Sunday, March 4, 2012

Makan-Makan at Umami Lagi

He..he..last entry pasala umami hari tukan aku janji nak update lagi details kan..so hari ni hadap laa aku letak gambar banyak-banyak..itu pun ada lagi yang aku tak upload. Lotih nak menunggu dia upload dengan line internet macam haram dekat hostel ni..he..he..


Kalau ikutkan dekat umami ni harga satu kepala dalam RM26++. Tapi hari tu aku beli voucher dekat MY DEAL, so dapat murah. Sekarang ni kan tengah panas company-company yang jual voucher murah-murah. Macam GROUPON, MILK A DEAL dan lain-lain.


Kalau rajin cuba korang search. Bagi aku berbaloi laa beli pakai voucher sebab dapat harga yang murah sometimes potongan samapi 50% dari harga sebenar. Kalau pakai voucher ni kita kena booking dua hari awal.


Kena booking sebab senang nanti restoran tu budget berapa customer dia hari tu. Ingat nak booking hari ahad tapi full pula so terpaksa tunda ke hari yang lain. AKu tak ingat pula tarikh yang aku reserve tu sebenarnya valentines day.


AKu baru perasan bila masuk je Umami penyambut tetamu dia bagi bunga rose dekat soulmate aku suruh bagi dekat aku..he..he..tak teringat langsung yang ahri tu Valentines day..he..he...memang lama glerrkan cerita ni nak keluar, skang pun dah bulan 3.


Macam kelakar pun ada sebab aku dengan soulmate mana pernah sambut benda-benda merepek macam ni. SO layankan je laa. Lagi pun service diorang memang bagus. Diorang layan customer memang betul-betul baik.


Sampai-sampai je waiter tanya nak soup apa untuk stemaboat. Aku pilih tom yam dengan chicken soup. Tom yam sup dia memang all time favourite aku. SErius cakap tom yam dia memang sedap. Pedas dan cukup rasa.


Selain dari tu dekat sini ada juga serve buffet makanan. Macam mee ke nasi ke selain tu ada juga makanan lain macam salad, desert dan macam-macam lagi. So tak ada laa bosan asyik hadap steamboat je kan.

Dekat sini aku nak cerita steamboat dia apa je yang ada. Sayur dia memang macam-macam jenis dan banyak. Cendawan pun sama, ko nak cendawan butang, cendawan biasa cakap je semua jenis cendawan ada dekat sana.


Lepas tu bahan untuk steamboat dia pula, kat sini macam-macam jenis fish ball dan senagkatan dengannya memang banayk dekat sini. Selain dari tu yang paling best sangat sebab pilihan untuk seafood dia memang banyak. Dekat sini ada ketam, udang, sotong dan macam-macam lagi.

Bagi aku dekat sini lagi best dari Flaming steamboat dekat sunway tu. Sebab pilihan steamboat dia banyak dan semuanya segar-segar. Sos dia pun banyak pilihan.

Serius lepas makan ni aku dengan soulmate dah macam ular kekenyangan..he..he..tak senonoh je perumpaan aku tu. Tapi serius cakap memang puas hati dan berbaloi laa kalau makan dekat sini sebab seafood yang kita jarang tengok pun ada dekat situ

Kat sini aku share maklumat pasala umami ni:


Price:
Adult: RM26.80+
Child (<130cm): RM13.40+

Address:
12A(Ground Floor), Jalan PJS 8/17, 
Dataran Mentari, 46150 Petaling Jaya,
Selangor.

Open: 5pm






Saturday, March 3, 2012

Review Buku

Dulu masa zaman sekolah memang aku hantu novel. Cakap je cerita apa mesti aku tahu. Tapi itu masa aku zaman sekolah menengah laa. Novel yang aku maksudkan ni novel melayu. Masa tu alaf 21 baru nak naik. Dapat pula member pun kaki novel. Memang laju je laa kan.


Tapi sekarang ni bila dah tua, aku dah tak minat nak baca novel melayu lagi sebab pattern cerita semua aku dah hafal. Sampai aku sendiri boleh agak apa ending cerita tu. Bagi aku novel melayu ni jauh sangat dari kenyataan hidup.

Lebih banyak mengajar pembaca berkhayal dari berfikir tentang kenyataan. Tapi tidak laa semua novel melayu macam tu. Tapi kebanyakannya memang macam tu. Kita lebih banyak disogokkan dengan benda-benda macam tu.



Tapi sejak dah tua ni..he..he..tua sangat laa kan. Aku dah mula start baca novel english. Yang pada aku realiti tu lebih dekat dan lebih realistik. Bahan bacaan yang aku paling suka setakat ni adalah buka macam mana nak motivate diri sendiri. 

Aku syorkan korang baca buku Chicken Soup for the Soul. Dalam buku tu ada banyak lagi cerita yang kecil-kecil. Cerita yang kita baca dan kita akan termotivasi dengan sendirinya. Buku ni sebuah dalm RM46. Tak rugi kalau beli.






Friday, March 2, 2012

Makan-Makan at Old Town White Coffee

Aku pun tak ingat bila entah kejadian ini berlaku..he..he..sebab semua cerita peram dalam draft. Ntah bila nak publish pun tak tahu. Sejak dah masuk new sem ni memang aku sibuk memanjang. Kadang-kadang nak online pun tak sempat, nak makan apatah lagi.


Busy sampai aku rasa sibuk yang tak akan ada penghujung. Dah lama rasa tak update blog ni. Tiba-tiba malam ni rajin pula nak update bila tengok banyak cerita yang aku peram dalam draft tu.

Tak tahu kenapa aku suka singgah makan dekat old town white coffee ni. Yang buat aku tertarik sebab buku Menu dia sangat cantik.


Sangat cantik sebab banyak pilihan makanan yang sedap-sedap dalam tu. Tapi kalau nak dibandingkan dengan Paparich aku lagi suka paparich sebab pilihan makanan dia lagi-lagi banyak.

Lepas tu ada macam-macam jenis. Yang paling best sebab dia ada Dim Sum. Tapi dekat old town tak ada laa. Yang paling best pun sebab coffee dia.


Tapi aku nak cadangkan siapa-siapa yang nak makan dekat sana aku cadangkan korang makan chicken rice.

Sebab apa aku cadangkan nasi ayam. Sebab nasi ayam dia ni dikukus. Yang paling best ayam dia lembut sangat. Senang cerita kalau msuk je dalam mulut boleh terus hancur laa..he..he..


Nasi dia pun sama dikukus dan ada rasa halia. Bagi aku sangat elok untuk badan. Lepas tu kalau ada cili potong memang lagi kick la. Harga kalau tak silap aku dalam RM 10 macam tu laa. Kalau-kalau singgah cuba laa rasa :)