Thursday, June 30, 2011

Gathering Part 2

Dalam pukul 3 macam tu fatin dengan farah pun sampai. Farah yang pakai shawl warna kelabu tu fatin pula yang pakai shawl warna hijau. Sebelum fatin sampai sini dia kena pick up farah dekat pudu dulu sebab farah tinggal dekat ipoh, perak. Memang best laa sebab fara even jauh pun dia tetap join gathering ni.


Terima kasih dekat fara..mesti kau penatkan sebab travel jauh. Memandangkan diorg pun tak makan lagi jadi pergi makan lagi dekat noodle station. Memang satu hari ni kerja asik makan je. Tapi dekat noodle station ni aku dengan ain makan yang lite-lite je, selebihnya minum air je. Dekat mid ni berapa kali cari toilet. Ye la asik minum je mana tak terkencing.he..he..


Lama juga laa lepak dekat noodle station ni dekat 3 jam juga la. Staff dekat situ pun sampai dah ushaa baiknyer tengok kitorg lepak tak gerak-gerak..he..he..memang banyak gila cerita yang keluar time ni. Biasa laa perempuan kalau dah jumpa gossip harus laa ada, kalau tak, tak lengkap la..he..he..


Lepas dah lepak dekat sini acara jalan-jalan sampai tangkap gambar pun berlangsung. Member-member aku ni kaki gambar, pantang jalan setapak sikit tangkap picture, jalan sikit lagi tangkap gambar..he..he..


Sementara menunggu seorang lagi member sampai, berapa banyak laa orang yang aku tunggu ni kan..he..he..last sekali tunggu ira. Dari ipoh juga. Kiranya time ni 5 orang je yang join. Dalam kelas aku dulu ada 7 orang perempuan je yang selebihnya lelaki. Ye la course engineering mana nak jumpa perempuan sangat.


Yang tak join mira dengan ika. katanya ada hal, jadi 5 orang je laa. Ira yang kiri dalam picture dekat atas ni. Lepas dah lepak-lepak mid, bosan katanya. Jadi berangkatlah kita dekat tempat lain.


Wednesday, June 29, 2011

Gathering Part 1

Weekend hari tu bertempat di mid valley aku dengan classmate aku masa belajar dekat poli dulu buat gathering dekat sana. Ye la masing-masing pun jarang jumpa. Last jumpa masa masing-masing pergi konvo tahun lepas, kiranya dah setahun laa tak jumpa.


Masa mula-mula sampai tu aku lepak dulu dengan ain n BF dia dekat seceret recipe sementara menunggu yang lain sampai. Ain ni member rapat aku dekat poli dulu. Sakit pening aku dulu dia laa yang jaga.

Ain ni umur dia 25 tapi perangai macam budak-budak je..he..he..seorang yang sangat hepy dan kadang-kadang seorang yang cepat sentap juga. Tapi sebagai seorang kawan dia ni manusia yang paling baik laa.

BF dia nazmi ni aku kenal masa tahun ni laa, time pergi genting hari tu. Seorang yang sangat baik dan kelakar. Ain dengan BF dia ni asal banting. Hari tu pernah juga pergi rumah ain n. Memang best sebab apa rumah dia dekat dengan pantai. Pantai morib, pantai bagan lalang. Memang best laa tinggal belah-belah sana sebab ada pantai.



Tuesday, June 28, 2011

Bersukan- Sukan

Semenjak tidak kerja ni aktiviti baru aku adlah jogging. Aku ni bukan jenis manusia yang suka beruskan. Sebab apa aku tak bersukan sebab cepat penat, ye la stamina tak ada macam mana tak penat..he..he..


Tempat jogging yang best adalah dekat taman tasik permasiuri. Selalu pergi sini petang-petang. Tempat adalah sanagt besar senang cerita kalau korang pusing seround pun mau dah beribu-ribu kalori dibakar..he..he..


Lepas tu dekat sini juga ada taman permainan kanak-kanak. Senang cerita yang penuh dekat sini family laa yang bawa anak-anak pergi main dekat taman. Mak pak plak blh jogging.

Selalu jogging ni tak sorang-sorang mesti dengan adik-adik aku sekali. Rasa bila jogging first time rasa macam penat sangat, tapi bila kita dah buat dalam dua tiga hari bila one day kita tak buat akan terasa janggal, badan pun rasa lesu dan penat je.



Monday, June 27, 2011

Jalan- Jalan Di Viva Mall

Hari tu keluar dengan family pergi bergumbira dekat viva mall cheras. Mall ni baru buka yang best dekat sini siapa-siapa yang nak cari barang keperluan rumah macam wallpaper, kitchen cabinet, katil, sofa dan macam-macam lagi boleh laa datang sini.


Tempat adalah sangat besar, tempat makan pun boleh tahan banyak yanga paling penting dekat sini ada movie MBO. Memang best laa sebab orang tak ramai lepas tu movie dia semua cerita baru.


Sampai-sampai sana je terus tuju tempat makan dulu macam biasa laa kenny rogers siapa-siapa penggemar ayam boleh laa datang sini sebab ayam dia memang puas hati sedap lagi-lagi kalau dapat sos BBQ, memang best.


Tapi side dishes dia memang banyak yang best-best, macam macaroni cheese, coselow, potato memang best sebenarnya banyak lagi tapi ikut tekak masing-masing laa nk ambil apa. Tapi dekat kenny rogers ni ramai glerrr orang time datang hari itu.

Lepas dah makan jalan-jalan pergi naik level atas sekali ada jual barang branded dengan harga yang kalau korang tengok boleh pitam. Ada kasut bag semua, best laa nasib baik masa jalan-jalan tu dia dah nak tutup kalau tak mau dah borong secara besar-besaran.


Sunday, June 26, 2011

Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Tidur

Sekadar ingat mengingati.. ...

SEBELUM Tidur

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur

sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meridloi kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara

seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas

tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrohmaan irrohiim,

Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam

yakul

lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua

akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa

Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum

wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka

seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi

walaailaaha

illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Aku jumpa ingatan ni dekat fb, masa mula-mula baca aku tak faham macam mana sebelum tidur nak khatam quran alamat tak tidur laa aku, bila baca balik baru aku faham, benda sangat mudah.

Macam slalu kita tidur mesti mesej orang tersayang semua wish gud nite so sama laa macam kita manusia cuma ini untuk bekalan kita di akhirat, dan juga makanan rohani kita.



Makan- Makan at Chop N Steak

Semalam bertempat di serdang macam biasa aktiviti makan-makan telah dijalankan bersama keluarga tercinta. Nama tempat makan chop n steak. Dekat sini memang terbaik sangat dari segi harga sebab murah melampau..he..he..


First menu chicken chop. Chicken chop dia ada fries dengan coselow. Ayam digoreng empuk sangat-sangat sedap. Tapi sos ada masalah sikit sebab tak kick macam slalu rasa kurang laa senang citer.


Lepas tu order chicken boxing..he..he..kelakar ok nama menu dia. Ayam dia ni sangat sedap, lembut dekat dalam dan rangup dekat luar sebab dia goreng dengan tepung KFC tu, sos dia pula best, pedas dan manis-manis sikit.


Air dia pula macam-macam jenis, air buah paling besar segelas 2.50. Yang ni dia pakai gelas besar tu, memang berbaloi laa, rasa jus pun banyak. Kiranya dia tak tambah air banyak sangat laa. Sebab ada sesetengah kedai yang kita pergi jus tak terasa langsung yang rasa air gula dgn rasa jus sikit je.


Menu seterusnya mix steak, memang sedap sebab ada campuran daging dengan ayam. Daging dia sangat empuk yang paling penting tak liat, ayam pula tak terlalu masak, sedap-sedap laa. Sos pun sedap sebab sos black papper ada rasa herba-herba sikit.


Lepas tu order lamb. Lamb dia sangat sedap. sama juga sangat empuk lepas tu tak liat sos pun sangat sedap sebab dia guna black pappper ada herba juga yang paling penting sos black papper tu buat lamb tu tak berbau hamis.


Sebenarnya ada lagi 2 menu yang aku tak snap picture sebab malas..he..he..overall dekat sini ambil 6 main course 7 air buah semuanya RM81. Murah sesangat, tempat dia cantik, dia serve pun laju. Kiranya tak panas vontot lagi menu dah sampai.



Thursday, June 23, 2011

10 Things My favourite Movie/ Drama/Reality Show

Semua orang mesti ada cerita favourite masing-masingkan. Ada yang suka tengok cerita seram cerita romantik cerita perang-perang. Kalau aku paling suka tengok cerita hantu dengan cerita lawak..he..he..dekat sini aku nak kongsi 10 cerita/ drama/ reality show yang aku suka.

First sekali aku suka tengok cerita charmed. Cerita ni dah lama dah tak silap masa aku masih darjah 6 cerita ni dah ada. Cerita ni pasal 3 orang adik beradik yang ada kuasa. Selalu ada kuasa jahat yang nak kacau cerita dia macam ala-ala ghost whispered dengan supernatural, cerita memang best sebab pelakon dia semua hot-hot.


Kedua cerita Kimora Lee life In the Fab lane, cerita ni pasal si kimora lee ni seorang perempuan yang kaya, dia cerita pasal life dia business dia lagi satu dia ni pun model gak ada 3 orang anak, dalam cerita ni kalau tengok anak-anak dia memang mewah laa. Rumah dia memang besar tak ingat.

Ketiga cerita The Real Housewives Of New Jersey. cerita ni pasal 5 orang suri rumah tangga ada gak janda dalam cerita ni lebih kepada konflik senang cerita diorg semua ni dalam golongan keluarg yang elit, lepas tu ada juga yang gaduh-gaduh pasal orang tu mengata orang ni orang ni pula mengata orang tu, yang bestnya dekat dalam cerita ni korang boleh tengok culture diorg macam mana.


Tha biggest loser, aku rasa ramai kowt tahu pasal cerita ni siapa-siapa yang gemuk diorng akan latih sampai bagi kurus. Memang tak ada makan ubat kurus ke hape 100% senaman je sampai laa kau kurus diorg kerjakan. Paling suka trainer diorang Jillian, badan dia memang mantap.

Lepas itu cerita survivor. Cerita ni pun dah lama. Reality show dimana ada 12 peserta yang akan dihantar ke dalam hutan atau pun pulau. Peserta hanya diberi bekalan asas. Kena survive selama beberapa bulan. Tiap-tiap minggu ada penyingkiran. Tapi cerita ni best sangat sebab kita boleh tengok macam mana diorg nak survive dalam keadaan yang tak cukup bekalan asas semua.

CSI, crime scene investigation. Cerita ni pula cerita pasal penyiasatan kes orang mati. Kalau tengok cerita ni yang paling best bila dapat tengok teknologi diorg siasat mayat, tengok teknologi macam mana diorg kenal DNA dan macam mana cara diorg menyiasat.

Hawaii five 0. Memang terbaik cerita tentang sekumpulan polis. Menyiasat macam-macam kes. Lepas tu kalau tengok diorg berlawan memang terbaik tak ada nak lembik-lembik nampak memang real sangat-sangat action yang diorg buat tu, sama gak tengok cerita ni yang paling best teknologi diorg memang superb habis.

Filem pula aku suka cerita hantu kak limah balik rumah sebab apa cerita dia ni banyak sangat mesej untuk orang melayu yang dia sampaikan secara sinis lagi-lagi kalau bab subsidi. Satu lagi cerita ni betul-betul mengangkat budaya melayu, tidak disogokkan dengan scene yang biasa kita tengok dalam drama melayu dan yang paling penting kelakar dia tu tulus dari hati..he..he..

Tentang dia filem dari seberang yang mana aku suka sangat-sangat sebab banyak mesej yang dia sampaikan. Apa yang paling aku ingat satu ayat dalam filem ni " beruntung manusia yang diberi kesempatan untuk mencari". Cerita pasal seorang gadis yang hidup dalam kekecewaan dan hidup seorang gadis yang menunggu waktu untuk mati dan kisah lelaki yang sanggup menunggu orang yang dia sayang membalas cinta dia.

Kesepuluh cerita zombi kampung pisang. He..he..bagi aku gelak dulu sebab cerita ni sumpah lawak gila. Bagi aku lawak dia ni memang lawak tertinggi laa. cerita pasal satu kampung berubah jadi zomba sebab diorg termakan gulai yang dah diletak racun ke hape ntah. Sama juga cerita yang mengangkat budaya melayu.

Itulah 10 cerita yang aku nak kongsi sangat. Ada cerita filem, ada cerita reality show, dan ada juga drama. Semua cerita tu memang aku layan sangat-sangat. Tapi cerita melayu yang aku betul-betul layan dua tu je laa, sebab kelakar melampau.



Wednesday, June 22, 2011

Parents Terlalu Mengongkong Anak

Susah gila kalau dapat mak bapak yang terlalu over protect anak dia dan susah juga kalau dapat mak bapak yang selalu rancang perjalanan hidup anak dia. HHHHHAAAAIIIIIISSHHHHH sumpah rasa nak mengeluh setiap masa. Cerita dia macam ni beberapa bulan yang lepas aku dah dapat kerja, kerja yang bagus, gaji pun banyak cuma kerja tu sabtu ahad aku kena kerja laa. Tapi no hal sebab bukan sampai malam-malam pun lepas tu cuti aku pula hari biasa ok la tu.

Aku dengan gembira bagi tau laa mak pak aku pasal kerja tu, sbb aku dah nak start kerjakan. Lepas aku dah cerita-cerita mak aku boleh cakap sabtu ahad ko kerja jadi tak payah laa kerja tu cari kerja yang lain je sbb susah kalau nak balik kampung semua. Aku pun ikutkan laa cakap mak aku tu.

Memang time ni aku rasa macam down gila dengan alasan yang mak aku bagi tu. Lepas tu baru-baru ni aku dapt kerja yang best gak gaji sebulan sama macam ko kerja tiga bulan, siapa yang tak nakkan. Sama gak aku da nak mula kerja ni aku pun cerita dekat mak aku tempat aku kerja semua tu boleh pula kali ni dia cakap tempat tu jauh sangat.

Padahal dalam 20minit je kowwt dari rumah. HHHHhHhHAaaaaaIIIIssshhhhh sama gak yang tu pun aku terpaksa tolak. Aku nak kerja yang itu pun tak boleh yang ini pun tak boleh habis tu sampai bilanya nak bagi aku kerja.

Susah laa cam ni, dah la income tak ada, duduk je dekat rumah memang bosan sampai tahap nak gila. Sebab tu kalau siapa-siapa yang nak jadi penganggur mental mesti kuat. Sejak dari tu aku dah jarang dah bercakap dengan parents aku.

Aku rasa marah sampai satu tahap rasa stress yang teramat sangat. Tapi tak ada sampai tahap aku nak kurang ajar dengan mak bapak aku, aku cuma diam je tak banyak cakap sangat macam dulu. Agak-agak mak orang lain ada tak macam mak pak aku ni??


Tuesday, June 21, 2011

Joging at Bukit Jalil

Joging waktu malam memang best. Minggu lepas pergi joging dengan soulmate. Mula-mula pergi taman tasik permaisuri, joging dekat sana tak best sebab kawasan taman sangat gelap, lepas tu yang paling menyampah banyak kutu-kutu sampah, tak lain tu mesti tengah layan dadah sepekat dua.


Jadi takutkan keselamatn last-last gerak pergi joging dekat bukit komanwel alaaa dekat bukit jalil je. dekap situ kawasan gelap tak takut sangat orang pun ramai memang best laa. Tapi sumpah penat joging dengan soulmate.


Sebab apa penat??sebab dekat bukit jalil tu tempat joging dia berukit berkali-kali turun naik bukit soulmate aku keji oowwhhh sebab dia langsung tak bagi peluang aku rehat...huhuhuhu...memang berpeluh-peluh laa ikut soulmate aku ni joging.

Lepas dah penat joging time to makan-makan. He..he..serupa tak payah joging sebab makanan adalah berlemak. Masa makan ni rasa macam tengah picnic plak sebab aku masak siap-siap dari rumah. Soulmate teringin nak makan makaroni goreng jadi masakkan laa utk soulmate.

Masa makan ni lepak dekat kerusi depan stadium bukit jalil. Best lepak dekat sini sebab luas, lagi satu sejuk je berangin laa kalau lepak dekat sini.


Monday, June 20, 2011

OU Dan Ke Summit

Lepas dah lepak-lepak OU rasa macam nak berjalan lagi. Jadi ke Summit laa kita tengok wayang cerita karak lagi..he..he..pada hal dah tengok hari tu dengan adik aku ni pergi tengok sekali dengan soulmate pula.


Bila dah samapi summit ni baru rasa macam bernafas sebab apa dekat sini tak ramai orang otak pun tak sesak sangat. Beratur beli tiket movie pun rasa mcam cepat je. Bila masuk hall lagi laa oorang pun macam tak ada.


Lepas dah tengok movie jalan-jalan dekat dalam summit tu. Kebetulan dekat situ ada orang jual kasut. Murah-murah pula tu. tapi kali ni bukan nak cerita pasal kasut tapi nak cerita pasal promoter dekat situ.


Promoter dekat situ lelaki. Memang kebetulan soulmate mmg nak cari kasut. Try kasut saiz tak ada. Try lagi kasut warna pula tak cantik yg promoter g dah ke ulang alik amik kasut tu pun bengang laa.


Ye la. Dah saiz tak ada takkan nak beli lepas tu pula takkan nak amik warna yg kita tak suka. Muka promoter tu muncung je lps tu paling tak blah dia blh wat muka vavi dia senang ctr muka tak puas hati sebab aku tak beli kat kedai kau.


Tak faham aku. Rasa macam nak lenyekkan je muka dia, baru puas hati aku. Lepak-lepak summit pun dah malam jadi perut pun dah lapar. Soulmate bawa pergi makan dekat kelana Jaya.

Kedai makan macam biasa gerai je. tapi sangat cantik decoration dia macam restoran pun ada. Masa makan dekat sini jumpa sorg blogger ni kak amy ... dia sangat laa peramah rasa macam dah lama kenal. Friendly laa, masa jmpa tu kak amy tgh makan dgn en tuney dan juga sorang kawan dia. Tak sangka dapat jmpa blogger in real life.



Sunday, June 19, 2011

10 Things About Him

Hari tu dah cerita pasal 10 things about me sekarang ni aku nak cerita 10 things about him. Him tu soulmate aku laa..he..he..bila aku kira-kira balik aku dah kenal dia hampair 7tahun tapi dah partner dengan dia hampir 5 tahun, bagi aku lama jugak tu 5 tahun dulu pun pernah couple tapi boleh bertahan 5 bulan je...bezakan..he..he..


  1. Nama dia khairi tapi ramai kawan-kawan panggil dia medan sebab dia tinggal area kg medan dan ada juga yang panggil dia ayie..he..he..macam manja juga laa bunyinya masa mula-mula aku dengar.
  2. Dia jenis tak suka tempat yang penuh dengan orang, kalau tempat tu penuh dengan orang dia akan kena sawan..he..he..maksud aku dekat sini dia tiba-tiba akan senyap je, itu maksudnya dia rimas laa tu dan tak suka tempat-tempat yang panas sebab nanti dia akan berpeluh dengan menggila.
  3. Seorang yang tak romantik..he..he..kiranya tak macam seth tan tu laa. Sangat kelakar sebab dia akan gelabah gler vavi kalau aku merajuk sebab dia tak tahu nak pujuk sebab dia tak romantik dan jarang nak bg ayat-ayat jiwang dekat aku..maakkk redha je dapat lelaki macam ni..he..he..
  4. Sanga soft spoken dan bila bercakap dengan aku suara adalah tahap-tahap semut dimana kalau nak dibandingkan dengan aku, suara aku je dah sama level macam cakap pakai microphone..he..he..serius dia ni lelaki pertama yang bercakap suara slow sangat-sangat sampai tahap tak terdengar dekat telinga aku ni dan very soft spoken men.
  5. Anak mak..he..he..yang ni memang aku nak gelak guling-guling pernah sekali aku keluar dengan dia mak soulmate aku ni call tanya dekat mana lepas tu tanya balik makan tak sebab mak soulmate aku ni dah masakkan untuk dia...soooo anak emak aku yang perempuan ni pun tak macam tu.
  6. Sangat tenang orangnya. Maksud aku dalam keadaan genting macam mana pun soulmate aku ni seorang yang tenang dalam handle satu-satu masalah even kalau dia gelabah sekali pun dia akan banyak senyap je, bukan macam aku kalau dah gelabah memang tak jadi apa laa..he..he..
  7. Seorang yang kuat berkorban untuk orang-orang dekat sekeliling dia. Kadang-kadang benda tu sangat susah untuk dia buat tapi untuk orang-orang yang dia sayang macam family dia kawan-kawan dia even termasuk aku pun dia akan cuba buat.
  8. Sangat pendiam. kadang-kadang kalau aku bercerita dekat dia 10 ribu patah perkataan yang keluar dekat mulut aku belum tentu dia nak balas walau sepatah perkataan pn..he..he..tapi ada gak time-time dia banyak cakap tapi mostly jarang dia banyak bercakap.
  9. Soulmate juga adalh seorang yang cepat marah tapi cepat juga cool down. Tapi lepas dia cool down tu aku plak yang rasa nk marah sebab perangai dia ni pelik sikit, nnti tiba-tiba dia akan diam, kalau dia diam tu maksud dia tengah marah laa tu. Kadang-kadang aku tak faham apa yg dia marahkan sangat..he..he..
  10. Seorang yang sangat matang senang cerita macam orang tua laa. Cara dia tu terlalu matang untuk aku yg keanak-anakan ni. Kadang aku rasa macam tengah bercinta dengan orang yang umur 40 or 50 tahun..he..he..
Itu laa serba sedikit yang boleh aku share aku dengan dia ni banyak perbezaan, tapi ntah macam mana sampai sekarang pun still boleh bertahan lagi tapi apa-apa pun aku sayang ketat-ketat dekat soulmate aku ni sebab walau pun dia tak romantik walaupun dia seorang yang pendiam dia slalu ada untuk aku kalau aku perlukan apa-apa.

Aku ingat lagi masa belajar dulu dah last-last sem aku slalu demam soulmate laa yang belikan ubat semua lepas tu hantar dekat rumah sewa aku lepas tu sanggup tunggu aku sampai pukul 3.30 pagi dekat hospital kerajaan semata-mata nak check demam aku sedangkan esok pagi ada kelas.

Apa-apa pun aku sangat-sangat hargai apa yang dia pernah buat dan apa yang aku boleh balas untuk semua kebaikan dia tu aku akan cuba untuk selalu menggembirakan dia..he.he..harap jangan muntah darah pula bila aku cakap macam tu..


Saturday, June 18, 2011

10 Things About Me

10 things about me, he..he..aku dapat idea ni masa aku blogwalking. Mcam best je nak blog tentang 10 perkara ni. Kita bagi kongsi sama-sama siapa sebenarnya owner blog ni, macam mana dia, adakah seorang yang sombong atau seorang yang pesakit wad psikiatri yang baru terlepas dari hospital.


  1. Aku ni seorang yang degil dan keras kepala kata pun anak sulung, contoh macam orang kata jangan buat bahaya tapi aku buat juga, bila dah sakit baru menyesal dan kadang-kadang suka paksa-paksa orang ikut kemahuan aku..he..he..
  2. Tapi aku juga seorang yang ciwek maksud dekat sini aku kuat touching dan cepat nangis, contoh mak aku marah sebab aku tak basuh pinggan pun dah boleh jadi drama air mata untuk aku..he..he..
  3. Selain dari tu aku ni seorang yang peramah dan sangat banyak cakap sampai parents aku pernah cakap nadia ni akan senyap bila dia makan dengan tidur je..he..he...tapi bukan dengan semua orang aku banyak cakap selalu dengan family, soulmate dan kawan-kawan yg aku rapat je mulut aku ni tak benti-benti nak bercerita.
  4. Aku sangat suka baca novel, novel tebal mana pun aku boleh habiskan dalam masa sehari dan aku juga suka dengar lagu indon berbanding lagu melayu, band indon yang paling aku suka adalah sehila on 7.
  5. Sangat kuat makan macam ada bela jin 10ekor dalam badan..he..he..nama je perempuan tapi sebenarnya aku ni kuat makan sangat-sangat. Slalu ulang- alik masuk dapur cari makanan.
  6. Sangat cepat susah hati dan terlalu cepat menggelabah, ni perangai aku yang paling teruk. Contoh kalau barang aku hilang aku akan menggelabah habis-habis dulu lepas tu baru cari barang yang hilang tu. Masa sekolah dulukan ada cikgu suruh buat presentation semua, bila time presentation aku akan senyap dan bila aku nk cakap tetiba aku kena sawan gagap..he..he....
  7. Cepat kesian dekat orang, not good ok. Sebab apa aku cakap tak baik contoh ada orang buat jahat dekat aku, aku boleh maafkan macam tu je even kadang orang tu dah pijak kepala aku dua tiga kali dan bila orang tu minta maaf aku rasa kesian kalau aku tak maafkan.
  8. Kuat tidur, kau campak je aku dekat mana-mana sure aku boleh tidur. Hobi tidur ni jadi sejak aku masuk asrama lagi. Contoh kalau hari cuti aku hanya akan bangun masa makan tengahari je dah balik dari makan tu aku sambung tidur balik sampai ke maghrib, mandi-mandi semua pukul 10 aku dah tidur balik sampai macam tu sekali tahap tidur aku.
  9. Suka senyum dan suka ketawa senang cerita happy go lucky laa dan jarang nak marah. Aku kalau gelak dah macam hape ntah malam-malam kalau orang dengar aku gelak da sama macam puntianak kuat dan nyaring mesti orang ingat aku ada bela hantu sebab sindrom gelak aku tak dapat dibendung.
  10. Sangat takut dengan kucing..he..he..dulu aku ingat lagi masa form 3 ada kucing sesat masuk dalam kelas. Cikgu tengah mengajar dekat depan tapi aku dekat belakang dah siap-siap melompat atas meja da. Punya takut sangat dekat kucing, kalau dekat kedai-kedai makan yang ada kucing memang aku tak jadi makan dan aku mesti ajak balik terus..he..he..bukan kucing je aku takut segala haiwan yang ada dekat atas bumi ni pun aku takut..he..he..
Itu laa serba sedikit tentang diri aku. Kadang-kadang aku ada rasa macam nak ubah diri aku dengan atasi segala kelemahan yang aku ada, tapi betul laa orang cakap, macam mana dalaman kita macam tu laa sampai bila-bila.