Friday, November 2, 2012

Space U8

Seperti biasa bila weekend je mesti pulang ke rumah tercinta. Kalau balik tak sah kalau tak keluar dengan soulmate aku ni.


Long distance relationship macam ni laa.. Aku pula ada lagi berbaki selama 2 tahun pengajian. Lepas 2 tahun baru habis. So memang lama laa akan berkeadaan begini.



Kalau keluar favourite place mesti space U8 dekat shah alam. Sebab dekat sana movie dia best lagi satu pula orang tak ramai dan tak serabut.




Aktiviti makan dah jadi aktiviti wajib kalau keluar dengan soulmate. So memang elok laa dua-dua badan macam bola..he..he..



Soulmate aku ni memang suka makan sayur. Jadi jom laa kita bawak dia pergi makan dekat subway. Lagi satu dekat subway ni roti dia memang sedap sangat. Lembut je. Dan yang paling penting bagus untuk kesihatan :)





Thursday, November 1, 2012

Makan-Makan Lele Penyet

Ini tuan tanah memang tak ada kelija lain. Dah laa lama tak update blog. Bila update blog benda first yang dicerita pasal makanan..he..he..nak buat macam manakan, memang dasar kuat melantak.


Cerita macam biasa laa dah lama tersimpan dalam draft, agaknya kalau entry ni macam makanan mahu dah berkulat-kulat je rasanya.


Masa ni keluar pergi Summit USJ nak tengok movie, sementara tunggu movie tu of course laa perut da berbunyi-bunyi di tambah pula dengan tengahari tak makannnya, jadi pergi laa makan Ayam Penyet.



Masa lalu depan kedai AYam Penyet ni mata memang dah menjenguk ke dalam, tapi apakan daya soulmate tak suka makan Ayam Penyet. Dah banyak kali ajak tapi dia tak nak sebab sebelum aku pernah bawa dia pergi makan kedai ayam penyet dekat IOI puchong.


Tapi dia tak suka, katanya sambal tu pedas sangat laa, kering sangat laa. AKu pula memang suka makan benda-benda yang pedas ni ditambah pula kalau kering lagi laa aku suka, sebab aku memang bukan jenis makan nasi letak kuah sangat.


Agaknya bila dia tengok aku terjenguk-jenguk kat dalam tak sampai hati laa agaknya, terus dia ajak aku masuk dalam..he..he..terharu juga laaa.


Tengah-tengah makan aku tengok soulmate aku ni berselera semcam pula, aku tanya, sedap ke? Dia cakap apa pula tak sedap, sedap laa ni. Aku pn cakap, habis tu masa dekat IOI hari tu kenapa makan tak habis? Dia jawab dekat sana tak sedap..he..he..tak faham aku, padahal sama je rasa dia.



Macam biasa aku mesti akan order ikan keli, soulmate pula order ayam. Ok laa, kalau tak silap aku makan dekat sini tak sampai pun RM30. Dah lama aku pun dah lupa, tapi tak mahal pun. Yang paling best makan dekat kedai Ayam Penyet sebab sambal dia tu memang superrbbb laa.