assignment, study, rutin yang sama tiap-tiap hari. Glerrr looser life aku sekarang ni.


Memandangkan aku pun dah lama tak update so harus laa update benda yang aku suka, tak lain tak bukan makananlah. Hari itu aku makan dekat The Street Cafe. The street cafe ni ada 2 or 3 branch macam tu yang aku makan ni dekat sunway pyramid.


Kalau bab makan ni tak lain tak bukan mesti laa aku makan dengan soulmate aku. Kata dah lama tak jumpa, so bila aku balik harus laa ngedate. The street cafe ni makanan dia makanan korea. Saje nak try testkan..he..he..sedap ke tak. Ni semua sebab terpengaruh dengan cerita korea laa ni.

Hari tu aku try Bibimbab alaaa kalau orang kita panggil nasi campur ala-ala nasai goreng. Tapi yang ni nasi putih dia serve dengan sayur and ada daging ayam macam tu, cara nak makan kau gaulkan semua bahan tadi tu lepas tu makan.

Selain tu ada juga order lunch box, daging dia not bad laa, satu yang lain dekat sini nasi dia. Nasi dia macam melekit, senang cerita macam pulut tapi tak ada alaa macam pulut sangat. Satu lagi jangan tertipu dengan warna merah makanan tu dan mesti rasa dia pedas. memang tak laaa sebab cili kita dengan cili diorang cili kita lagi pedas.

Nampak tak ayam yang macam sate tu???yang tu aku ambil extra hot...hhmmmmmmm...haram tak pedas langsung . Pedas tu memang pedas, tapi pedas dia tak menyengat sangat laa. Macam kalao makanan kita tambah dengan pepper macam tu je laa.

Bagi aku cukup laa aku makan sekali ni je sebab macam tak kena dengan tekak melayu aku ni. Tapi tak de laa rasa menyesal sebab rasa dia tu memang sedap cuma kalau nak makan hari-hari tu tak laa kan..he..he..





Station Bus Batu Pahat

Entry ni nak cerita sikit tentang bus stand batu pahat yakni tempat di mana aku tunggu bus untuk pulang ke KL. so macam mana agaknya perasaan bila tengok keadaan stesen bus yang macam ni?????mesti scary glerrkan. Memang pun menakutkan..haahiiissshhh.


Stesyen bus ni tak ada laa besar mana, kecil je pun sebab dia bukan hentian utama. Tapi aku kesal gila dengan keadaan stesen bus yang uzur macam ni, bangunan pun dah hitam dek kerana lumu-lumut yang dah bermastautin dekat situ terlalu lama.


Toilet pula sangat laa buruk dan kotor, memang infrstruktur yang sangat-sangat kesian. Yang paling membimbangkan lambakan warga asing dekat batu pahat ni. Pekan batu pahat ni aku tengok penuh indon, bangla, nepal semua.


Pernah aku naik bus nak balik u, aku terbau arak. Pppergghhh bau dia memang masam gila, itu yang hazab sangat tu. Memang aku jarang kelaur dekat sini sebab kalau nak kuar pengangkutan utama adalah bus dimana aku terpaksa bersesak dengan bangla indon semua..hhhaaiisshh.





Makan-Makan Meatballs at Ikea

Aku rasa blog aku ni dah macam blog makanan pula, semua cerita pasal makanan..he...he..tapi dah memang aku sendiri pun kuat makan so harus laa blog pun penuh dengan makanan. Minta maaf sebab dah jarang update macam dulu.


Mana taknya sibuk sangat, asignment melambak-lambak, test persepah-sepah dengan kuiznya..hhaaiiisshhhh memang tekanan laa duduk sini, macam dah tak ada life pun ada. Macam biasa juga laa aktiviti  gendutkan perut ni mesti laa dengan soulmate.


Aku suka ajak soulmate aku ni makan sebab dia kuat makan, memang best laa kalau dengan dia. Bawa je dia makan dekat mana-mana dia memang tak kisah..he..he..pergi ikea ni hari biasa orang pun tak ramai, selalu kalau pergi weekend memang kena tunggu orang habis makan baru ada tempat duduk.


Soulmate order 10 ketul meatballs aku pun sama 10 ketul memang makan sampai terbelahak laaa..he..he..tapi serius sedap sos dia tu. Dah laa banyak melimpah ruah pula tu. Kentang pula besar-besar memang kenyang laa. Harga pun sangat laa memusakan.

Kek dia pula...hhhaaiiisshhhhh rasa macam nak beli banyak-banyak bawa balik rumah..he..he...sebab coklat dia tu rasa sedap sangat, plus tak muak bila makan. Puas hati laa makan dekat sini. So next time boleh pergi sana lagi...he..he..





Makan-Makan at Nando's

Sebenarnya memang dah lama teringin nak bawa soulmate makan dekat Nando's. Aku memang suka makan dekat sini sebab ayam dia tu memang pedas dan diperap dengan sempurna. Pppeerrgghhh rasa dia memang terbaik laa. Lagi pula sos dia pun ada macam-macam jenis.



Yang paling rasa berbaloi ayam dia tu memang besar melampau. Memang tak habis laa kalau makan sorang-sorang. Tapi kalau aku habis je, kata pun perut gajahkn..he..he..mula-mula soulmate macam keberatan je nak makan dekat sini, tapi dah awek dia ni asyik merengek je so kena la turutkan juga..he..he..



Hari tu order set, tapi serius side dishes dia memang terbaik, bagi aku kenny rogers dengan Nandos dua-dua pun sedap sebab ayam diorg bakar. Tapi kalau makan dekat kenny rogers ayam dia still lembik lagi tapi kalau dekat nandos memang kering habis laa, tapi mana-mana pun tetap sedap.


Iiiiisshhhhhh sedap betul nasi dia tu, lepas tu kentang ngan coselow tu pun sedap sangat, senang cerita memang cukup rasa laa. Hhhmmmm entry ni pn dah lama terperap dalam draft. Tiba-tiba penyakit rajin datang so harus laa laju-laju taip entry kan..he..he..






Thursday, October 27, 2011

Makan-Makan at Pizza Hut Kuchai Lama

Dah dekat 3 minggu aku tak balik rumah sejak aku daftar hari tu, asal nak balik je ada je aktiviti untuk budak-budak yang baru masuk, tekanan betul. Ingatkan nak balik tapi haram, jadual pack sangat. Hari-hari laa menangis meratap sedih sebab tak dapat balik..he..he..


Dah 2 tahun aku duduk rumah tak pernah jauh dari family sekali bila dah jauh dan duduk dalam jangka masa yang lama tak balik-balik rumah memang jammed laa otak..mhuahuahuahua..jadi lepas kelas hari hari jumaat terus angkut bag semua balik rumah.


Hazab tau nak pergi stesen bas batu pahat tu, dah laa aku nak pergi stesen bus tu ambil masa 45 minit..perrgghh lama tak lama laa, dah laa nak pergi sana kena naik bus..haaiisshh tekanan betul. Dah laa aku cukup menyampah naik bus, kalo naik tren tu tak ape laa lagi, so nak tak nak kena gak laa gagahkan diri.


Batu pahat ke KL ambil masa 3 jam. Lama juga laa dulu masa belajar dekat ipoh 2 jam setengah je..Tapi kalau di ikutkan 3 jam tu tak ada laa mana sangat kalau nak di ikutkn dengan orang yang duduk dekat kelantan terengganu sana tu.

Sampai-sampai je rumah acik dah tunggu dengan hubby dia sebab dia cakap nak belanja Pizza hut, memang berdesup laa aku siapkan. So gerak pergi pizza hut kuchai lama. Orang pun tak ramai, memang sekejap je laa order sampai.




Wednesday, October 26, 2011

BP Mall With Roommate

Kalau dah jadi penduduk batu pahat ni harus laa terjah BP Mall. Serius kosong sangat dekat dalam mall, tak ada yang best. Kedai pun sikit, choice untuk makanan lagi laa terhad. Aku ingat nak terjah secret recipe ke dekat sini, tengok-tengok tak ada pula, haaiisshh jawabnya memang kena tggu balik KL laa.


Pengankutan rasmi sebagai seorang pelajar di tahun 1 ni of course laa bus, sebab budak-budak first year dilarang sma sekali membawa kenderaan. Jadi memang best laa naik bus, aku memang suka bersesak dengan orang ramai.


Lagi pula kalau dalam bus tu penuh dengan orang nepal n bangladesh lagi laa aku suka sebab bau diorng perrgghh memang wangi tak ingat. Pendek kata kalau tercium bau bangsa-bangsa macam ni mau kau akan collapse selama seminggu..he..he..

So nak tak nak memang kena gagahkan diri gak naik bus sebab tak ada pilihan. Sometimes diorg ni ada bau arak, memang melekat dekat baju weeyyhh bau dia. Geram pula aku rasa. Kalau boleh nak je aku jerit suruh diorang turun gak...haaiisshhhhhh.


Masa keluar ni dengan roomate, weekend tak buat apa-apa jadi ramai-ramai laa kita memeriahkan BP Mll tu. Kalau nak datang sekali dua boleh laa kat sini, tapi kalau datang selalu memang boleh jammed laa otak..he..he..sebab tak ada benda best pun.


Dah agk-agak malas kitorg nak berjalan so decide laa nak balik. Tak lama un dekat BP Mall ni, so masing-masing tapau laa makanan untuk malam sebab memang confirm malam nanti mesti lapar punya. Member ada yang beli KFC, so aku ingat macam nak makan nasi, jadi singgah laa The chicken rice shop jap, tapau pape yang patut, hasilnya malam tu aku tidur kekenyangan..he..he..



Saturday, October 22, 2011

Makan-Makan at MCD

Minggu ke 2 aku dekat UTHM dah mula laa datang penyakit iaitu keracunan makanan yang terus menyebabkan aku demam..huhuhuhu..sadis betul dah laa mak pak jauh, so kena independent. Sedih tau, aku pun tak tahu laa apa yang aku makan sampai keracunan tu. Siap cirit birit semua..hhaaiisshh.


Nasib baik laa dalam demam tu aku larat juga nak pergi kelas. Hhhmmm aku tak tahu laa makanan dekat batu pahat ni macam tak kena je dengan tekak aku. Sebab rasa dia sangat laa pelik. Tapi nak buat macam mana dah tak ada pilihan so kena makan gak laa, kalau tak kebulur laa jawabnya.


Tapi sekarang ni aku dah jarang dah makan dekat dalam kampus even beli makanan dekat cafe hostel pun tak sebab dah fobia, kalau betul-betul lapar je baru makan. Jadi sekarang ni aku selalu makan roti dengan tuna, tak pun minum cereal dengan biskut.


Lepas kelas hari tu aku dengan kawan-kawan kelas pergi makan dekat MCD..he.he..aku laa yang beriya-iya ajak sebab aku langsung tak boleh makan apa lagi dah dekat dalam tu. So memandangkan aku pun dah buat muka kesian harus laa dak-dak ni semua layankan kerenah kawan dia yang mengada ni..he..he..

Jadi ni laa dia kawan-kawan baru aku, mostly yang budak lelaki banyak budak kelantan dengan terengganu, yang perempuan lagi dua orang tu sorang dak melaka dan yang sorang lagi dak perak. Setakat ni kawan-kawan ok laa tapi tak fun sangat laa..he..he..





Tuesday, October 18, 2011

Bermulanya Kehidupan

Maka stelah seminggu berorientasi tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu kelas pun bermula. Peerrgghh lain sangat belajar dekat poli dengan unibersiti ni. Semua benda kena buat sendiri, uruskan kelas tengok seksyen sama ke tak lepas tu buat pengecualian kredit.


Naik turun bangunan akademik nak dapat cop segala, uruskan segala macam dokumen yang tak lengkap semua kena berurusan dengan pihak unibersiti, seminggu masa mula belajar tu penat buat benda tu semua je, kadang-kadang kelas pun tak sempat masuk, tapi ada juga lecturer yang masa minggu pertama tu dah mula mengajar.

 Memang ting tong gak laaa pale otak ni nak absorb, ye la dah 2 tahun tinggalkan buku semua..he..he..jadi dekat sisni aku bawah fakulti mekanikal dan course aku pun mekanikal gak. Bagi aku sangat susah laa nak terima semua benda-benda ni dengan aku un tetiba dapat course yang lain.


Tapi tak apa lama-lama mungkin ok laa tu. Dekat UTHM sekeliling dia kelapa sawit dan yang paling penting dekat sini banyak sangat parit. UTHM ni pula dekat parit raja. Kawasan sekeliling UTHM ni memang kawasan kampung. Kau boleh tengok ladang kelapa sawit dan kau juga boleh tengok rumah kampung.


Bagi aku satu pemandangan yang sangat ntah susah aku nak gambarkan macam mana. AKu boleh ibaratkan  UTHM ni macam Mid Valley yang kau letak dekat kawasan pendalaman sabah dan sarawak dimana UTHM tu sendiri punya laa moden tapi kawasan sekeliling masih lagi nak membangun.

Dekat sini kalau nak pergi town akan ambil masa setengah jam dengan menaiki bus. Senang cerita pengangkutan utama aku dekat sini adalah bus laa. Waima dalam kampus pun aku naik bus nak pergi kelas sebab kawasan kampus adalah melampau besar..he..he..

Kawan-kawan pula datang dari macam-macam negeri, agak terkejut sikit bila dengar loghat negeri lain. Masa dekat poli dulu majoriti budak-budak kelas aku semua budak KL dengan selangor je. Tapi bila datang sini macam-macam bahasa yang aku dengar sampai pening kepala aku nak extract apa yang kawan-kawan aku tengah cakap ni..he..he..






Monday, October 17, 2011

UTHM Part 2 Orientasi

So here the story about uni life. Sebenarnya lebih kepada life masa orientasi..huhuhu...kalau aku tanya semua orang suka tak dengan orientasi? mesti rata-rata akan cakap menyampah..he.he..sebab apa masa orientasi sangat penat, sangat letih dan yang paling penting sangat bosan.


Tapi yang paling aku ingat time orientasi memang tak mandi laa sebab masa memang packkan. Yang tak boleh blah tidur pun macam tidur-tidur ayam sebab tiap kali nak tidur ada je pengumuman, bangun pun awal. Salalu pukul 5 pagi dah bangun, tidur pula dalam pukul 2 macam tu.


Yang paling aku ingat ada satu aktiviti dalam kumpulan senang cerita LDK laa yang nak kena perkenalkan diri lepas tu buat perbincangan dan pembentangan, huhuuhu yang tu paling serabut sekali sebab aku rasa aktiviti macam tu tak sesuai untuk aku yang dah tua ni..he..he..


Masa orientasi ni memang hari-hari ada ceramah. Dah laa aku kalau bab-bab ceramah ni cepat je mata ni terpejam..he..he..sepanjang ceramah yang ada masa orientasi ni aku mana dengar membuta je. Bayangkan badan penat lepas tu tidur tak cukup so memang tak laa kan aku nak dengar satu-satu..he..he..



Akhir kata aku persembahkan muka tuan punya blog yang tak terurus sepanjang minggu orientasi. Sebenarnya dah sebulan entry ni terperam dalam draft. Tak ada masa weeyyhh, assignment melambak-lambak test pula bersepah-sepah. Nanti lain hari aku cerita macam mana kehidupan aku dekat batu pahat ni.



Monday, October 10, 2011

UTHM Part 1

Ok seperti dijanjikan, mana aku hilang sebulan ni. Sebenarnya aku dah sambung belajar balik. Hari tu aku ada cakap aku dapat dua pilihan satu untuk buat PJJ dekat UTM Jalan semarak course mekanikal dan satu lagi aku dapat juga buat full time dekat UTHM Batu pahat johor. Setelah di timbang-timbang......


Makanya secara rasmi pada 7 Sep 2011 aku dengan tekadnya telah memilih UTHM Batu pahat, Johor dalam course mekanikal juga. Tapi dulu masa diploma aku mabil course mekatronik tapi sekarang ni aku dapat course lain pula. So aku tetap ambil juga sebab apa yang aku belajar dulu tak banyak lari pun dari course yang aku ambil sekarang.


So seperti biasa akan ada orientasi. Gambar dekat atas ni diambil pada pukul 7 pagi yakni hari pertama orientasi, mata adalah bengkak sebab sehari-hari aku dekat sana asyik menangis je tak sudah..he..he..mak abah aku balik pun aku nangis. Lepas tu call soulmate pun nangis juga..huhuhuhu...ye la dah 2 tahun duduk rumah so harus laa melalak je kerja aku..he..he..