Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Aku rasa tim-time sekarang ni mesti ramai yang dah dalam perjalanan balik kampung. Mesti KL kosong je, eh silap tak kosong, raya-raya macam ni confirm KL penuh dengan warga asing..he..he..aku ingat lagi masa tu raya haji aku jalan-jalan KLCC yang penuh semua pendatang asing dekat taman-taman tu.

Terus rasa lain ni aku kat malaysia ke atau aku dekat nepal or bangladesh..mhuahuahuahua...sumpah penuh glerr weeyyhh aku pula yang naik takut nak jalan-jalan..kalau musim raya ni aku rasa mahu lagi penuh diorg dekat sana.

Aku pula bakal pulang ke kampung halaman esok pagi sebab malam ni abah still kerja lagi. Jadi kepada semua pemandu yang pulang ke kampung hati-hati memandu ingat yang korang bawa dalam kereta tu nyawa tu.

picture from google

Persiapan raya adalah alaa kadar di mana aku tak beli waima sehelai baju raya pun tahun ni..he.he..aku pun tak tahu kenapa aku tak beli. Semangt raya macam dah hilang, tapi nafsu makan untuk raya dah membuak-buak..he..he..aku tak kisah benda lain janji makanan ada.

Di kesempatan ini juga aku nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin kepada semua umat islam yang menyambutnya di seluruh dunia. Sekejap je rasa bulan ramadhan, tahu-tahu dah syawal.



Wednesday, August 24, 2011

2 Tahun Dan 2 Minggu

HHhhmmmm..mulakan entry dengan keluhan yg berat. Pejam celik pejam celik tinggal lagi dua minggu je sebelum aku sambung belajar balik. Dan pejam celik pejam celik dah dua tahun juga laa aku tinggalkan zaman politeknik, zaman diploma, zaman muda-muda, zaman yang aku rasa penuh dengan enjoy je.

Lepas ni dah kena marantau jauh, sebelum ni ke utara dan sekarang ni ke selatan pula. Macam tak sedia lagi pun ada ni nak sambung belajar balik. Ye la dah 2 tahun tinggalkan buku, otak pun dah berkarat. Tapi sekarang ni ada juga laa buka buku untuk refreshkan balik otak ni.

Sedih juga bila nak tinggalkan family, dah laa aku ni jenis suka homesick, kerja kalau tak ada kelas mesti balik KL. Dulu masa dekat ipoh pun sama, asal weekend je balik rumah, asal tak ada kelas je terus pack barang nak balik ruma..he..he..

Yang sedih juga bila kena tinggalkan soulmate, dia dekat sini aku pula berbatu-batu jauhnya. Bila ntah nak jumpa dia lagi sebab dia kerja shift, kalau aku balik weekend pun bukan boleh jumpa dia, sebab cuti dia banyak yang jatuh hari biasa. Sepanjang 4 tahun dengan soulmate mana pernah kitorg berjauhan.

Satu lagi yang merunsingkan macam mana laa agaknya kawan-kawan baru aku nanti. Ada tak kawan yang sama sekapala macam masa dekat poli dulu..huhuhu...ada tak kawan yang nak susah senang dengan aku nanti dan ada tak agaknya kawan yang akan tolong bila aku susah nanti.

Macam-macam benda bermain dekat kepala. Tinggal lagi dua minggu je lagi satu hape borang yang nak kena isi pun aku tak isi lagi. Persiapan nak pergi sana pun langsung tak ada, tak beli apa-apa pun..huhuhuhu



Monday, August 22, 2011

Makan-Makan at hartz chicken buffet

Nama pun bulan ramadhan kalau masuk mana-mana blog pun semua cerita pasal makanan, tempat makan yang best atau pun apa juadah berbuka untuk hari tersebut. Jadi sama laa macam blog aku ni..he..he..nama pun kuat makan, dengar je mana-mana buffet yang murah terus je terjah.


Entry ni dah lama tersimpan dalam draft cuma tak sempat nak publish je. Asal nak publish ada je bnda yang nak kena buat. Masa hari tu sebenarnya shopping raya dekat sunway pyramid. Jala punya jalan, shopping punya shopping sampai tak sedar dah nak buka sebenarnya.


Tengok semua tempat penuh pada hal masa aku pergi hari tu waktu orang bekerja. Ingatkan kurang laa orang tapi haram tetap laa ramia. Nak beratur amibil makanan pun lama sebab terlalu ramai orang. Masa pergi sini makan buffet satu kepala kalau tak silap aku RM28 rasanya, tax semua tak ada. Itu harga nett.


He..he..lupa pula nak bagi tahu tempat aku makan ni namanya hartz chicken buffet, so dah nama pun ada chicken jadi banyak menu yang berasaskan ayam laa. Macam ayam goreng laa, kari ayam laa, ayam bbq laa. Tapi ayam dia kurang kick laa. Fried chicken dia keras melampau, tapi bbq chicken dia sedap.


Selain dari ayam ada juga menu lain, macam pasta, lau-lauk, lepas tu ada juga sayur, kuih- muih, air macam-macam jenis, aiskrim macam-macam perisa dan banyak lagi laa. Overall makanan dekat sini pilihan banyak tapi yang macam pelik dekat sini pemilihan menu dia tak berapa kick laa.


2 tahun lepas aku makan dekat sini menu memang terbaik, memang tak di akui sedapnya, aku boleh bagi 5 bintang. Tapi sekarang ni bila aku makan balik dekat sini memang totally out sikit laa. Tapi masih boleh di makan . Ada laa 4 atau 5 jenis yang sedap bukan laa semuanya tak sedap.

Jadi dekat sini tak ada laa begitu mengecewakan, kalau makanan tu tak sedap ambil laa makanan lain kata pun buffet jadi banyak laa pilihan. Kalau tak sedap tak payah makan, pergi jalan lagi ambil makanan lain, mana tahu yang lain tu sedap :)



Sunday, August 21, 2011

Followers Ke 200

Diam tak diam dah 3 tahun usia blog aku ni. Mula-mula aku buat blog ni sebab masa praktikal tahun 2008 hari tu aku ada banyak masa terluang dan kawan baru aku masa praktikal hari tu yang ajar aku macam mana nak buat blog. Nama dia saa budak UTP, mana ntah dia pergi. Lama tak dengar cerita dia, aku harap dia sihat walau dekat mana pun dia berada .

Pagi tadi tengok bilangan follower aku dah mencecah 200 orang..he..he..orang lain punya follower berpuluh-puluh ribu ribu pun tak heran blog picisan macam aku ni baru ada 200 follower pun nak kecohkan..he..he..


Picture from Bib Abdul Hamid

Jadi hari ini aku nak buat entry penghargaan kepada follower yang ke 200 aku ni. Nama dia Bib abdul hamid, dia lagi tua dari aku so aku akn panggil dia sis bib.

Kalau korang tengok picture dia memang tak sangka yang dia ni sebenarnya dah kahwin dan dah beranak- pinak dah, tapi tetap muda okayy akak bib ni. Sis bib juga adalah part time photographer. Kalau nak tengok hasil dia boleh laa pergi dekat blog dia.

Untuk sis bib, saya doakan agar akak sentiasa diberi kesihatan yang baik, and you such an awesome mummy..he..he..terima kasih kak sebab sudi singgah dan follow blog picisan saya ni :) jadi jom laa ramai-ramai kita terjah blog Bib Abdul Hamid




Saturday, August 20, 2011

10 Things That I Love

Tiba-tiba timbul idea nak buat 10 benda kesukaan. Maksud dekat sini benda yang aku suka buat, benda yang aku suka dan segala benda yang memang menjadi kesukaan aku..he..he..semua orang pun mesti ada benda yang diorg suka jugakan. Macam suka jalan-jalan, suka cari pasal, eh itu dah lain dah tu..he..he..ok meh kita chekedaud..he..he..

Yang pertama sekali aku suka dengan buku. Aku suka baca buku, tak kisah laa buku tu cerita pasal motivasi ke, buku berbentuk ilmiah ke, buku tentang perjuangan atau senang cerita sejarah. Memang dari dulu lagi aku suka subjek yang membaca macam sejarah ni. Sebab bila aku baca aku rasa macam diri aku terisi dengan fakta. He..he..cita-cita asal dulu nak jadi peguam tapi itu laa, tak kesampaian. Buku yang aku suka baca macam reader digest.

Picture from google

Kedua, aku suka sangat online atau dalam bahasa melayunya melayari internet. Sebab apa aku suka online, sebabnya macam- macam benda yang aku boleh dapat bila aku online. Senang cerita maklumat dihujung jari. Kau nak cerita apa, semua ada bila kau online. Tapi site yang aku suka baca bila online adalah blog...he..he..sebab blog ni tempat orang sampaikan maklumat, macam review pasal makanan atau pun review pusat-pusat peranginan yang menarik.

Ikan, aku paling suka makan ikan. Tak ada nasi pun tak apa laa, aku boleh ratah macam tu je. Slalu kalau makan ikan siakap tiga rasa ke atau pun ikan kerapu stim ke aku boleh habiskan ikan tu sekor sorang-sorang..he..he..bagi aku ikan tu manis. Tapi dulu masa kecik-kecik orang slalu cakap makan laa ikan banyak-banyak nanti perut banyak cacing..he..he..tak tahu laa korang pernah dengar ke tak pasal ni. Tetap tak heran, makan tetap makan..he..he..

Picture from google

Aku paling laa suka pergi pulau atau pun pantai sebab apa bila dekat pulau atai pantai otak terus rasa segar dan hati rasa tenang je..huhu..aku teringin sangat nak pergi krabi. Krabi ni dekat thailand, pantai dia serius cantik. Kau boleh nampak ikan berenang-renang dari dasar air tu. Nak pergi sini ntah tak tahu bilaa laa. Tapi kalau dapat pergi ni memang puas hati laa.

Picture from google

Yang kelima aku paling laaahh suka tidur..he..he..sangat tak senonoh hobi aku yang satu ni. Kata pun pentanam anggur so kerja adalah makan dan tidur membesarkan badan..he..he..slalu ikut jadual aku, pagi memang dah confirm-confirm bangun lambat. Lepas zohor nanti pun tidur lagi sampai petang, lepas tu malam tak boleh tidur tu yang siang banyak sangat tidur..he..he..hhaiaishhh memang nikmat sangat kalau dapt tidur ni.

Genting highlands, nasib baik laa tak berapa jauh sangat dari rumah. Kalau dari rumah aku ni amik masa sejam je nak sampai genting ni. Kalau genting ni belakang rumah aku memang hari-hari aku pergi..he..he..aku suka pergi sini sebab dekat sini sejuk lepas tu udara dia segar sangat dan yang paling penting pemandangan sangat laa cantik, feeling kat london uuoollssss..he..he..

Picture from google

Lepas tu aku juga suka shopping, perangai aku ni tak senonoh sikit. Dulu masa kerja kalau hari ni dah dapat gaji esok terus plan nak pergi shopping lepas tu aku ni jenis selagi ada duit dalam account tu selagi tu juga laa aku akan cucuk untuk shopping. Lepas tu akhir-akhir bulan nganga..he..he..

Yang kelapan aku ni jenis manusia yang suka senyum dekat orang lain. Tak kisah laa aku jumpa siapa-siapa pun aku mesti nak senyum..he..he..gilo ke hapekan. Tapi itu laa aku, lagi satu pula aku bukan setakat suka senyum tapi aku juga suka ketawa. Bagi aku senyum dan ketawa tu adalah terapi untuk diri aku sendiri. Bila aku susah hati aku senyum dekat orang lain sebenarnya hati aku sendiri jadi lega..he..he..

Aku suka sangat laahhh dengar lagu dari seberang, dari indonesia. Masa aku sekolah menenagh dulu aku memang suka sangat dengan group sehila on 7, lepas dari sheila on 7 masuk malaysia berlambak-lambak pula group indon or lagu- lagu dia dekat malaysia ni. Buka tu saje aku juga suka tengok cerita indon, cerita yang paling aku suka adalah cerita tentang dia. Satu lagi aku suka bahasa yang digunakan sebab membawa maksud yang mendalam dan membuat kita berfikir.

Picture from google

Yang kesepuluh aku paling suka masak. Ni memang kepakaran aku, tapi aku suka sangat masak lauk. Kalau macam kek ke biskut ke aku kurang sikit. Selalu dekat rumah ni memang aku laa tukang masak rasmi..he..he..antara banyak-banyak menu aku paling laahh suka masak spaghetti atau pun chinese food. Puas hati laa dapat masak untuk family sendiri, hepy bila tengok orang gembira makan masakan kita..he.he..

Jadi itu adalah antara 10 benda yang aku suka buat. Kalau ikutkan memang banyak lagi benda yang aku suka buat..he..he..tapi tengok laa kalau rajin lain kalai aku sambung lagi. So korang semua suka buat apa??boleh laa nanti tinggalkan komen dekat box aku tu, boleh kita kongsi sama-sama..he..he..




Thursday, August 18, 2011

Makan- Makan at German Deli Imbiss

HHuuuiiii...dah lama betul tak update blog. Ini gara-gara aku sibuk pada bulan puasa ni menyediakn juadah berbuka dan sahur seisi keluarga..he..he..tipu sangat bunyinya tu yang sebenarnya sibuk membuta di siang hari dan membesarkan segala lemak yang ada dekat badan ni. Orang lain bu;an-bulan puasa macam ni kurus je tapi aku badan naik.



Ape kes ntah..he..he..lepas tu ngadu dekat soulmate cakap dah gemuk laa hape laa. Lepas tu soulmate boleh bantai cakap aku kalau buka puasa macam makan untuk dua hari mana tak gemuk badan tu. Lepas tu membuta..he..he..


Tragedi ni berlaku semalam bila mana soulmate cuti. Jadi memang acara wajib laa bawa buah hati dia ni keluar jalan-jalan. So semalam saje je jalan-jalan dekat ampang point tengok-tengok baju, shopping-shopping sikit. Best juga laa jalan-jalan dekat ampang point tu sebab dekat level bawah sekali banyak orang jual kain baju, memang rambang biji mata ni.


Lepas dah jalan-jalan dekat ampang point, soulmate cakap dekat ampang ni ada satu kedai serve makanan german. Nama dia German Deli Imbiss dekat petronas ampang jaya. Parking je kereta dekat peronas tu sebab restoran tu dekat belakang petronas je, memang dekat sangat-sangat.


Yang special dekat sini burger dia sebab burger dia memang besar melampau, sedap dan paling penting murah. Lagi satu siapa-siapa nak makan steak aku cadangkan pergi laa dekat sini sebab harga steak dia memang bawah RM30 je. Puas makan dan yang paling penting daging dia lembut.


Tapi masa datang ni diorg ada serve buffet satu kepala RM28. Best juga laa sebab menu boleh tahan banyak, antaranya ada nasi, ada pasta, sosej, salad, daging panggang, pendek cerita dia serve western food. Orang tak berapa nak ramai sangat masa aku makan dekat sini, so memang selesa laa.


Tapi antara banyak-banyak dekat sini aku suka glerr sengan sup dia, picture kedua dekat atas ni. Rasa dia memang sedap betul, rasa laa segala rempah dia. Lagi satu roasted chicken dia pun best sebab ayam tu terasa bahan perap dia sampai ke tulang.

Ntah kenapa sejak puasa ni suka cari tempat makan yang serve buffet..he..he..pada hal nampak sangat dekat situ yang aku kuat makan..he..he..kitorg stay dekat german deli ni sampai pukul 9. Bayangkan banyak tak banyak laa aku makan..he..he..



Tuesday, August 9, 2011

Jantan Gila Talak

Ini kesinambungan dari entry yang sebelum ni, so officially member aku dengan awek dia tu pun clash. Tapi yang minta putus tu awek dia, kawan aku tu tak putuuskan apa-apa lagi sebab member aku tu dah gila talak dekat awek dia tu. Kawan aku tu sanggup terima segala perbuatan curang awek dia tu malah dia tak kisah pun sebab alasan dia, dia sangat sayangkan awek dia tu.

Bayangkan macam mana cinta yang diorg baja yang bukan sehari dua tapi bertahun-tahun tu berkecai begitu je sebab orang ketiga. HHHAaiiiisshhh teruk betul. Yang aku herankan sangat tu awek dia ni dulu bukan main sayangkan kawan aku ni, tapi sekarang macam mana dia boleh berubah secara drastik.


picture from google

Yang sadis sekali member aku tu laa. Sampai sekarang murung je. Sedih dan memang totally lost dia sekarang macam orang tak ada arah hidup. Itu laa penangan cinta, kalau tak boleh kawal kecewa tu mampu memakan diri.

Aku laa kalau jadi awek kawan aku ni memang bersyukur glerr laa kalau dapat lelaki macam ni. Yang mana sanggup terima segala kesalahan yang aku buat, yang akan terima aku dengan hati yang terbuka dan yang akan selalu sayangkan aku sepenuh hati. Mana nak dapat lelaki macam ni.

Sampai sekarang kawan aku tu masih tunggu awek dia datang dekat dia. Tapi awek dia tu memang keras hati, mungkin dah ada pengganti. Cuma untuk awek dia tu aku pesan jangan sesuke hati kau nak hancurkan hati orang sebab end up kau pun akan ada dekat tempat dia dan what goes around comes around.




Sunday, August 7, 2011

Kantoi Dengan Jantan Lain

Perempuan pun sekarang memang ramai yang tak boleh percaya lagi. Aku rasa perempuan sekarang tak sama macam perempuan zaman dulu. Maksud aku bila pandang dari sudut kesetiaan. Tapi bukan laa semua perempuan macam tu. Ada je lagi yang setia.

Kenapa aku cakap macam tu. Sebab kawan lelaki aku nampak awek dia dengan jantan lain. Cerita dia macam ni, dah beberapa hari kawan aku ni cuba mesej awek dia tapi tak dapat. Bila kawan aku ni mesej awek dia memang haram laa awek dia ni nak reply mesej dia tu.


Picture from google

Dia pun susah hati. Ye la pelik kenapa awek dia tak contact dia langsung. Dipendekkan cerita sehari sebelum puasa dia pun tunggu laa awek dia ni depan rumah awek dia. Dia tunggu dari pukul 5 petang sampai pukul 8.30, tapi awek dia ni tak keluar-keluar rumah juga.

Jadi nak dijadikan cerita kawan aku ni nampak ada kereta my vi berhenti depan rumah awek dia ni. Dalam kereta tu dia nampak awek dia dengan jantan lain, siap cium tangan lelaki tu. Menyirap tak menyirap dia pun serang laa. Tapi dia serang mulut je laa. Sebab tak nak kecoh-kecoh.

Dia tanya dekat awek dia " dia ni siapa??"...awek dia senyap je. Member aku ni pun tanya lagi, lepas tu baru awek dia cakap macam ni " ni kawan je"..member aku tanya lagi " kalau kawan je takkan kau dah boleh salam dan cium tangan dia????"..awek dia ni pun bagi alasan yang super bodoh " dia ni lagi tua dari aku lagi pun dia dah hulur tangan takkan aku tak salam"...member aku balas balik " tapi perlu ke nak cium tangan semua??"...terus senyap awek dia ni.

Picture from google

Pppperrrgghhh perit glerr kowt awek yang ko tatang penuh selama dua tahun ni curang dengan kau. Sakit hati lagi bila kau dah tunggu dia lama-lama depan rumah lepas tu kau dihidangkan dengan kecurangan awek kau tu. Siapa tak sakit hatikan.

Kalau lelaki curang memang perkara biasa tapi kalau perempuan curang tu yang sedikit pelik....he..he...entry aku ni bukan nak kondem perempuan, tapi macam yang aku cakap bukan semua macam tu. Tapi aku pelik macam mana cinta yang dah bertahun kau baja tiba-tiba berakhir dengan kecurangan pihak yang lain.

Untuk kawan aku tu anggap je ni dugaan bulan ramadhan, aku tahu kau nangis glerr vavi lepas kes tu depan mak kau. Rilex laa, kawan-kawan ada, yang paling penting keluarga. Kau tengok family kau tak kan sesaat pun dia tinggalkan kau lagi-lagi mak kau.



Saturday, August 6, 2011

Jalan- Jalan Mid Valley

Siapa ada keluar minggu lepas hari ahad. Makdsudnya sehari sebelum puasa??aku laa tu salah seorangnya. Saje je nak jalan-jalan lagi sebelum puasakan. Sebelum puasa laa boleh jalan habis-habisan, sok kalau dah puasa jangan harap laa dapat keluar jalan-jalan macam ni.


Siapa yang keluar hari ahad hari tu tahu laa hazab dia macam mana. Hari tu aku pergi mid valley memang masak laa besesak-sesak dalam ktm. Siap berlaga-laga vontot lagi, nasib baik aku duduk dekat coach perempuan.


Cerita minggu lepas baru minggu ni hegeh-hegeh nak hupdate. Aku rasa sebagai pentanam anggur bulan ramadhan adalah bulan yang sangat sibuk. Mana nak masak untuk sahur, chehhh macam ko bgnkan nadia pada hal mak kau yang bangun masak..he..he..lepas tu nak masak buka lagi, haa buka ni memang aku yang masak.


Masa keluar ni bertiga, dengan adik aku yang perempuan dengan yan. Yan ni pegawai bomba baru dekat rumah aku ni. Dia memang tak ada kawan perempuan, ye laa kerja yang dimonopoli lelaki mana nak ada kawan-kawan buat shopping semua, lagi pula dia baru pindah dekat sini. Baru 3 bulan, aku kenal dia ni pun masa kenduri dekat rumah aku.

Macam tak sangka perempuan lembut macam dia ni bombakan..he..he...jalan-jalan cuci mata dekat mid ni memang best sebab banyak sangat kedai yang nak ditengoknya. Bukan setakat tengok kedai tengok gelagat orang pun best. Ramai orang sangat hari tu, masuk mana-mana kedai penuh je.



Wednesday, August 3, 2011

Makan- Makan at Oldtown 2

Entry ni memang dah lama dalam draft. Kejadian berlaku minggu lepas sebelum puasa keluar makan puas-puas dulu. Kerja aku sekarang nikan pentanam anggur. Jadi mana-mana yang adik-adik , mak, abah atau nenek aku nak pergi mana-mana memang aku laa yg jadi supir tak bergaji..he..he..


Keluar hari tu dengan dua orang adik aku dengan nenek aku. Pergi mines saje nak cuci-cuci mata sebelum bulan puasakan. Agak- agak dah penat berjalan itu yang singgah makan kejap dekat old town.


soya dengan hape ntah


Roti n Chicken Curry


Curry Mee


Tomyam

Selalu kalau pergi old town menu yang selalu aku order assam laksa sebab aku memang hantu laksa. Sebab ape laksa dekat sini best sebab rasa dia masam-masam dan yang paling penting pedas. Memang kecur air liur kalau teringat.



Lelaki Memang Macam Itu, Perempuan Pula Mulut Puaka

Kenapa kalau kita marah kita akan tinggikan suara bila bercakap? Aku tengok yang selalu suka perangai macam ni lelaki. Tapi bukan semua laa. Contoh kalau kau tengah sembang-sembang dengan awek kau tetiba awek kau macam tak dengar apa yang kau cakap end up kau tinggikan suara dan buat ayat tambahan "tak dengar ke orang cakap apa!!!!!!" dalam nada amukan. Lepas tu kau jangan tanya kenapa awek ko sentap dengan kau.

Aku tak berkenan betul laa. Lagi satu kalau dah gaduh teruk-teruk tu segala- mala perkataan yang tak elok semua pun kau keluarkan siap tengking-tengking bagai. HHHHOOOOiiiiiii kau dah kenapa. Kot iyew pun marah cuba cool down dulu lepas tu baru cakap balik. Selalu jadi kes bila dah marah akan ada yang laa yang terlanjur cakap. Masa tu jangan menyesal apa yang kau sebut tu akan jadi kenyataan. Contoh ayat " aku dah malas laa nak gaduh dengan kau ni, kita CLASH laa!!!!"

Picture from Google

Dan kenapa orang yang marah tak dapat fikir dengan waras? Salah satu sebab adalah otak kita takkan dapat proses maklumat dengan betul dicampur pula dengan hati yang berkata-kata sebab dah dengar hasutan syaitan. Dan bila dah marah, semua akan letak otak dekat kepala lutut.

Jarang aku jumpa orang yang dapat kawal perasaan marah. Bagi aku lelaki kalau dah marah memang tak agak-agak, macam nak diamuknyerr semua benda. Contoh kes suami dera isteri pakai lesung batu, pakai tali pinggang, pakai tong gas, pakai kaki tangan, ape jadahnya tu.


Picture from Google

Kalau perempuan pula, bila dia marah mulut memang takkan henti membebal dan yang paling penting emosi dia memang dah bercelaru glerr, sebab tu perempuan lebih mudah terlanjur kata berbanding lelaki bila dia marah. Contoh paling dekat pergi tengok drama melayu part suami isteri bergaduh ayat yang selalu keluar " abang ceraikan saya sekarang!!!!" heehhhhh gila ke hape kau perempuan nak main cerai-cerai sekarang.

Itu adalah pandangan dan pemerhatian aku secara peribadi. Bukan semua lelaki atau pun perangai akan 100% macam tu. Ada juga lelaki yang sangat penyabar, soft spoken semua. Sama juga dengan perempuan bukan semuanyer bermulut puaka..he..he..



Makan- Makan at Mcd

Kejadian berlaku di MCD Taman Cannaught, dimana cik puan blog ni dah lama tak berjumpa dengan soulmate dia, sebab soulmate dia sibuk sangat dengan kerja, aku tengok dia ni kerja dah mengalahkan CEO pun ada..he..he..


Baru je keluar tadi, ingat nak lepak dan sembang-sembang jadi singgah laa MCD, lagi pula aku memang tengah glerrkan GCB. Dah laa setahun sekali je keluar, boleh tak nak request dekat MCD biar GCB tu jadi all time favourite..he..he..


Kalau dekat area sini mamat afrika memang ramai glerr bertenggak dekat MCD ni sebab belakang area ni ada college banyak foreigner. Bila lepak sini aku jadi confuse sama ada aku ada dekat dekat malaysia atau dekat afrika..he..he..apa-apa pun aku nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan dan boleh laa kita beribadah sebanyak-banyaknya kepadaNYA..