Kalau ikutkan dekat umami ni harga satu kepala dalam RM26++. Tapi hari tu aku beli voucher dekat MY DEAL, so dapat murah. Sekarang ni kan tengah panas company-company yang jual voucher murah-murah. Macam GROUPON, MILK A DEAL dan lain-lain.
Kalau rajin cuba korang search. Bagi aku berbaloi laa beli pakai voucher sebab dapat harga yang murah sometimes potongan samapi 50% dari harga sebenar. Kalau pakai voucher ni kita kena booking dua hari awal.
Kena booking sebab senang nanti restoran tu budget berapa customer dia hari tu. Ingat nak booking hari ahad tapi full pula so terpaksa tunda ke hari yang lain. AKu tak ingat pula tarikh yang aku reserve tu sebenarnya valentines day.
AKu baru perasan bila masuk je Umami penyambut tetamu dia bagi bunga rose dekat soulmate aku suruh bagi dekat aku..he..he..tak teringat langsung yang ahri tu Valentines day..he..he...memang lama glerrkan cerita ni nak keluar, skang pun dah bulan 3.
Macam kelakar pun ada sebab aku dengan soulmate mana pernah sambut benda-benda merepek macam ni. SO layankan je laa. Lagi pun service diorang memang bagus. Diorang layan customer memang betul-betul baik.
Sampai-sampai je waiter tanya nak soup apa untuk stemaboat. Aku pilih tom yam dengan chicken soup. Tom yam sup dia memang all time favourite aku. SErius cakap tom yam dia memang sedap. Pedas dan cukup rasa.
Selain dari tu dekat sini ada juga serve buffet makanan. Macam mee ke nasi ke selain tu ada juga makanan lain macam salad, desert dan macam-macam lagi. So tak ada laa bosan asyik hadap steamboat je kan.
Dekat sini aku nak cerita steamboat dia apa je yang ada. Sayur dia memang macam-macam jenis dan banyak. Cendawan pun sama, ko nak cendawan butang, cendawan biasa cakap je semua jenis cendawan ada dekat sana.
Lepas tu bahan untuk steamboat dia pula, kat sini macam-macam jenis fish ball dan senagkatan dengannya memang banayk dekat sini. Selain dari tu yang paling best sangat sebab pilihan untuk seafood dia memang banyak. Dekat sini ada ketam, udang, sotong dan macam-macam lagi.
Bagi aku dekat sini lagi best dari Flaming steamboat dekat sunway tu. Sebab pilihan steamboat dia banyak dan semuanya segar-segar. Sos dia pun banyak pilihan.
Serius lepas makan ni aku dengan soulmate dah macam ular kekenyangan..he..he..tak senonoh je perumpaan aku tu. Tapi serius cakap memang puas hati dan berbaloi laa kalau makan dekat sini sebab seafood yang kita jarang tengok pun ada dekat situ
Kat sini aku share maklumat pasala umami ni:
Price: Adult: RM26.80+ Child (<130cm): RM13.40+
Address:
12A(Ground Floor), Jalan PJS 8/17,
Dataran Mentari, 46150 Petaling Jaya,
Selangor.
Open: 5pm
|