Friday, April 13, 2012

Jalan-Jalan Bukit Bendera

Semua pun dah tau aku pergi manakan..he..he.penang. Sepanjang aku duduk dekat sana kitorang satu family tinggal dekat rumah adik mak aku. Dekat-dekat dengan sungai 2. Gerak hari sabtu petang dan sampai malamnya.


Kata pun da malam so memang terus tidur je. Keesokan paginya baru sakan berjalan. Tempat pertama yang dituju yang macam korang boleh tengok Bukit Bendera.


Sekarang Bukit Bendera dah canggih. Dia punya tren dulukan lembab. Tapi sekarang laju glerr. Macam naik tren biasa.  Tren baru ni memang selesa laa. Even kena bersempit-sempit tapi tak pe. Tak lama pun.

Sampai-sampai dekat atas cuaca memang segar sangat plus sejuk je. Pemandangan pun sangat cantik. Aku tak tahu pula dekat atas tu ada kuil. Memang bersepah-sepah anjing.


Takut weeyyhh. Dia macam jinak suka jalan dekat-dekat orang, tapi dah nama pun anjing memang aku takut laa sedangkan kucing pun aku takut inikan lagi anjing..he..he..





Thursday, April 12, 2012

Penang Mali Punya Jeruk

Kalau pergi penang tak sah kalau tak cari jerukkan. Aku pun tak tahu kenapa jeruk dekat penang ni sedap sangat. Dia letak dadah ke hape, sebab manis dia memang kau tak kan dapat dekat mana-mana pun.


Yang paling penting buah dia memang fresh, keras-keras lagi. Tapi selalu yang kita beli dah layu benar rupa dia. Masa aku pergi ni hari cuti.


Cuti sekolah pula tu. Memang penuh orang. Siap bergesel-gesel vontot waa cakap lu. Mak aku sembang dengan orang yang jual asam tu, dia cakap sekarang ni memang musim ramai orang, selalu kalau hari biasa memang orang kurang.


Time cuti sekolah macam ni laa diorang cakap memang rancak laa buat  duit. Tapi aku fikir balik, kesian juga dekat peniaga sini. Kalau orang tak ada dan bukan musim cuti sekolah diorang mesti untung sikit-sikit je.

Aku tak ingat laa apa ke nama tempat yang aku beli jeruk tu, tapi sepanjang jalan penuh kedai orang jual jeruk dan kat belakang-belakang kedai tu ada orang jual kain baju.




Wednesday, April 11, 2012

Jalan-Jalan Naik Feri

Agak dimana saya berada??he..he..cuti sekolah bulan lepas aku dengan family pergi holiday tempat anda boleh teka sendiri. AKu tau semua orang tau aku pergi mana dengan tengok picture dekat bawah ni kan.


Pergi tak lama sebab time aku pergi ni hari sabtu lepas tu hari isnin dah balik dah sebab aku nak berkejar balik batu pahat sebab besoknya aku ada kelas. Full aktiviti dalam post yang berikutnya k :)





Tuesday, April 10, 2012

Melantak Lagi

Tengah-tengah malam tiba-tiba pula mengidam nak makan pizza hut. Apa lagi pizza hut delivery laa. Jimat duit minyak tak yah nak pergi beli. Tunggu je dekat rumah tau-tau dah sampai..he..he..tapi pizza hut dekat rumah aku ni pelik sikit. Kadang-kadang kalau order sampai. Tapi kadang-kadang tak sampai pula.


He..he.. pelikkan. Aku pun tak tahu kenapa. Somtimes manager diorang call cakap area rumah aku ni diorang tak boleh hantar. Tapi bila esok lusa aku order sampai pula..he..he..

Tapi tak kisah laa. Hari tu order pizza aku tak tahu kenapa cheese dia melimpah ruah. Nak kata aku order extra cheese tak ada pula. Tapi memang best la. Cheese dia banyak memang sedap sangat.


Kalau order pizza tak sah kalau tak ada garlic bread dengan mushroom soup atau chicken soup. Ibarat macam makan ikar bakar tanpa air asam laa..he..he..bagi aku soup dengan garlic bread dia memang best sangat-sangat.


Satu lagi yang aku mesti order BBQ chicken..pperrghhh rasa dia memang best. Ayaym dia tu memang rangup lepas tu sos dia pun sedap. Memang terasa laa sos BBQ dia. hhaaiiisshhhh boleh meleleh air liur dekat keyboard bila update entry ni.



Saturday, April 7, 2012

Hati Pecah

Hati aku sekarang ni macam dah kena tikam banyak-banyak kali dengan pisau. Memang ngilu lepas tu memang menyakitkan. Lately ni banyak sangat krisis dengan soulmate. Masuk tahun ni dah setengah tahun aku dengan dia run long distance relationship.

Aku dekat batu pahat study, kalau balik KL pun 2 minggu sekali. Dia pula dekat PJ. Nak jumpa memang susah sebab dia kerja sampai sabtu. Sabtu tu pula full day. Hari yang ada pun ahad je. Itu pun aku dah nak balik batu pahat sebab isnin ada kelaskan. Jadi bilanya yang boleh jumpakan.

Memang susah dan banyak dugaan kalau masing-masing dah jauh. Aku semakin tak faham dengan dia. Samaada aku betul-betul tak faham atau aku sengaja buat-buat tak faham. Gaduh pun selalu lately ni. Berhubung pun boleh kira berapa kali je.

Aku dengan soulmate memang jarang gaduh. Tapi kalau sekali gaduh memang teruk gila-gila. Mau tak contact 3 or 4 hari. masing-masing pun ego. Aku pula jenis yang memang cepat sentap. Hal taik pun boleh jadi sebab nak sentap.

Ni pun dah berapa hari aku tak contact langsung dengan dia. Dia pun senyap je, so what do you expect me to do kan. So aku pun senyap juga. Mungkn masing-masing perlukan masa untuk diri sendiri kot.



Sunday, March 4, 2012

Makan-Makan at Umami Lagi

He..he..last entry pasala umami hari tukan aku janji nak update lagi details kan..so hari ni hadap laa aku letak gambar banyak-banyak..itu pun ada lagi yang aku tak upload. Lotih nak menunggu dia upload dengan line internet macam haram dekat hostel ni..he..he..


Kalau ikutkan dekat umami ni harga satu kepala dalam RM26++. Tapi hari tu aku beli voucher dekat MY DEAL, so dapat murah. Sekarang ni kan tengah panas company-company yang jual voucher murah-murah. Macam GROUPON, MILK A DEAL dan lain-lain.


Kalau rajin cuba korang search. Bagi aku berbaloi laa beli pakai voucher sebab dapat harga yang murah sometimes potongan samapi 50% dari harga sebenar. Kalau pakai voucher ni kita kena booking dua hari awal.


Kena booking sebab senang nanti restoran tu budget berapa customer dia hari tu. Ingat nak booking hari ahad tapi full pula so terpaksa tunda ke hari yang lain. AKu tak ingat pula tarikh yang aku reserve tu sebenarnya valentines day.


AKu baru perasan bila masuk je Umami penyambut tetamu dia bagi bunga rose dekat soulmate aku suruh bagi dekat aku..he..he..tak teringat langsung yang ahri tu Valentines day..he..he...memang lama glerrkan cerita ni nak keluar, skang pun dah bulan 3.


Macam kelakar pun ada sebab aku dengan soulmate mana pernah sambut benda-benda merepek macam ni. SO layankan je laa. Lagi pun service diorang memang bagus. Diorang layan customer memang betul-betul baik.


Sampai-sampai je waiter tanya nak soup apa untuk stemaboat. Aku pilih tom yam dengan chicken soup. Tom yam sup dia memang all time favourite aku. SErius cakap tom yam dia memang sedap. Pedas dan cukup rasa.


Selain dari tu dekat sini ada juga serve buffet makanan. Macam mee ke nasi ke selain tu ada juga makanan lain macam salad, desert dan macam-macam lagi. So tak ada laa bosan asyik hadap steamboat je kan.

Dekat sini aku nak cerita steamboat dia apa je yang ada. Sayur dia memang macam-macam jenis dan banyak. Cendawan pun sama, ko nak cendawan butang, cendawan biasa cakap je semua jenis cendawan ada dekat sana.


Lepas tu bahan untuk steamboat dia pula, kat sini macam-macam jenis fish ball dan senagkatan dengannya memang banayk dekat sini. Selain dari tu yang paling best sangat sebab pilihan untuk seafood dia memang banyak. Dekat sini ada ketam, udang, sotong dan macam-macam lagi.

Bagi aku dekat sini lagi best dari Flaming steamboat dekat sunway tu. Sebab pilihan steamboat dia banyak dan semuanya segar-segar. Sos dia pun banyak pilihan.

Serius lepas makan ni aku dengan soulmate dah macam ular kekenyangan..he..he..tak senonoh je perumpaan aku tu. Tapi serius cakap memang puas hati dan berbaloi laa kalau makan dekat sini sebab seafood yang kita jarang tengok pun ada dekat situ

Kat sini aku share maklumat pasala umami ni:


Price:
Adult: RM26.80+
Child (<130cm): RM13.40+

Address:
12A(Ground Floor), Jalan PJS 8/17, 
Dataran Mentari, 46150 Petaling Jaya,
Selangor.

Open: 5pm






Saturday, March 3, 2012

Review Buku

Dulu masa zaman sekolah memang aku hantu novel. Cakap je cerita apa mesti aku tahu. Tapi itu masa aku zaman sekolah menengah laa. Novel yang aku maksudkan ni novel melayu. Masa tu alaf 21 baru nak naik. Dapat pula member pun kaki novel. Memang laju je laa kan.


Tapi sekarang ni bila dah tua, aku dah tak minat nak baca novel melayu lagi sebab pattern cerita semua aku dah hafal. Sampai aku sendiri boleh agak apa ending cerita tu. Bagi aku novel melayu ni jauh sangat dari kenyataan hidup.

Lebih banyak mengajar pembaca berkhayal dari berfikir tentang kenyataan. Tapi tidak laa semua novel melayu macam tu. Tapi kebanyakannya memang macam tu. Kita lebih banyak disogokkan dengan benda-benda macam tu.



Tapi sejak dah tua ni..he..he..tua sangat laa kan. Aku dah mula start baca novel english. Yang pada aku realiti tu lebih dekat dan lebih realistik. Bahan bacaan yang aku paling suka setakat ni adalah buka macam mana nak motivate diri sendiri. 

Aku syorkan korang baca buku Chicken Soup for the Soul. Dalam buku tu ada banyak lagi cerita yang kecil-kecil. Cerita yang kita baca dan kita akan termotivasi dengan sendirinya. Buku ni sebuah dalm RM46. Tak rugi kalau beli.






Friday, March 2, 2012

Makan-Makan at Old Town White Coffee

Aku pun tak ingat bila entah kejadian ini berlaku..he..he..sebab semua cerita peram dalam draft. Ntah bila nak publish pun tak tahu. Sejak dah masuk new sem ni memang aku sibuk memanjang. Kadang-kadang nak online pun tak sempat, nak makan apatah lagi.


Busy sampai aku rasa sibuk yang tak akan ada penghujung. Dah lama rasa tak update blog ni. Tiba-tiba malam ni rajin pula nak update bila tengok banyak cerita yang aku peram dalam draft tu.

Tak tahu kenapa aku suka singgah makan dekat old town white coffee ni. Yang buat aku tertarik sebab buku Menu dia sangat cantik.


Sangat cantik sebab banyak pilihan makanan yang sedap-sedap dalam tu. Tapi kalau nak dibandingkan dengan Paparich aku lagi suka paparich sebab pilihan makanan dia lagi-lagi banyak.

Lepas tu ada macam-macam jenis. Yang paling best sebab dia ada Dim Sum. Tapi dekat old town tak ada laa. Yang paling best pun sebab coffee dia.


Tapi aku nak cadangkan siapa-siapa yang nak makan dekat sana aku cadangkan korang makan chicken rice.

Sebab apa aku cadangkan nasi ayam. Sebab nasi ayam dia ni dikukus. Yang paling best ayam dia lembut sangat. Senang cerita kalau msuk je dalam mulut boleh terus hancur laa..he..he..


Nasi dia pun sama dikukus dan ada rasa halia. Bagi aku sangat elok untuk badan. Lepas tu kalau ada cili potong memang lagi kick la. Harga kalau tak silap aku dalam RM 10 macam tu laa. Kalau-kalau singgah cuba laa rasa :)




Tuesday, February 21, 2012

Breakfast With Auntie

Aku pun tak tahu kenapa blog aku ni banyak berkisar pasal makanan je. Nak kata blog ni dia punya tema pasal makanan tak juga..wwaahhh ko nadia tema sangatkan he..he..ye la sementara tengah cuti ni boleh laa aku update banyak-banyak.


Kalau dah start study nanti nak post satu entry pun ambil masa berbulan-bulan, tapi blogwalking aku rajin..he..he..tengah cuti ni acik aku rajin datang rumah temankan aku. Selalu dia datang pagi-pagi bawak aku pergi breakfast.

Selalu breakfast dekat MCD je. Acik aku ni adik kepada mak aku. Houswife sekarang ni tengah pregnant anak ke-5. Kalau aku keluar dengan dia mesti orang cakap mak cik aku ni kakak aku.


Aku kalau pergi mana-mana memang pergi dengan acik aku ni. Lepas tu apa-apa cerita je mesti aku cerita dengan dia. Boleh kata sekepala laa aku dengan dia.




Saturday, February 18, 2012

Hari Ini Hujan

Tiket Bus KL ke Batu Pahat pukul 10.30am nanti. Balik kepada asal. Kepada serabut kepala, balik kepada asal kehidupan yang hitam putih.

Warna-warni bila aku pulang ke rumah sahaja. Semua sampai jumpa lagi. Kalau tak sibuk mungkin akan update macam biasa.

He..he..macam laa sebelum ni kau update selalukan nadia..Doakn aku untuk berjaya, berjuang benda yang aku tak tahu masih punya harapan lagi atau tidak.

Cuma yang aku ada sedikit kekuatan. Tuhan tolong kuatkan hati aku untuk terima dugaan yang Engakau beri kepadaku nanti..Amin



Thursday, February 16, 2012

Andartu Terlampau

Aku rasa ramai kowwtt yang dah baca cerita kougar ni. Cerita kougar ni keluaran fixi. Selalu yang kita baca buku alaf 21 tapi kali ni kita cuba ubah sikit selera ke publisher yang lain. Tapi aku bagi amaran siapa-siapa yang mencari gaya bahasa melayu betul, buku ini mungkin tidak sesuai untuk anda.

Bagi aku jalan cerita dia biasa-biasa je cuma yang buat aku tertarik gaya penulisan yang sempoi tapi apa yang penulis sampaikan cukup padat. Permulaa cerita agak bosan tapi bila dah sampai ke Klimak degupan jantung macam lepas lari pecut 100m.


Penulis pandai bermain emosi dengan pembaca. Jalan cerita agak mendatar.Isu yang dikupas adalah kehidupan seorang Andartu. Bagaimana dia mencari jodoh untuk dirinya dan bagaimana menghadapi tekanan dari keluarga yang mahukan supaya dia cepat berkahwin.

Buku ni harga dia RM20. Tak terlalu tebal. Dalam 3 jam anda mampu untuk menghabiskannya. Ehh apasal entry aku kali ni macam nak promote barang ni??he...he..sebenarnya banyak lagi cerita keluaran fixi yang hebat-hebat. Ini salah satu diantaranya. Kalau nak cuba baca benda yang lain dari kebiasaan aku cadangkan baca buku keluaran Fixi ni.



Wednesday, February 15, 2012

Wordless Wednesday





"On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description."..from wiki..




Makan-Makan Assam Laksa

Meh sini nak share satu cerita. Ada siapa-siapa tak dekat sini hantu asam laksa??ok..kepada siapa-siapa yang memang suka makan asam laksa aku nak share satu tempat dekat mana yang laksa dia sedap dan yang paling penting ada kick.

Jawapan dia Mid Valley, korang masuk dalam JJ dalam JJ tu ada food court, lupa pula aku level berapa, tapi dekat bahagian yang orang-orang jual pinggan mangkuk. Masuk-masuk situ je dah semerbak bau asam laksa dia.


Sebenarnya dah lama juga tak pekena asam laksa dekat sini. Dah berapa tahun ntah sebab aku memang tak suka pergi Mid Valley sebab ya ampun ramainya orang. Selalu kalau pergi pun mesti time weekday. Orang pun tak ramai.

Harga semangkuk asam laksa ni RM9 berapa sen ntah lupa. Tapi dia set laa siap ada air dengan desert lagi. Bukan setakat asam laksa je, nasi lemak, mee kari pun ada tapi bukan setakat tu je menu yang lain pun ada juga.

He..he..dah nak dekat habis baru teringat nak snap picture, tak senonoh je kan sudu sampai dua dalam mangkuk tu nampak nau gelojohnya..



Tuesday, February 14, 2012

Eat..Drink..Gossip

 Tengah-tengah layan mimpi petang tu tiba-tiba dengar bunyi enset berbunyi. Tengok dekat screen dak ain rupanya. Apa agaknya dia nak ek. Sambil kesat tahi mata jawab laa call dia "wweeyhhhhh ko membuta ek, ada rumah tak aku nak datang ambik ko ni..kita kuar"..


He..he..dengan kelam kabutnya terus bangun mandi semua. Nampak picture dekat atas ni?? ini laa dua orang makhluk tuhan yang telah mengganggu mimpi aku petang tu..he..he..

Siapa yang dah lama baca blog aku ni kenal laa ain ni best friend aku dari aku dekat poli lagi. Memang tak pernah lost contact laa. Ain ni pun dah bertunang. Nama tunang dia ni nazmi. Diorang dua-dua tinggal dekat Banting.


Sementara tengah cuti ni dapat laa jumpa diorang. Kalau tak memang payah laa. Dengan Ain kerja aku pula study lagi. Tapi serius best dapat jumpa dia sebab kalau bersembang dengan Ain ni macam tak ada hari esok..he..he..

Kitorang pergi The Mines Seri Kembangan. Lagi pun dekat dengan rumah aku. Sampai-sampai sana je pusing satu Mall. Bila masing-masing dah penat cari port lepak sambil minum-minum.


So decide nak lepak dekat Chatime. Tapi sebelum tu cari kunyah-kunyah dulu. Tengah jalan-jalan ternampak satu kedai yang jual sushi, so singgah jap beli sebab si Nazmi mengidam sangat nak makan sushi.


Dia ni memang hantu sushi. Jangan tak tahu sushi tu dia makan semua. Lagi satu kau bagi je la si nazmi ni makan apa je pun mesti semuanya dia telan..he..he..


Jalan punya jalan punya jalan ternampak pula subway. So kasi singgah jap order apa-apa yang patut. Sorry picture tak sempat nak snap sebab dah lapar sangat sebab tengok subway tu tempting sangat..tak tahan...he..he..



Sepanjang cuti ni aku banyak habiskan masa dekat rumah je. Keluar dengan soulmate pun jarang sebab dia sibuk sangatkan apatah lagi kalau nak keluar dengan kawan-kawan yang lain. Masing-masing dah ada kehidupan sendiri.

Masa keluar dengan Ain ni memang hepy sangat-sangat sebab kalau dengan dia ni kau boleh sembang apa je. Lagi satu dia ni memang kepala ting-tong sikit sebab tu aku boleh masuk dengan dia. Dah kata pun dulu pernah tidur sebantal, makan sepinggan, berak semangkuk...he..he..yang ni aku tipu.