Thursday, July 19, 2012

Ini Mail Bukan Mail Lambong Part 2

Ini sambungan entry sebelum ni. Kan aku ada cakap macam-macam dugaan nak pergi kenduri ni kan. Sebab utamanya adalah tersangkut dalam kesesakan lalu lintas selama berjam-jam. Memang tekanan duduk lama-lama dalam kereta tapi tak sampai.


Gerak dari KL pukul 12.00 jadi budget samapai teluk intan dalam 2 or 2.30 macam tu tapi hampeh. Sebab kitorang lalu jalan dalam, dekat ijok dah start sesak glerr vavi. Masalahnya sesak tu sampai ke sungai besar.

Boleh bayangkan tak sesak tak sesak. Kereta tak bergerak hampir setengah jam, lepas tu bergeraknya macam kura-kura dari ijok sampai sungai besar. Dah laa dengan pakai baju kurungnya, memang belengas sangat.


Memang pasang aircond tapi bahang matahari tu memang sampai ke dalam rasanya. Baju kurung pun dah tak serupa baju kurung berkedut seribu. Dalam kereta pula tidur. Tapi tidur jaga tidut jaga tak sampai-sampai gak, tekanan je laa haku.

Setelah menempuh jammed tadi pukul 4.30 macam tu baru sampai. Lama tak lama dari KL ke teluk intan sampai 4 jam setengah. Ingat nak masuk highway tapi dengar cerita member aku cakap dekat highway plus sama.


Sesak dan macam kura-kura, so sama je. Aku syak masa hari tu ramai orang keluar sekali gus sebab cuti sekolah baru mula jadi hadap laa sesak menggila macam tu. Sampai-sampai je orang dah tak ada.

Ye laa dah pukul 4 mana ada orang lagi dekat kenduri kahwin. Nasib baik laa budak-budak kelas yang lain sanggup menunggu saki baki kitorang yang baru sampai ni. Aku rasa pengantin pun dah naik rimas pakai baju pengantin tu..he..he..


Tak apa laa kata raja sehari, mail ni bini dia orang perak juga. Cantik sangat bini dia ni manis dan sopan santun orangnya. Mail cakap dia jumpa dan kenal dengan bini dia dekat tempat kerja. Kiranya cinta satu tempat kerja laa.


To mail " aku ucapkan selamat pengantin baru dan moga kekal sehingga ke akhir hayat, aku doakan juga ko sekeluarga sentisa dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang berpanjangan".

Dalam pukul 5.30 macam tu masing-masing dah beransur pulang. Tapi sebelum beransur pulang pergi bandar Teluk Intan lepak minum and sembang-sembang dengan budak-budak kelas yang lain.


Ye laa masing-masing dah ada haluan hidup sendiri, ada yang kerja ada yang belajar, so bila jumpa tu macam-macam cerita laa yang keluar, seronok tengok and dengar kawan-kawan dah berjaya. Aku ni je yang tak berjaya-berjaya lagi..he..he..


Bnadar Teluk Intan ni cantik juga malam-malam, menara condong tu aku tak tahu pula dia boleh tukar-tukar warna, mula-mula warna lain lepas tu warna lain, so jakun sekejap..he..he..aku ni pantang tangok cahaya sebab boleh buat aku jadi leka.

Mesti pelik kenapa ada soulmate, soulmate aku ni satu kelas  dengan aku masa belajar dulu kiranya dengan mail sekali laa. So harus laa dia mesti ikut sekali. Kalau dia tak pergi memang aku pun jadi malas nak pergi..he.he..





Wednesday, July 18, 2012

Ini Mail Bukan Mail Lambong Part 1

Ok pada tanggal..tanggal berapa ntah ni..keji betul kawan sendiri kahwin tak ingat tarikh.he..he..aku rasa sebulan yang lepas member aku si mail ni kahwin. Mail ni member masa poli dulu satu kelas semua.

Tau-tau je dapat invitation pasal kenduri kahwin dia ni. Tak sangka weeyyhh kawan-kawan yang dulu asyik main-main and perangai macam budak-budak ni dah jadi ketua keluarga sekarang. Tahniah Mail.



Mail ni orang Teluk Intan, jadi ke Perak laa kita. Nak pergi kenduri kahwin dia ni macam-macam dugaan tau. Tak apa nanti next entry aku cerita lagi.





Monday, July 16, 2012

Makan-Makan at Haji Sharin Low Bangi

Ingat lagi tak entry sebelum ni aku ada janji nak update cerita pasal Restoran Haji Sharin Low. So hari ni meh laa kita story-story sikit. Family aku ni memang suka jalan-jalan cari makan. Dulu gilerkan makanan thai, lepas tu makanan arab sekarang ni makanan china pula.

Yang paling best makan-makan dekat sini sebab suasana kedai tu memang tak ramai orang, lepas tu bersih dan susunan semua teratur. Satu lagi restoran ni sebenarnya ada banyak cawangan, sebelum ni ada pernah makan dekat cawangan Bukit Antarabangsa.


Tapi jauh dari rumah, since Bangi ni memang dekat dengan rumah, jadi memang selalu tuju dekat sini je la. Dekat bawah ni alamat dengan no telefon pada sesiapa yang nak pergi boleh laa ambil alamat dekat bawah ni:



Operating Hour:
Mon - Thu:11:00 am-11:00 pm
Fri:3:30 pm-11:00 pm
Sat - Sun:11:00 am-11:00 pm

Alamat:
Restoran Haji Sharin Low Bangi,
Lot 5075, Wisma Arma,
Jln Sg Merab,
Pinggiran Putrajya, Kajang.

Macam yang aku cakap dalam entry lepas-lepas, chinese food ni cara masak dia sangat sihat, sebab memang kurang minyak dan yang paling penting cara masak diorang banyak kukus dengan stim. Bagi-bagi yang berpenyakit tapi nak makan sedap boleh laa try makan dekat restaurant chinese food.



Dekat restaurant ni memang puas hati minum sebab hari tu ada order fresh orange satu jug memang rasa buah oren fresh tu terasa sangat. Selalu kalau pergi makan air gula jee lebih, tapi ni memang air buah fresh tu terasa laa dah laa pekat. Satu jug besar untuk 7 orang minum RM20.00.


Lepas tu ada order ayam kung pao, ayam di goreng lepas tu disira dengan cili dan di goreng dengan cili kering ditabur pula dengan kacang gajus, kalau tak silap harga RM20. Rasa dia tak ada laa pedas pun sebab orang chinese ni kurang makan pedas.


Lepas tu ada order Garlic Asparagus, asparagus yang dimasak dengan bawang putih, nampak dari cara dia masak, asparagus tu dikukus lepas tu baru digoreng dengan bawang putih, rasa dia manis sebab sayur asparagus tu fresh sangat. Sayur boleh pilih nak medium atau large harga medium kalau tak silap RM10 large RM20.

Kalau pergi makan dekat mana-mana chinese restaurant benda yang korang mesti pesan sup dia. Sebab dup dia memang tak ada minyak sebab semuanya direbus. Macam dekat atas ni aku order seafood soup. Memang likat sup dia, isi pun banyak, ada isi ketam, carrot dengan mushroom. 1 bowl kecil RM10.


Dan signature dish chinese food korang mesti  pesan butter prawn. Butter prawn ni memang tak asing kalau makan dekat sini. Udang dia memang fresh ditambah pula dengan butter yang di goreng denga kuning telur, rasa dia rangup sangat.

Last sekali order siakap steam tapi masak asam fish. Yang ni aku rasa memang favourite aku. Rasa dia macam assam pedas tapi ni dia buat cara chinese so memang sangat sedap, mesti macam pelikkan hape plak steam rasa asam pedas, tapi itu laa keunikan dia. Kalau makan dekat restaurant ni aku cadangkan korang ambil menu ni.


So memang berpuas hati, service agak lambat tapi tak ada laa lambat sangat. Lepas tu suasana bagi yang ada anak yang hyperactive boleh laa makan dekat sini sebab kalau anak kau nk berguling dalam ni pun tak apa sebab orang tak ramai.

Jadi total 7 orang makan RM160, memang agak pricey tapi worth for money laa. Nak cuba boleh datang makan dekat sini. Actually dia ada set tapi aku tak recomment korang ambil set sebab agak mahal dan lauk yang korang boleh order tehad sangat.





Wednesday, July 11, 2012

Makan-Makan Mee Tarik

Let story about food first..he..he..siapa-siapa suka makan chinese food dekat sini?Kalau tanya aku sendiri memang aku suka makan chinese food. Sebab apa aku suka makan makanan chinese ni sebab kebanyakan makanan dia menyihatkan.




Menyihatkan dekat sini maksud dia, diorang banyak gunakan teknik rebus dan kukus kalau masak. Kalau nak goreng pun minyak tu tak banyak macam kita orang melayu la.


Satu lagi siapa ada masalah kesihatan aku cadangkan makan laa chinese food. Chinese food dekat sini bukan bermaksud gerai-gerai cina yang tak halal. Tapi pergi dekat kedai yang ada tulis chinese muslim restaurant.


Dah banyak dah kedai-kedai macam ni dekat KL. Sebab orang kita dah semakin ramai yang boleh makan-makanan chinese ni.


Kejadian berlaku selepas pulang mandi-manda bersama cik ain dengan incik tunang dia dekat Ulu Yam. 


Balik-balik rasa lapar, sebelum on the way sampai rumah aku ada kedai chinese food ni dekat sangat dengan rumah aku, area-area sungai besi.


Tak ingat hari tu order apa, tapi semua orang order mee tarik. Memang terbaik mee tarik dia, sebab dia buat sendiri dan boleh tengok sendiri macam mana dia tarik.


Satu pinggan RM 10, air pula masing-masing ambil air longan. Kebetulan masa balik hari tu hujan, itu yang aku order sup je. Makan memang berpatutan dengan harga sebab portion memang boleh makan untuk dua orang.

Tapi aku ada lagi satu restaurant chinese food yang aku nak recomment dekat korang semua. Nama restaurant tu Haji Sharin Low. Nantikan entry aku yang seterusnya :)





Tuesday, July 10, 2012

Ok Saya Update

Phhewww....berhabuk weeyhh. Dah berzaman tak update. Jangan risau. Lepas ni blog akan penuh dengan entry-entry baru(padahal dah lapuk dalam draft) tapi tak apa still juga nak update.

Memandangkan tuan tanah sekarang tengah bersenang- lenang dari gangguan buku dan segala macam exam jadi boleh laa update dengan senang hati.

Sebenarnya tengah cuti semester 2 bulan dan dah 2 minggu aku start cuti. Ingat nak update minggu lepas tapi aku pergi langkawi, bercuti. Nanti aku update cerita langkawi. Bagi aku masa kejap untuk upload gambar dan susun semunya hhokkaayyy :)