Tuesday, May 31, 2011

Makan-Makan at Kaya Kopitiam

Hari yang hujan ditambah pula dengan cuaca yg sejuk mmg buatkan perut kita berkeroncong. Dan lagi sedap kalau cuaca sejuk dapat minum air kopi or teh panas. rasanya memang tak terkata nikmatnya.


He..he..Kejadian ni berlaku hujung minggu lepas. Time ni OTW nak balik rumah dan singgah sekejap dekat restoran jejantas Sg Buloh pekena roti ngan kopi. Yang ni mmg favourite mak pak aku laa.


Jadi singgah la kejap dekat kaya kopitiam. bagi aku tempat dia biasa0biasa dan makanan pun biasa-biasa je. tapi service dia best la. Staff pun ramah, tapi tempat dia tu agak sunyi sebab mungkin menu pn tak banyak sangat dan terhad.



First kalau sebut kopitian tak sah kalo tak ada roti dengan kopi. Order roti kaya. Roti dia goreng skali dengan telur lps tu dia bg kaya. Kaya dia mmg sedap mungkin home made kowwtt. Roti dia pun masak sedap2 je. Tak terlalu kering.



Set ke dua pula kalau tengok picture kat atas ni ada roti, hot dog telur semua. Nampak biasa-biasa je tapi paling special roti dia sbb apa dia guna roti gandum. yang dibakar lepas tu roti dia tebal tak macam roti yang biasa. Hot dog dia pula kenyal-kenyal tapi sangat lembut lepas tu rasa dia bukan macam hot dog yang biasa tu. Ada rasa macam garlic. tapi tak terlalu kuat rasa tu.

Yang terakhir sekali mee udang. Mee udang dia ni boleh la kalau nk telan kat tekak ni tapi jangan berharap tinggi sngt sebab rasa dia biasa-biasa je. Kuah cair tapi macam aku cakap still bleh diterima lagi.



Monday, May 30, 2011

Susah dan Senang

Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah kepada shah hizad kerana telah bergelar suami. Tak sangka betul dalam ramai-ramai kawan kita kau dah mendirikan masjid dlm umur 23. Sedangkan aku masih lagi khayal dengan dunia yang aku sendiri belum pernah rancang.

Tapi serius sebenarnya aku takut betul bila orang-orang mulabercakap soal kahwin. Bagi aku, aku takut betul dengan komitmen dan yang paling penting aku takut hidup susah. Aku takut pasangan aku tak mampu jaga aku sebaik mak dan ayah aku jaga aku.

Aku takut kalau aku kena hidup susah dan terpaksa ikat perut tunggu hujung bulan sedangkan dengan mak dengan abah aku tak pernah rasa macam itu.

Aku takut kalau dia tak mampu untuk terus setia dengan aku sedangkan mak dan abah aku takkkan pernah sesekali tinggalkan aku.

Aku takut juga kalau dia berubah sedangkan aku tau mak dan abah tak akan berubah dan tak akan prnah tinggalkan aku.

Tapi aku sedar nak tak nak semua akan rasa susah untuk bina keluarga sendiri. Tiba-tiba aku termotivasi dengan apa yang pernah kawan aku cakap, dia cakap...........

"hidup kita mmg tak mewah tapi insyaallah cukup"



Friday, May 27, 2011

Makan-Makan at Chinese Restaurant

Siapa-siapa yang tak pernah makan chinese food aku suggest korg makan dkt mana2 kdai yg serve chinese food..dan yg paling penting kedai tu mesti halal ye..hari tu mak n abh ada bawa pergi makan dekat restoran Pak Ya corner kg pandan..owner dia cina muslim.


Kalau korg tgk kedai dia macam kedai tomyam kat tepi2 jalan tu..tapi makanan dia serius standard mcm makann dekat 5 star punyer hotel..sbb apa???walaupn dia serve biasa-biasa je tapi rasa dia serius sedap melampau..


Dapat bayangkan tak macam mana sedapnyerr makan dekat kedai tu..he..he..lepas tu kedai ni pernah masuk jalan-jalan cari makan dan dekat kedai tu aku nmpk plug jalan2 cari makan..orang memamg ramai laa..tapi diorg serve lambat sikit...tapi apa2 pn still puas hati lagi laaa..

Jom kita tengok menu apa yang aku dah order..first sekali amik ikan jenahak masak asam..apa besnyer tentang lauk ni ikan tu dia stim dan yg paling special kuah tu rasa macam masam2..ada rasa macam asam pedas gak..tapi sedap...


Yang kedua rugi kalau makan chinese food tak order butter prawn..udang dia da laa byk melampau dan kalau korg tengok kt picture tu ada macam serdak2 tu..yg tu sebenarnya telur..itu paling kick glerr..



Lepas tu kuah plak order sup cina..dalam sup ni ada halia..sayur macam-macam sayur ada...tp yg paling best pasal sup ni semuanya dia rebus..tak ada minyak tapi still sangat sedap juga..


Menu lain plak amik telur kukus...yang ni mungkin dia kukus putih telur dan yg dekat ats tu dia letak soya sos..tapi sangat sedap sbb minyak tak ada..katanya kukus..mmg healthy food btl...


Yang akhir skali ni pn mesti try nama dia kong po chicken..dalam gambar nmpk tak semenggah je tapi rasa dia serius sedap..sebab apa ayam tu dia gorg skali dgn cili kering dan dianyer sos kt ayam tu rasa macam manis2..


Air plak order pineapple jus dengan kedondong asam boy...serius sedap tapi manis sangat laa plak..air lain ada gak order tapi malas nak snap..he..he..air pun ada macam2 jenis jus dia pn sama..satu lagi kalau amik air buah memang pekat laa rasa buah tu..puas la kalau minum..

Bagi aku laa chinese food ni mmg sedap antara makann yg pernah aku makan..dan yang paling penting kalau makan chinese food ni mmh healthy laa sbb apa diorg kalau masak memang tak ske letak minyak..even kalau tak ada minyak pn still sedap..

Siapa-siapa yang rasa nak tukar selera boleh laa makan dekat kedai ni harga dia bagi aku ok laa...total hari tu aku makan kena dalam RM123 utk 6 org makan...harga agak berpatutan kalau makan ramai2..blh tong-tong la org kata..he..he..



Thursday, May 26, 2011

Gambar Terlampau

Ok sila gelak secara beramai-ramai bila tengok picture kat atas ni..He..he..hari tu keluat dengan soulmate pergi sunway pyramid. Saje je temankan budak gumuk tu nk shopping katanya. Tapi hampeh satu barang pn dia tak beli. Penat hhookkaayyy kaki ni pusing satu pyramid.


Kejadian berlaku dia kenny rogers saje je tgh bosan tggu menu smpai main tangkap-tangkap picture. Lepas soulmate da berjaya buat muka paling hensem dia abad ni mula la timbul niat jahat. aku cakap kat dia nnti kita nk letak kt facebook.

Lepas tu dia cakap macam berani. He..he.. aku cakap lepas da upload kat facebook nak tag semua orang. He..he..lepas tu dia cakap kalau berani buat cam tu siap laa gambar aku paling buruk dia akan letak kt fb dia.He.he..keji..



Tapi mmg tak berani pn nk upload kat fb sbb ramai sgt yang kenal kalau letak kat blog tak apa. Sebab tak ramai yg tahu aku ada blog. Yang tahu pn kawan-kawan terdekat aku je. Entry kali ni tak ada hala tuju harap maklum.



Wednesday, May 25, 2011

Makan-Makan at Secret Recipe

Kali ni ke mana lagi tempat makan yg aku tuju..he..he..still dekat tempat favourite aku secret recipe..suka makan dekat sini sebab apa???yang paling penting tempat dia tu selesa dan yg paling pentg gak tak berapa crowded..kalau ramai macam mana pun still rasa tempat tu aman je..



Slalu order benda yang sama jadi kali ni nak order tom yam dia..serius sedap..sebab apa tom yam dia serve dgn kuew teow yg halus2 tu..rasa sangat 5 star..masam-masam..manis-manis dan yg paling penting rasa dia pedas..serius tak menghampakan dan aku cadangkan kalo amik tomyam ni blh makan utk 2 org sebab mmg byk melampau..

Masa makan dekat sini macam biasa la mesti ditemani acik kesayangan..he..he...kalau makan2 or shopping2 mmg best keluar ngan acik aku ni...tapi masa keluar ni dia makan cake je sebab dia ada allergic kt kulit dia..so tak boleh makan yang bukan-bukan..


Acik aku ni punya perangai kalau ko bagi dia sebiji kek secret recipe ni pn dia boleh habiskan sebab dia mmg glerr dgn kek SR ni..hari tu pun smpai dua potg dia telan..kalau aku makan satu tu pn da muak..


Tak ingat laa plak ape ke nama kek tu tapi yg satu tu ada rasa mcm coffee..tapi serius sedap..kalau kek SR ni apa2 jenis pn sedap...air plak macam biasa order ice lemon tea..acik plak order cappucino kot kalau tak silap..

He..he...satu je yg tak best dekat SR ni harga air mahal melampau..serius ice lemon tea tu pun mahal semacam..standard laa kalau makan kt kedai2 mcm ni...dengan tax bagai memang terbaik laa harga dia..nak makan slalu tak boleh laa..tapi kalo skali sekala tak pa laa..


Tuesday, May 24, 2011

Banjir

Hari tu balik kampung aku satu family memang terkejut gilerr laa sbb jalan yang biasa kitorg lalu tu banjir. Memang kawasan tu memang slalu banjir laa tak dinafikan lagi. Tapi kali ni punyer banjir memang tinggi sangat-sangat.


Kalau tengok gambar dekat atas ni air masih lagi tak naik jalan. Bila teruskan perjalanan kedepan memang da nampak laa air mula naik kat jalan. Kawasan yang aku lalu tu kawasan kelapa sawit. Dekat sepanjang ladang kelapa sawit tu dikelilingi sungai.


Sungai dia da laa besar. Air plak macam yg warna coklat tu. Bila hujan lebat air naik masuk kt dalam ladang kelapa sawit dl. Lepas tu baru naik kt jalan. Memang seram hookkaayyy tengok air tu mmg paras betis laa..


Nak patah balik memang tak boleh laa sebab da separuh dari perjalanan. Jadi nak tak nak kena redah gak. tapi kesian hhoookkkaayyyy aku tgk satu kereta kancil ni sampai naik ssengguk2 redah air tu. Ye la mau air da masuk dekat ekzoss.



Monday, May 23, 2011

Makan-Makan at Chicken Rice Shop

Kejadian ni dah berlaku 2 minggu lepas..he..he..gilerr da berzaman baru nhegeh-hegeh nak update..seperti biasa kalau keluar kalau bukan dengan acik aku mesti dengan soulmate aku..bukan tak ada kawan-kawan tapi aku lagi suka keluar dengan 2 org manusia tu je..he..he..


Kalau dengan acik aku best keluar dengan dia sebab dia boleh temankan aku shopping sampai mall tu da nak tutup..kalau dengan soulmate plak ske keluar dengan dia sebab...sebab apa ek???he..he..tak ada sebab..tapi kalau keluar dengan soulmate hati tu macam ada taman bunga..he..he..


Plan kali tu nak tengok wayang..kalau tak silap time ni tgk ctr THOR...sementara tunggu time nk masuk movie tu masing-masing tak makan lagi sebab konon2 kalao keluar mmg nak makan sama2..sanggup tak makan dari pagi semata2 nk makan sama2..he..he...


Pusing-pusing satu pyramid tu rasa macam tak tau nk makan apa lagi ...jadi decide pergi makan dekat chicken rice shop..tekak melayu apa2 pn mesti nak cari nasi gak..tapi makan dekat the chicken rice shop ni puas laa lauk macam-macam..

Tapi kalau best dekat sini aku ngan soulmate mesti akan ambil BBQ chicken serius sedap...ayam dia cukup rasa..ayam dia yg dia perap tu pn rasa dia smpai ke dalam daging tu..serius menjilat jari laa rasa dia..

Lepas tu ada amik side dishes hainan curry chicken..ayam dia dengan kari memang sedap glerr cukup rasa pedas n rasa rempah dia tu..he..he..lauk da byk pn still order side dishes lagi nmpak nau kuat melantak...

Lepas dah habis makan tu masing-masing da macam hape ntah..sbb kenyang sangat..he..he..tapi masa hari tu pergi tengok movie orang ramai melampau..tapi yang ramai aku tgk hari tu student laa...ape2 pn ctr THOR tu mmg best glerr la aku bg 4 bintang :)


Ada Apa Dengan MLM

MLM ssiapa pernah dengar?? alaaa bnda MLM ni dah top orang cakap. Rata-rata ada yg maki dan rata-rata juga die-die cakap MLM tu bagus. Tapi aku sekadar nak bercerita pengalamn aku dengan MLM ni. Belum terjebak tapi hampir terjebak. Masa pergi ni tengah budak-budak hingusan lagi.

Time ni aku pergi dengan, soulmate, lan dengan ila pergi wisma mana ntah dekat-dekat KLCC. Masa mula-mula sampai tu peerrgghhh gila vavi penuh kat dalam tu dengan orang. Yang bawa kitorg ni kawan member aku si lan ni.

Umur diorg baya-baya kitorg gak tapi dress up perrgghh da mcm executive padahal masing-masing SPM je. Ahli MLM yg bawa kitorg ni nmpk macam ikan-ikan bilis je lagi. Biasa laa budak baru nk up. Mula-mula diorg cerita sedikit sebanyak laa macam mana diorg beroperasi so dengarkan je laa.

Lepas tu mula kitorg kena brainwash sebab diorg dah panggil diorgnyer sifu. He..he..part ni memang aku nak tergelak glerr bila teringat balik kenapa kitorg 4 org tak boleh cakap NO dengan segala apa yg diorg cakap dah macam kena pukau pun ada. Satu je aku cakap kalau dengan org MLM ni jgn laa korg berlama-lama sbb cara dia brainwash mmg hardcore gileerr. Sape yang tak tahan boleh terjebak.

Yang paling aku ingat bila aku cakap aku nak fikir dulu boleh dia cakap aku ni orang yang tak mahu majukan diri sendiri. Ko bayangkan aku lepas SPM dan modal masa tu yang diorg nak 2.5K. Bayangkan budak lepasan SPM yg spender pun mak pak still belikam lg ada ke 2.5k itu.

Tapi solution diorg baik laa siap cakap lagi sedangkan budak sekolah yang tak ada duit pun boleh join apatah lagi kitorg. Lepas tu dia bagi kitorg kertas suruh listkan contact name dalam phone kat dalam kertas tu dan target setiap seorg kita pinjam RM100 kalo ada 25 nama tak mustahil boleh dapat RM2.5k.

Pppperrggghhh memang kerja gila. Kitorg pun listkan laa satu persatu nama dalam kertas tu. Masing-masing sebenarnya dah susah hati ni. Gila apa nk call sorg-sorang sampai 25 tu semata-mata nak pinjam duit.

Yang paling aku ingat orang MLM ni banyakkan sogokkan dengan duit. Contoh laa dia tanya apa kereta idaman korang. Masing-masing cakap la honda laa toyota laa. Lepas itu dia mula la pancing kalau korang dah dapat untung sok bukan setakat toyota, mercedez or ferrari pun boleh kalau nak.

Satu lagi diorg pandai pancing. Siap tanya lagi korang teringin tak nak hantar mak pak korg pergi buat haji??sebagai ank off course laa nak kan. Jadi dengan pulangan yang korang akan dapat tu laa korg boleh hantar mak pak korg pergi haji.

Macam haram ok. Tak nak aku bagi mak pak aku guna duit yg tak tau dari mana sumbernya itu untuk tujuan amal ibadat mak pak aku. Diorg ni gila betul laa sebab tu aku cakap siapa yg baru-baru nak kenal MLM ni fikir-fikirkan laa sebab duit tak kan jatuh depan mata tanpa usaha dan apa yg korg dengar tu janji-janji manis yg sebenarnya tak berapa nk manis.


Sunday, May 22, 2011

Makan- Makan at Oldtown

First skali aku sajikan muka acik tercinta. He..he.. orang cakap muka aku sama mcm muka acik aku ni. Diorg ingat kitorg adik beradik. Tapi acik aku ni adik mak aku atau merangkap mak cik aku la. Dulu masa kecil-kecil acik aku la yang jaga aku kt kampung. Makan kencing berak semua dia yang buat untuk aku.


Hari tu temankan acik aku pergi hospital sebab anak dia appoinment dengan doktor. Balik je dari appoinment tu rasa lapar. Jadi decide nak makan dekat old town. Singgah sana pekena kopi satu dua lepas tu order roti.

Roti kalau dekat old town memang tak boleh nak dipertikaikan sedapnya sebab memang sedap. Roti dia sndri memang lain dari yg lain. Lembut, lepas tu bila dibakar dia jadi mcm sedap-sedap tak terlalu kering dan keras.

Kalau cakap pasal roti mesti ada jam betul. Tapi kt sini aku rasa yg best roti kt atas ni. Dia bukan letak jam pun. Roti tu dia letak susu je. Tapi tetap sedap. Sebenarnya ada order tom yam tapi lambat plak dia sampai.


Saturday, May 21, 2011

Sizzling dan Claypot

Kalau pergi jaya jusco tak sah kalau tak singgah dekat food court n pekena dia punyerr sizzling..orang kata boleh smpai termimpi2 laa..tapi kalau sizzling dekat tempat lain aku tak rasa macam nak tapi kalau dkt JJ mesti rasa nak singgah..


Ntah dia letak hape ntah kat dalam kuah tu yg smpai sedap sangat..he..he..lepas tu satu lagi ayam dia kt dalam kuah tu empuk sangat..kalau makan ayam tu dia macam cair dalam mulut sebab dia mmg btl2 masak n sangat2 la empuk..


Menu lain plak dianyer claypot pun sedap..ada setengah tempat tu kalau makan claypot dianyer nasi tu macam berjelantah..macam tak masak..tapi kalo dkt JJ nasi pn masak..rasa dia pun cukup rasa...

Lepas tu soulmate ada order ABC..he..he..sumpah rasa rugi beli sebab apa..dah la mahal..lepas tu kacan2 dia sikit..susu pun macam ada tak ada..lagi sedap ABC dkt tepi jalan tu..soulmate cakap rasa ABC dia macam sirap..he..he..


Friday, May 20, 2011

Kentut Dan Bau

Apa perbezaan masa mula-mula korg kenal BF or GF korang dulu..maksud aku dari segi perangai..he..he..contoh yang pertama..dulu kalau makan-makan mesti cover-cover lepas tu makan sikit je..BF tanya "B tak nak tambah lg?" si perempuan ni pun cakap laa dah kenyang..tapi kalau sekarang tak payah tanya agak-agak lapar makanan BF or GF sendiri pun dia rembat..he..he..

Satu lagi dulu kalau nak kentut sanggup berlari pergi toilet katanya nak buang air...tapi sekarang..tak hagak-hagak...tau-tau je dah bau..kalau tanya..."B kentut ye??" dengan slumbernya dia jawab " ha ah B kentut wangikan" sambil angkat-angkat kening..yang ni slalunya soulmate aku..

Kalau dulu cakap suara slow gilerr...kadang-kadang sampai tak dengar..tapi kalau sekarng kalau korang sembang satu mall tu pun boleh dengar suara korang..ye la mall tu pn dibina mmg khas untuk korang cakap kuat-kuat..he..he...tp yg ni slalunya suara aku sorg je yg dengar smpai soulmate siap cakap lagi nk microphone ke..he..he..

Satu lagi aku kadang-kadang berbulu je dengan panggilan bg org2 yg tengah2 couple ni..yang paling tak boleh blah belum kahwin lagi ni tapi dah sibuk-sibuk panggil mama papa...apejadahnya tu..he..he..menari-nari bulu ketiak aku ni mendengar..



Wednesday, May 18, 2011

Selamat Hari Tambah Usia

Selamat hari lahir untuk mak. Kita doakn mak slalu sihat dan slalu gembira. He..he..ni projek minggu lepas. Surprise untuk mak sanggup hhhookkeeyyyy drive sorang-sorang pergi mines nak beli kek untuk mak .


He..he..kek dia serius nampak cantik lps tu dalam dia tu pun sedap sbb apa kek coklat. Apa-apa pasal coklat memang sedapkan..he..he..lepas tu buah dekat atas tu serius fresh glerr ni bkn yg jenis buah yg da kecut2 tu tau..


Sambil-sambil beli kek mak tu cuci mata jap. Tengok baju semua. Tapi macam tak ada yang menarik jadi decide pergi membuncitkan perut dekat secret recipe. Order Spaghetti Bolognese. Memang sedap laa sebab apa bukan setakat sos tu je tapi dia letak gak cheese.

Rasa macam losser glerr makan sorang-sorang. Tapi tak kisah pun memang jenis aku kalau bosan akan lagi ske keluar sorg2.



Sunday, May 8, 2011

Skandal Kau Aku Dia Kamu

Macam rasa kelakar pula nak bincangkan hal ni dekat sini..Pernah tak korang rasa feeling something bila tengok EX korang dengan awek baru dia...pada hal kau pun dah ada BF baru ni..macam mana ye nak jelaskan perasaan tu..

Dia bukan perasaan cemburu atau rasa dengki hati..dia rasa macam Alahai si polan ni sweetnyer dia dgn awek baru dia ni..kadang2 akan terfikit balik agak-agaknyer dia bahagia tak dengan awek baru dia tu atau mungkin lagi bahagia dari apa yg dia pernah rasa dengan kau dulu..he.he..

Aku cerita sikit-sikit laa pasal life aku dulu...sebenarnya sejak aku hidup dekat bumi ni..ini kali kedua aku bercinta...eiiiiii geli plak guna perkataan bercinta ni..he..he..masa mula2 couple dulu umur aku 18 tahun..couple tak sampai setahun sebab PJJ( perhubungan jarak jauh)

Dia sangat baik...pandai jaga hati aku semua..tapi aku yg minta clash sebab tak boleh la kalau PJJ ni..dia belajar dekat Port Dickson aku pula dekat Ipoh..tapi masa nak clash tu sedih juga...even couple tak smapai setahun tapi rasa appreciate sangat sebab dah dikurniakan manusia terbaik itu...

Dengan dia aku rasa buat pertama kali macam mana rasa disayangi..rasa marah...rasa merajuk..ye la..kata pun first couplekan..rasa seronok bila ada orang pujuk semua..

Lepas itu aku couple untuk kali kedua masa umur 19tahun dan masih lagi sampai sekarang...waahhhh cepat je da dapat pengganti pada hal td cakap sedih la hape laa..dasaaarrrrr..he..he..

Dia soulmate aku..jiwa aku..dia pun manusia terbaik yang pernah aku kenal dan pernah aku ada..sebab apa...soulmate aku ni jenis manusia yang sanggup buat apa sahaja untuk orang yang dia ada..slalu dulu lepas balik kerja dia mesti ambil aku..dah laa dari PJ hantar pula sampai rumah...

Masa last-last sem aku slalu demam..pukul 12.30 malam sanggup bawa aku pergi hospital..slalu dia juga la yang bawakkan aku panadol 100 plus semua...dia memang sangat baik...

Tapikan aku perasan persamaan EX aku dengan soulmate aku ni diorg sangat-sangat pendiam..sedangkan aku pula macam enjin motobot..sekali kalo dah hidup tak berhenti-henti bunyi..tapi dua-dua pun layan je kerenah aku yang satu tu..

Tapi paling kesian dekat soulmate aku laa sebab sampai sekarang dia laa yang paling hazab kena layan aku bercakap...tiap kali aku bercakap aku rasa mesti dia cakap dalam hati dia...iisshhh budak gemuk ni asyik bercakap je..aku tampal mulut tu dgn soletip pas tu aku stapler mulut tu baru benti bercakap agaknyerr..he..he..



Wednesday, May 4, 2011

Makan-Makan Lagi

Balik je dari bukit cerakah tu perut serius lapar gilerr sbb apa dari pagi tak makan...time keluar dari bukit cerakah pn dah 5.30 dah macam puasa la plak...singgah makan kt mana plaza lam sentral...nama restoran lupa plak...he..he..


Soulmate order kalau tak silap udang petai..sumpah sedap..tengok gambar kat dalam menu tu macam tak sedap sangat..tp bila dah sampai dah rasa semua sedap betul..cukup rasa semua...


Aku pula order...hhhmmmm order apa ek..lupa plak..tapi aku punya pun sama sedap gilerr ada rasa masam2..manis2 semua...cukup rasa tapi yang tak best sebab nasi dia sikit sangat tapi lauk dia serius tak kedekut..selambak laa...nasi dah habis tapi lauk tak habis lagi..

Makanan dekat sini serius sedap walau pun kalau tengok kat dalam gambar tak de la nangis sangat..tp super sedap..bagi 5 bintang..he..he..sory laa lupa plak nama restoran ni..