Saturday, April 14, 2012

Nasi Kandar Line Clear

Kalau datang penag tak pekena Nasi kandar memang tak sah. Bapak aku yang bawa pergi sana. Nama kedai ni Nasi Kandar Line Clear.


Line Clear laa sangat korang cuba tengok gambar dekat bawah ni sikit punya ramai orang beratur nak makan dekat sini.


Kedai dia ni dekat celah-celah kedai kalau tengok dari luar kecik je tapi bila da masuk dalam, kawasan dia besar juga.


Keadaan kedai tak payah cakap laa memang tak berapa nak semenggah tapi rasa dia aku cakap memang sedap melampau.

Lagi-lagi kari dia. Memang menjilat jari laa. Rasa dia pekat yang paling penting rasa rempah dia memang cukup. Pedas memang pedas.

KEPALA IKAN



KARI KEPALA IKAN

UDANG KARI

AYAM GORENG

AYAM MASAK KICAP

TELUR IKAN DENGAN SAYUR

MELANTAK..HE..HE..

PERUT BUNCIT..SENANG HATI

He..he..memang terbaik laa. Samapai buncit-buncit perut aku makan nasi kandar ni. Kepala ikan dia memang besar weeyyhh. Besar kepala ikan tu macam besar kepala budak umur 3 tahun.

Memang terbelahak laa kau nak habiskan ikan tu kan. Dicampur lak dengan lauk-lauk lain. Aku rasa tak payah makan nasi pun tak pe. Makan lauk pun boleh kenyang. Udang dia lak dia guna udang karang. Boleh gambarkan laa kalau udang kerang tu besarnya macam mana.

Tapi serius makanan dekat sini semuanya fresh. Sayur dengan lauk-lauk yang lain memang segar dari ladang dna laut la. Korang tengok muka aku tu, puas hati sangat dapat makan dekat sini. Itu pun terpaksa cover perut sebab perut dah buncit..he..he..




Friday, April 13, 2012

Jalan-Jalan Bukit Bendera

Semua pun dah tau aku pergi manakan..he..he.penang. Sepanjang aku duduk dekat sana kitorang satu family tinggal dekat rumah adik mak aku. Dekat-dekat dengan sungai 2. Gerak hari sabtu petang dan sampai malamnya.


Kata pun da malam so memang terus tidur je. Keesokan paginya baru sakan berjalan. Tempat pertama yang dituju yang macam korang boleh tengok Bukit Bendera.


Sekarang Bukit Bendera dah canggih. Dia punya tren dulukan lembab. Tapi sekarang laju glerr. Macam naik tren biasa.  Tren baru ni memang selesa laa. Even kena bersempit-sempit tapi tak pe. Tak lama pun.

Sampai-sampai dekat atas cuaca memang segar sangat plus sejuk je. Pemandangan pun sangat cantik. Aku tak tahu pula dekat atas tu ada kuil. Memang bersepah-sepah anjing.


Takut weeyyhh. Dia macam jinak suka jalan dekat-dekat orang, tapi dah nama pun anjing memang aku takut laa sedangkan kucing pun aku takut inikan lagi anjing..he..he..





Thursday, April 12, 2012

Penang Mali Punya Jeruk

Kalau pergi penang tak sah kalau tak cari jerukkan. Aku pun tak tahu kenapa jeruk dekat penang ni sedap sangat. Dia letak dadah ke hape, sebab manis dia memang kau tak kan dapat dekat mana-mana pun.


Yang paling penting buah dia memang fresh, keras-keras lagi. Tapi selalu yang kita beli dah layu benar rupa dia. Masa aku pergi ni hari cuti.


Cuti sekolah pula tu. Memang penuh orang. Siap bergesel-gesel vontot waa cakap lu. Mak aku sembang dengan orang yang jual asam tu, dia cakap sekarang ni memang musim ramai orang, selalu kalau hari biasa memang orang kurang.


Time cuti sekolah macam ni laa diorang cakap memang rancak laa buat  duit. Tapi aku fikir balik, kesian juga dekat peniaga sini. Kalau orang tak ada dan bukan musim cuti sekolah diorang mesti untung sikit-sikit je.

Aku tak ingat laa apa ke nama tempat yang aku beli jeruk tu, tapi sepanjang jalan penuh kedai orang jual jeruk dan kat belakang-belakang kedai tu ada orang jual kain baju.




Wednesday, April 11, 2012

Jalan-Jalan Naik Feri

Agak dimana saya berada??he..he..cuti sekolah bulan lepas aku dengan family pergi holiday tempat anda boleh teka sendiri. AKu tau semua orang tau aku pergi mana dengan tengok picture dekat bawah ni kan.


Pergi tak lama sebab time aku pergi ni hari sabtu lepas tu hari isnin dah balik dah sebab aku nak berkejar balik batu pahat sebab besoknya aku ada kelas. Full aktiviti dalam post yang berikutnya k :)





Tuesday, April 10, 2012

Melantak Lagi

Tengah-tengah malam tiba-tiba pula mengidam nak makan pizza hut. Apa lagi pizza hut delivery laa. Jimat duit minyak tak yah nak pergi beli. Tunggu je dekat rumah tau-tau dah sampai..he..he..tapi pizza hut dekat rumah aku ni pelik sikit. Kadang-kadang kalau order sampai. Tapi kadang-kadang tak sampai pula.


He..he.. pelikkan. Aku pun tak tahu kenapa. Somtimes manager diorang call cakap area rumah aku ni diorang tak boleh hantar. Tapi bila esok lusa aku order sampai pula..he..he..

Tapi tak kisah laa. Hari tu order pizza aku tak tahu kenapa cheese dia melimpah ruah. Nak kata aku order extra cheese tak ada pula. Tapi memang best la. Cheese dia banyak memang sedap sangat.


Kalau order pizza tak sah kalau tak ada garlic bread dengan mushroom soup atau chicken soup. Ibarat macam makan ikar bakar tanpa air asam laa..he..he..bagi aku soup dengan garlic bread dia memang best sangat-sangat.


Satu lagi yang aku mesti order BBQ chicken..pperrghhh rasa dia memang best. Ayaym dia tu memang rangup lepas tu sos dia pun sedap. Memang terasa laa sos BBQ dia. hhaaiiisshhhh boleh meleleh air liur dekat keyboard bila update entry ni.



Saturday, April 7, 2012

Hati Pecah

Hati aku sekarang ni macam dah kena tikam banyak-banyak kali dengan pisau. Memang ngilu lepas tu memang menyakitkan. Lately ni banyak sangat krisis dengan soulmate. Masuk tahun ni dah setengah tahun aku dengan dia run long distance relationship.

Aku dekat batu pahat study, kalau balik KL pun 2 minggu sekali. Dia pula dekat PJ. Nak jumpa memang susah sebab dia kerja sampai sabtu. Sabtu tu pula full day. Hari yang ada pun ahad je. Itu pun aku dah nak balik batu pahat sebab isnin ada kelaskan. Jadi bilanya yang boleh jumpakan.

Memang susah dan banyak dugaan kalau masing-masing dah jauh. Aku semakin tak faham dengan dia. Samaada aku betul-betul tak faham atau aku sengaja buat-buat tak faham. Gaduh pun selalu lately ni. Berhubung pun boleh kira berapa kali je.

Aku dengan soulmate memang jarang gaduh. Tapi kalau sekali gaduh memang teruk gila-gila. Mau tak contact 3 or 4 hari. masing-masing pun ego. Aku pula jenis yang memang cepat sentap. Hal taik pun boleh jadi sebab nak sentap.

Ni pun dah berapa hari aku tak contact langsung dengan dia. Dia pun senyap je, so what do you expect me to do kan. So aku pun senyap juga. Mungkn masing-masing perlukan masa untuk diri sendiri kot.