Tuesday, February 21, 2012

Breakfast With Auntie

Aku pun tak tahu kenapa blog aku ni banyak berkisar pasal makanan je. Nak kata blog ni dia punya tema pasal makanan tak juga..wwaahhh ko nadia tema sangatkan he..he..ye la sementara tengah cuti ni boleh laa aku update banyak-banyak.


Kalau dah start study nanti nak post satu entry pun ambil masa berbulan-bulan, tapi blogwalking aku rajin..he..he..tengah cuti ni acik aku rajin datang rumah temankan aku. Selalu dia datang pagi-pagi bawak aku pergi breakfast.

Selalu breakfast dekat MCD je. Acik aku ni adik kepada mak aku. Houswife sekarang ni tengah pregnant anak ke-5. Kalau aku keluar dengan dia mesti orang cakap mak cik aku ni kakak aku.


Aku kalau pergi mana-mana memang pergi dengan acik aku ni. Lepas tu apa-apa cerita je mesti aku cerita dengan dia. Boleh kata sekepala laa aku dengan dia.




Saturday, February 18, 2012

Hari Ini Hujan

Tiket Bus KL ke Batu Pahat pukul 10.30am nanti. Balik kepada asal. Kepada serabut kepala, balik kepada asal kehidupan yang hitam putih.

Warna-warni bila aku pulang ke rumah sahaja. Semua sampai jumpa lagi. Kalau tak sibuk mungkin akan update macam biasa.

He..he..macam laa sebelum ni kau update selalukan nadia..Doakn aku untuk berjaya, berjuang benda yang aku tak tahu masih punya harapan lagi atau tidak.

Cuma yang aku ada sedikit kekuatan. Tuhan tolong kuatkan hati aku untuk terima dugaan yang Engakau beri kepadaku nanti..Amin



Thursday, February 16, 2012

Andartu Terlampau

Aku rasa ramai kowwtt yang dah baca cerita kougar ni. Cerita kougar ni keluaran fixi. Selalu yang kita baca buku alaf 21 tapi kali ni kita cuba ubah sikit selera ke publisher yang lain. Tapi aku bagi amaran siapa-siapa yang mencari gaya bahasa melayu betul, buku ini mungkin tidak sesuai untuk anda.

Bagi aku jalan cerita dia biasa-biasa je cuma yang buat aku tertarik gaya penulisan yang sempoi tapi apa yang penulis sampaikan cukup padat. Permulaa cerita agak bosan tapi bila dah sampai ke Klimak degupan jantung macam lepas lari pecut 100m.


Penulis pandai bermain emosi dengan pembaca. Jalan cerita agak mendatar.Isu yang dikupas adalah kehidupan seorang Andartu. Bagaimana dia mencari jodoh untuk dirinya dan bagaimana menghadapi tekanan dari keluarga yang mahukan supaya dia cepat berkahwin.

Buku ni harga dia RM20. Tak terlalu tebal. Dalam 3 jam anda mampu untuk menghabiskannya. Ehh apasal entry aku kali ni macam nak promote barang ni??he...he..sebenarnya banyak lagi cerita keluaran fixi yang hebat-hebat. Ini salah satu diantaranya. Kalau nak cuba baca benda yang lain dari kebiasaan aku cadangkan baca buku keluaran Fixi ni.



Wednesday, February 15, 2012

Wordless Wednesday





"On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description."..from wiki..




Makan-Makan Assam Laksa

Meh sini nak share satu cerita. Ada siapa-siapa tak dekat sini hantu asam laksa??ok..kepada siapa-siapa yang memang suka makan asam laksa aku nak share satu tempat dekat mana yang laksa dia sedap dan yang paling penting ada kick.

Jawapan dia Mid Valley, korang masuk dalam JJ dalam JJ tu ada food court, lupa pula aku level berapa, tapi dekat bahagian yang orang-orang jual pinggan mangkuk. Masuk-masuk situ je dah semerbak bau asam laksa dia.


Sebenarnya dah lama juga tak pekena asam laksa dekat sini. Dah berapa tahun ntah sebab aku memang tak suka pergi Mid Valley sebab ya ampun ramainya orang. Selalu kalau pergi pun mesti time weekday. Orang pun tak ramai.

Harga semangkuk asam laksa ni RM9 berapa sen ntah lupa. Tapi dia set laa siap ada air dengan desert lagi. Bukan setakat asam laksa je, nasi lemak, mee kari pun ada tapi bukan setakat tu je menu yang lain pun ada juga.

He..he..dah nak dekat habis baru teringat nak snap picture, tak senonoh je kan sudu sampai dua dalam mangkuk tu nampak nau gelojohnya..



Tuesday, February 14, 2012

Eat..Drink..Gossip

 Tengah-tengah layan mimpi petang tu tiba-tiba dengar bunyi enset berbunyi. Tengok dekat screen dak ain rupanya. Apa agaknya dia nak ek. Sambil kesat tahi mata jawab laa call dia "wweeyhhhhh ko membuta ek, ada rumah tak aku nak datang ambik ko ni..kita kuar"..


He..he..dengan kelam kabutnya terus bangun mandi semua. Nampak picture dekat atas ni?? ini laa dua orang makhluk tuhan yang telah mengganggu mimpi aku petang tu..he..he..

Siapa yang dah lama baca blog aku ni kenal laa ain ni best friend aku dari aku dekat poli lagi. Memang tak pernah lost contact laa. Ain ni pun dah bertunang. Nama tunang dia ni nazmi. Diorang dua-dua tinggal dekat Banting.


Sementara tengah cuti ni dapat laa jumpa diorang. Kalau tak memang payah laa. Dengan Ain kerja aku pula study lagi. Tapi serius best dapat jumpa dia sebab kalau bersembang dengan Ain ni macam tak ada hari esok..he..he..

Kitorang pergi The Mines Seri Kembangan. Lagi pun dekat dengan rumah aku. Sampai-sampai sana je pusing satu Mall. Bila masing-masing dah penat cari port lepak sambil minum-minum.


So decide nak lepak dekat Chatime. Tapi sebelum tu cari kunyah-kunyah dulu. Tengah jalan-jalan ternampak satu kedai yang jual sushi, so singgah jap beli sebab si Nazmi mengidam sangat nak makan sushi.


Dia ni memang hantu sushi. Jangan tak tahu sushi tu dia makan semua. Lagi satu kau bagi je la si nazmi ni makan apa je pun mesti semuanya dia telan..he..he..


Jalan punya jalan punya jalan ternampak pula subway. So kasi singgah jap order apa-apa yang patut. Sorry picture tak sempat nak snap sebab dah lapar sangat sebab tengok subway tu tempting sangat..tak tahan...he..he..



Sepanjang cuti ni aku banyak habiskan masa dekat rumah je. Keluar dengan soulmate pun jarang sebab dia sibuk sangatkan apatah lagi kalau nak keluar dengan kawan-kawan yang lain. Masing-masing dah ada kehidupan sendiri.

Masa keluar dengan Ain ni memang hepy sangat-sangat sebab kalau dengan dia ni kau boleh sembang apa je. Lagi satu dia ni memang kepala ting-tong sikit sebab tu aku boleh masuk dengan dia. Dah kata pun dulu pernah tidur sebantal, makan sepinggan, berak semangkuk...he..he..yang ni aku tipu.





Monday, February 13, 2012

Food Court JJ IOI Mall Puchong.

Ada apa dengan food court..pperrgghh dah macam ada apa dengan cinta pun ada bunyinya..he..he..ni kesinambungan cerita masa aku keluar tengok movie sumpahan kumkum yang tak best tu. AKu tengok movie tu dengan soulmate.


Kitorang tengok dekat IOI mall Puchong. Orang pun tak ramai, so ok laa kalau nak lepak-lepak sana. Lepas dah tengok movie, perut pun lapar so kita terjah food court JJ dekat aras paling bawah sekali.


Not bad juga makan dekat food court ni sebab pilihan banyak dan harga pun murah kalau nak dibandingkan dengan kedai-kedai yang ada dalam shopping complex ni.


Kalau makan dekat food court ni aku paling menyampah kalau nak kena beratur panjang-panjang sebab nak kena bayar resit dengan kaunter pembayarn hanya satu sahaja yang dibuka. Ponat llaaa kaki ni dengan lapar lagi, mau kalau sampai turn aku nak bayar aku dah merangkak sebab kelaparankan.


Aku makan mee hokkien. Nampak menyelerakakan betul tak???Meriah siap ada sotong udang bagai. Kuah pun pekat je. Tapi jangan terpedaya, bila masuk je dalam mulut kau mee tu kau rasa macam nak luah balik sebab tawar tak hingat..tobat tak mau makan ni lagi.


Soulmate pula makan sizzling. Kalau pergi food court mana-mana aku rasa makanan yang paling semenggah sizzling je. Sebab puas hati ada rasa semua.Siap ada ayam dan telur lagi. Lepas tu kalau nampak stall orang jual tako tao mesti beli. Favourite sekali octopus laa.


Aku tak tahu laa, masa dulu-dulu baru nak berjinak makan tako tao ni rasa tak sedap, lepas tu hanyir semacam je rasa dia.. Lepas tu beli lagi, tiba-tiba rasa sedap pula. Jadi setiap kali nampak stall tako tao ni mesti singgah beli .



Sunday, February 12, 2012

Sumpahan Aku.

Siapa dah tengok cerita sumpahan kum kum, sila angkat CPU..he..he..aku tengok movie ni weekend hari tu dekat IOI mall puchong. Sebelum tu jom kita baca dulu sinopsis cerita ni yang aku ambil dari webpage TGV CINEMA...

"Cerita seram mengenai Mila yang memiliki wajah berjerawat yang berjumpa dengan seorang dukun, Mak Tom, bagi mendapatkan rawatan susuk. Tetapi untuk memulihkan wajahnya, Mila perlu meminum darah 9 gadis sunti."




Aku tengok cerita ni sebab aku ada baca blog review pasal cerita ni cakap best laa hape la. So disebabkan itu aku pun tengok laa. Cerita sumpahan kum kum ni hhaaiiaasshhh tak tahu laa nak cakap macam mana.

Memang nak kena sumpah dengan aku betul laa..he..he..sebab apa, jalan cerita lembab, penceritaan yang tak kuat dan cerita ni sama je macam cerita-cerita hantu sebelum ni, malah lagi teruk.

Cuba laa buat pembaharuan sikit. Part seram dia aku rasa tak seram langsung. Patut laa bila aku masuk panggung orang tak ramai sangat. Ada orang yang duduk seat sebelah aku, dari start cerita ni mula sampai habis asyik dok main game kat HP je.

Nampak nau bosan cerita ni kan. Aku sikit je lagi nak blah, malas nak tengok. Tapi bila fikir balik membazir pula dah beli tapi tak tengok sampai habis. So tengok je laa.




Thursday, February 9, 2012

Makan makan at Murni Lagi

Cerita macam biasa dah lama terperam. Kalau buah diperamkan pun mau dah jadi jeruk. Jadi hadap laa jugakkan..he..he..tiap kali nak mulakan cerita baru intro tetap sama. Nampak nau kejap update kejap tak update.

Memandangkan sekarang ni tengah cuti sem, dan tak ada benda yang aku boleh buat so kita update laa blog. Kesian terbiar. Cerita ni dah lama, tak silap aku sebulan yang lepas, time ni aku balik weekend. Sampai-sampai TBS soulmate dah tunggu.Gambar bawah ni gambar soulmate yang malas nak layan aku sebab asyik tangkap gambar je..he..he..


Apa lagi masing-masing dah lapar, dia pun baru balik kerja aku pun tak makan lagi dari pagi jadi dia bawak laa aku makan dekat murni. Sebenarnya malam sebelum aku balik tu aku dah mekak-mekak kat telinga soulmate cakap nak makan kat murni.

Hari tu aku order nasi goreng meletup. Nasi goreng meletup ni ada macam-macam kat dalam tu, yang paling penting dia memang pedas. Rasa dia senang cerita macam mee goreng mamak tapi yang ni version nasi. Bagi aku pelik rasa dia, tapi dah lama-lama sedap plak.


Soulmate pula makan spghetti. Spaghetti dia aku cakap kau memang banyak glerr. Mana tak banyak pinggan dia besar, so portion memang boleh kongsi 2 orang makan laa. Meatball dia plak memang besar penumbuk. He..he..tak ada laa tipu je.


Tapi memang besar laa, tak muat nak masuk dalam mulut. Lepas tu order roti hape ntah nama dia, lupa plak. Tapi roti ni seakan-seakan murtabak, dalam dia ada inti telur hancur dengan daging kalau tak silap aku, dia bagi juga kuah dal dan kari juga.


Atas roti tu dia letak mayonis, so combination roti dengan mayonis yang dicicah dengan kuah dal tu memang bagi rasa yang kick habis laa, sedap sangat. Air pula dekat sini macam-macam jenis tapi kalau aku datang sini aku lagi prefer minum air buah laa sebab murah dan gelas dia memang besar.


Memang kembung air laa..he.he..tiap kali datang murni mesti penuh. Padahal time kitorg sampai tu baru pukul 8 macam tu. Bagi aku berbaloi juga laa makan dekat murni ni sebab portion dia besar sangat. Harga bagi aku boleh laa tahan. Nak kata murah sangt tu memang tak laa, tapi boleh laa.





Wednesday, February 8, 2012

Bilikku Syurgaku..Ye Ke??

Gambar dekat bawah ni gambar meja study aku, aku ambil gambar ni masa tengah study final untuk last paper hari tu. Ni tengah study ke layan FB sebenarnya ni??he..he...


Entry kali ni nak cerita sikit tempat aku duduk, tempat aku makan, tempat aku tidur dan tempat aku belajar yakni tempat tu adalah hostel ataupun lebih spesifik lagi bilik laa...he..he..dalam satu bilik ada 4 orang. Roomate aku semua dak civil aku je sorang dak mekanikal.


Tapi aku tak kisah aku lagi suka macam tu..he..he..apa yang ada dalam bilik ni???kitorang ada kipas sorang satu, lampu study pun sorang satu. Pendek kata memang selesa laa. Bilik pun besar kalau setakat nak main kejar-kejar tu no hal laa.


Dalam bilik aku ada sorang dak matrik lagi 3 orang dak poli. Tapi kitorang semua tak sebaya. Dengan roomate aku memang seronok laa. Diorang ni jenis kepala slumber je. Yang paling penting perangai diorang macam manusia.

Macam manusia di sini bermaksud orang-orang yang selalu fikir perasaan orang lain dan budi bahasa diorang pun baik-baik. Ingat senang ke nak dapat kawan macam tu.


Kebanyakan yang aku jumpa kalau nak cakap dengan orang main belasah je sampai tak tahu benda yang diorang cakap tu boleh buat orang lain sakit hati. Dan jenis tak fikir orang lain pun ada, sellfish pula tu.


Atas ni pula keadaan katil aku yang berantakan. Standard laa kalau tengah final memang tak sempatnya nak kemas, even mandi pun tak sempat..he..he..nampak nau pengotornya kau ni nadia..he..he..mandi laa, takkan tak mandi. Kalau tak mandi macam mana badan nak segar bila tengah studykan.


Last sekali gambar dekat atas ni aku ambil sebelum aku nak berangkat balik. Barang semua kena kemas dan simpan dalam stor, sebab bilik kena kosongkan. Memamng penat laa sebab banyak benda nak kena kemas semua.

Dengan ini berakhir sudah sem 1. Pejam celik pejam celik dah habis satu sem aku dekat sini. Walaupun keadaan dekat sini macam daif sangat tapi aku tak kisah. Yang penting aku nak cepat-cepat habiskan 3 tahun dekat sini.



Saturday, February 4, 2012

Makan-Makan at Steak and Grill

Macam biasa family aku memang suka buat family gathering. Ye la, masing-masing dah besar, nak makan selalu tu memang jarang dah. Kadang ada yang tak ada, selalu yang tak ada aku la. Sebab sejak dari form 4 sampai dah besar ni aku selalu merantau.


Masa form 4 and form 5 dulu aku dah masuk teknik, so memang kena duduk asrama, lepas tu masuk politeknik pula, time poli dulu dekat ipoh. Dan yang sekarang ni aku sambung degree dekat UTHM batu pahat johor.

Banyak masa aku duduk merantau la. So sekali-sekala aku balik tu mesti parents aku bawa makan luar. Macam biasa kalau nak makan western mesti pergi makan dekat area serdang tu. Betul-betul belakang UPM. Kalau tak silap aku nama kedai tu, Steak and Grill macam tu laa.


Kalau datang kedai ni paling best air dia, memang jenis yang bagak besar tu la. Memang boleh kongsi dua orang punya, lagi satu harga dia murah yang paling penting kalau air buah tu memang betul-betul buah laa, bukan air semata-mata.

Meh kita tengok apa benda yang best dekat sini, first menu sizzling steak. Steak dia memang lembut bukan apa ada sesetengah kedai yang aku pergi steak dia keras glerr, kalau campak dekat dinding belum tentu lembut lagi. Tapi dekat sini memang lembut.


Sos dia pun ada rasa, rasa black papper dan ada juga rasa manis-manis macam tu. Coselow dia memang terbaik, senang cerita boleh laa kalau nak lawan dengan coselow KFC. Menu ke-2, mix lamb. Siapa penggemar lamb boleh laa order sebab portion dia memang besar kalau makan sorang pun belum tentu boleh habiskan.

Menu ke-3, Lambb chop kalau tak silap. Lamb chop ni atas dia ada cheese, memang sedap sangat. Dah laa lamb dia tak berbau dan yang paling penting lembut. Senang nak kunyah. Sos dia pula..iisshhh tak tahu laa aku nak cakap macam mana.


Sebab memang sedap melampau. Dan menu yang ke-4 chicken boxing. Chicken boxing ni macam drummet ayam yang kita beli dekat kedai tu, tapi yang beza dia, ayam dia ada salut dengan tepung dan telur. Memang sedap laa. Lagi satu sos dia pakai sos thai.


Memang best sangat laa. Harga memang aku tak ingat laa. Tapi apa yang aku boleh cakap, harga dia memang murah laa. Kalau siapa-siapa yang ada family ramai tu bawa laa makan dekat sini, sebab murah. Lepas tu banyak pula tu.








Friday, February 3, 2012

My Bestie

Entry sebelum ni kan pasal Umami tu, lepas je sesi membesarkan badan singgah Pyramid jap, nak jumpa kawan la :) tapi serius lepas makan dekat Umami hari tu perut memang santak glerr vavi laa. Nak bergerak pun payah sebab dah makan macam bela jin 10 ekor..he.he..

Tak plan pun nak jumpa. Kebetulan kawan aku ni ada dekat area-area situ so decide la nak jumpa. Ni kawan baik aku masa dekat Teknik dulu, nama dia iekin. Kitorg memang rapat masa sekolah. Makan sama-sama, tidur sama-sama.


Tapi yang paling aku tak boleh lupa, si iekin ni selalu kemaskan locker aku dulu.  Ye la dulu duduk rumah semua mak yang tolong buatakan. Bila dah masuk asrama semua kena buat sendiri. Dulu locker aku memang macam tongkang.

Iekin ni pula jenis orang yang kemas, so dia laa yang tolong susun kain baju aku dalam locker tu..he.he..iekin ni student UITM shah alam, amik degree in ceramics, tapi sekarang dia baru je habis degree dia. So now tengah tunggu result.
Aku ingat lagi dulu, masa sekolah teknik aku dengan soulmate memang selalu bergaduh, memang tak pernahnya baik. Asal sampai dorm je aku mesti nangis sebab soulmate aku ni suka sangat buat onar dengan aku. Selalu aku mengadu dekat si iekin ni laa.

Dia laa yang pergi sound and marah soulmate aku time tu. Masa ni iekin dia budak letrik aku pula mekanikal, memang kelas lain-lain dan dia pun tak kenal soulmate aku tu. Paling tak boleh aku ingat lagi ayat yang dia sound soulmate aku masa dulu " kau kalau kau kacau nadia lagi aku bagi tahu cikgu"...

He..he.,.serius rasa nak gelak guling-guling bila teringat cerita lama tu. Rindu pula aku dekat iekin ni. Dah lama rasanya tak jumpa dia. Ni aku tengah cuti tengoklah kalau ada masa aku jumpa dengan dia lagi. Untung sangat aku ada kawan macam iekin ni. Dia baik sangat-sangat dengan aku.