Tuesday, January 31, 2012

Makan-Makan at Umami Steamboat

Hari tu ada pergi makan steamboat. Selalu kalau nak makan steamboat ni aku slalu pergi makan dekat seoul garden, tapi memandangkan ayik-asyik makan dekat sana je, bosan, nak juga ubah angin. Aku jumpa kedai steamboat ni masa aku tengah blog walking.


Nama tempat ni Umami Steamboat. Umami steamboat ni dekat desa mentari PJ, betul-betul depan dengan sunway pyramid kawasan dia. Yang paling best dekat sini parking banyak dan tak banyak kenderaan.

Umami dibuka dari pukul 5 petang sampai malam. Buffet, all you can eat satu kepala dalam RM26++ macam tu la. Murah kalau nak dibandingkan dengan seoul garden. Tapi dekat sini yang paling best pilihan untuk seafood memang banyak. Udang, ketam, ikan, kerang dan apa ntah lagi jenis seafood aku pun tak berapa nak kenal.


Sayur pun macam-macam jenis. Dekat sini yang paling best dia ada BBQ chicken wing, satay dan ABC. Kalau korang nak bakar-bakar korang boleh request dekat pekerja dia nanti dia akan bakarkan apa yang korang nak tu.



Servis dekat sini memang tip-top laa. Setiap kali ada pinggan yang tak guna atas meja pekerja dia akan ambil dan gantikan dengan pinggan yang baru. Kau tak payah laa sibuk-sibuk nak panggil dia suruh kutip pinggan mangkuk korang. Even kotor sikit pun dia akan ambil dan gantikan dengan pinggan yang baru.

Kalau tengok picture yang aku ambil ni macam sikit je kan. Tapi sebenarnya banyak koowwtt. Tau-tau je la kalau makanan dah banyak depan mata memang tak ingat laa nak snap picture. Tapi jangan risau sebab nanti aku nak pergi makan dekat sana lagi, so boleh laa tangkap picture banyak-banyak dan masukkan dalam blog :)




Friday, January 27, 2012

Makan-Makan at Nandos Lagi

Rasanya macam baru je update cerita pasal makan dekat Nandos hari tu..he..he..cerita ni pun dah lama sebenarnya. Saja bagi up balik. Ntah kenapa suka pula aku makan dekat dekat Nandos ni. Sebelum ni gila makan Kenny rogers.

Anatara kenny roger dengan nandos korang suka makan yang mana satu. Bagi aku dua-dua pun aku suka. Nampak nau kuat mencekik kau ni. Mana badan tak naik..he..he..


Orang cakap kalau makan dekat kenny rogers ni macam makanan orang sakit sebab less salt semuakan. Bagi aku sedap. Lagi pula kalau tengok texture kenny rogers dengan Nandos ni ada beza. Kalao ayam Nandos, dia lebih kering maksud aku memang panggang habis la.

Tapi kalau ayam Kenny rogers ni texture dia lebih lembut maksud aku dia bakar tu tak ada laa sampai kering masih ada juicy lagi. Side dishes kenny rogers dengan Nandos dua-dua pun aku suka.


Memandangkan aku ni suka makan pedas, memang elok betul laa makan dekat Nandos ni sebab kau boleh pilih sendiri tahap kepedasan ayam tu. Tapi selalu aku ambil extra hot. Memang berair laa biji matakan, tapi tetap sedap.


He..he..kau bagi je laa aku apa-apa pun tolak batu dengan kayu je bagi aku semua benda pun sedap. Yang terbaik sekali dekat Nandos ni dia punya cili. Macam-macam jenis ada. Memang tak muak laa makan yang paling penting sihat untuk badan sebab ayam dia dipanggang.




Thursday, January 26, 2012

Hari Pertunangan Ain

Tengok tajuk pun dah tahu nak cerita pasal apakan..he..he...tak sangka sangat kawan baik aku ni dah tunang. Rumah dia dekat banting. Jadi gagah laa aku dengan soulmate sampai ke Banting sana tu. Boleh tahan jauh juga laa. Satu jam juga laa dari rumah aku pergi rumah ain ni.


Rumah dia jalan yang nak pergi pantai morib dan bagan lalang tu semua. Kiranya rumah dia ni dekat dengan pantai morib laa. Aku kenal ain masa dekat politeknik dulu. Kitorg satu satu kelas satu rumah sewa semua laa, memang rapat sangat.


Tunang ain ni orang banting juga laa sama tempat kerja dengan dia. Memang kenal laa dengan tunang dia sebab kalau kitorg keluar tunang dia mesti ada sekali. Lagi pula kepala tunang dia tu sempoi je. Memang boleh masuk laa.


Tapi kesian sangat sebab seminggu sebelum majlis tunang dia, abang dia meninggal. Masa datang majlis dia tu pun family dia ada buat tahlil sekali. Takziah laa untuk diorg sekeluarga.


Ain ni ramai adik-beradik, serius memang meriah rumah dia. Tak payah panggil sedara mara, diorg anak beranak pun dah cukup dah...he..he..abang-abang dengan kakak-kakak si ain ni memang peramah glerr yang penting even dah kahwin pun perangai memang gila-gila.

Aku sebagai kawan sampai sekarang macam tak percaya yang dia dah tunang. Rasa macam cepat je masa berlalu, masih terasa lagi macam semalam baru kitorg makan sama-sama, tidur sama-sama dan nangis sama-sama. Apa-apa pun aku dokan kebahagiaan kau sampai akhir hayat. Aku sayang sangat dekat kau ain. Hidup baik-baik ye ain.









Wednesday, January 11, 2012

Makan-Makan at Sekinchan Ikan Bakar

 Hhhaaiiii....tensen betl dengan final exam. Hari ni paper statik memang masa jawab exam tadi mata macam nak terkeluar sebab tak cukup tidur dengan otak rasa macam nak terkeluar juga dari tempurung kepala ni lalu bergolek-goleklah ia di dewan peperiksaan tadi..mhuahuahuahuahua..tak payah nak hiperbola sangat laa nadia.


Memandangkan mood study tak sampai lagi apa kata kita update sedas dua. Blog ni pun dah lama tak berupdate. Hari tu aku ada pergi jalan-jalan dekat JB. Saje je laa hari cuti tak de benda nak buat turun JB. Nak balik rumah tak boleh sebab baru je balik hari tu.

JB ni sebenanrnya tak ada laaa seronok sangat, siap ada orang cakap lagi JB dengan KL dah sama happening, tp bagi aku biasa-biasa je. Ntah tak tahu laa kalau tempat yang aku pergi tu bukan tumpuan ke hape ke. Sampai-sampai JB je terus cari tempat makan.


Jadi kali ni kita makan-makan dekat Sekinchan Ikan Bakar. First impression bila masuk tempat ni aku tertarik sangat dengan decoration kedai dia. Unik, terasa macam suasan kampung nelayan yang moden. Tersusun cantik laa.

Tapi datang sini bukan nak tengok decoration kedai tapi nak makan. Jangan pelik bila datang sini sebab dekat sini dia hanya serve ikan bakar dengan ulam-ulam. Tapi serius cakap ulam dia semua segar-segar. Lagi segar bila dia bagi sekali sambal beacan..ppeergghhhh kecur air liur aku sekejap.


Ikan pula macam-maam jenis. Ikan kembung ada, pari ada , ikan merah ada, bukan setakat ikan sotong udang ketam semua ada. Hrga ikut pasaran. Tapi aku tak tahu laa pasaran mana dia ikut sebab dapat rasa harga dia mahal sangat laa.


Tapi walaupun mahal, ikan bakar dia sedap sangat, lagi-lagi sambal dia. Sambal ikan bakar tu memang kena sangat dengan tekak aku sebab masam dan pedas-pedas sikit. Lagi sedap bila dia bagi air asam dengan sambal kicap. Nikmat tak terkata, bagi aku sekincan ikan bakar ni nak makan kadang-kadang boleh laa tapi kalau nak makan selalu tu mungkin tak laa.