Friday, November 14, 2008

WoRLD & SiN

Sekali-sekal cuba renungkan jap Quote kt bwh ni..


Disaat waktu berhenti…

kosong Dimensi membutakan mata,memekakkan telingaLalu diri menjadi hampa..

Saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka..

Sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri..
Merenungi luar jendela..

mengagumi kebesaran yang Maha Esa..

Ku menilai kehidupan dari sudut berbeza..

Tak memadai hanya kecapi rasa selesaMaukan harta yang mampu beli 1 semesta..

Berpesta ke pagi botol bergelimpangan..

Kekasih muda bukan takat berpegang tangan..




Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan..


Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan..

Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula..

Bukan berkhutbah cuma betuli diri jua..

Ingin hidup sempurna aset nilai berjuta..

Saling tukar wanita..

senyum dan mati tuaBakat dikurnia jangan disalah guna..




Jangan kufur nikmat yang diberi percuma..


Guna kelebihan untuk hikmah bersama..

Jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama..

Ada berisi ada yang kurus..

ada melencong ada yang lurus..

bukan semuanya tulus..
ada sempuna ada kurang upaya ..

ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya..

Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata..




boleh hilang dalam sekelip..

Jadikanlah ku tentera Fisabilillah..

yang tertera di kalimah harap memanduilah..

Entah apabila persimpangan tiba..

hidup penuh rintangan harus kuhadapinya..

Harapku tidak terlupa diri bila gembira..

dan cuma mula mencari kau disaat hiba..

Ku cuma manusia penuh dengan kesilapan..

tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan..




Tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan..

Teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan..

Sentiasa legar diminda..

dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya..

Ku mengerti siapa ku tanpamu disisi..

dan apa guna posesi juga posisi..

Sementara ini cuma hanya puisi..

nukilan tulisan dan bisikan isi hati..




Mencari keterangan..

menjiwai peranan menepati pesanan..

janji juga sarananAlhamdulillah atas kurniaan rezeki..

moga tidak terleka dalam perjalanan ini..
Aku yang memandang di dalam lubuk hati..

mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi..

Aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai..

lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati..




Aku hakiki,aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi..

Gunanya tiada fantasi..

pelik dan benar,qada’ dan qadar..

kau berilah ku kekuatanAgar dapat ku hindarkan segala kesesatan..



Usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini..

aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui..

Moga cahaya lailatul tak membutakan mataku..

semoga segala puji tak ku meninggi diri..

Moga segala janji dapat juga ku penuhi..

moga dapatku hadapi tikaman dari belakang..

Lidah setajam pisau..

ku tidak akan risau..




dengan dugaan cabaran sepanjang perjalananKu pasrah ku akur..

Sujudku pun takkan memuaskan inginku‘tuk hanturkan..

sembah sedalam kalbu..



And What all of we Understand..Mmg dkt dgn realiti kita as a khalifah Allah dekat dunia ni..Ingatan aku n untuk kawan2 yang lai..




5 comments:

Liquid said...

cam kenal je lagu nie. =)
besh2. aku suke dgr...

f.i.e.z.a said...

hye nadia.thanx for being my follower =)

NieZearm said...

best lagu ni..

StingRay said...

dum dum..bunyi mercun

khairul onggon said...

Ehem.. salam blogger..