Hari ke dua kita pergi Island Hopig yang mana cot dia cuma RM25 per/head. Apa yang best island hoping ni? Island hoping ni dia akan bawa kita naik bot dan pergi 4 buah tempat, tempat pertama Eagle Feeding. Dekat sini boleh tengok banyak glerr helang.
Helang tu semua berterbangan berul-betul atas kepala korang tapi kita cuma duduk dalam bot je la. nak bagi eagle tu makan pun boleh, tapi scary laa sebab helang tu memang bagak besar.
Tempat keuda dia nak bawak pergi tengok fish feeding, tapi kitorang tak mau sebab paling kuat pun kau melangok tengok orang-orang bagi ikan makan. Dah laa kena bayar. dari bagi ikan makan baik aku sendiri je yang makan.
Lepas tu tempat ke tiga kita pergi tasik dayang bunting. Mati-mati aku ingat dia tasik yang dekat darat, tapi neehi okayy. tasik ni dekat laut. Lepas tu air tasek dia tu memang suam-suam and payau tak tercemar dek air laut.
Padahal sekiling tasik tu laut tu. Yang palina aku kagum gilerr bentuk bukit dia macam perempuan mengandung tengah baring. serius nampak memang real gleerr wweeyhh.
Tempat terakhir pantai beras basah. dekat sini pantai dia memang best sebab pasir dia memang putih glerr lepas tu halus-halus je. Air dia pun putih je bukan stok karat-karat dekat PD tu. Tapi hari tu try mandi dekat pantai ni.
Pppeergghhh serius seriau gua. Sebab jenis laut dia bukan yang landai tu, dia jenis laut yang terus jatuh dan curam tu. Cukup kau duduk tepi-tepi pun dah rasa dalam sangat. Lagi pula ombak dia memang mintak terajang je.
Sebab sekali datang tu memang terustarik kau ke tengah punya. Tapi pemandangan pantai ni memang sangat laa cantik, tenang je rasa.
nampak permpuan 3 orang dekat atas ni, diorang laa roommate aku. Bertiga buat plan selama 1 tahun kumpul duit semua sampai tak makan semata-mata nak pergi Langkawi..he..he..
Masa balik tu hujan lebat glerr weeyyhhh, bayangkan kitorang naik bot macam dekat atas ni meredah ombak yang kuat memang seram laa. Mana taknya dia punya hentak dengan ombak tu memang boleh membawa ke rahim kau bergegar laa.
Silap-silap mau terkeluar segala isi alah perut kau. Dengan angin dia..huhuhuhuhu...2nd day juga cable car tutup sebab cuaca itu yang buat aktiviti ni. Memang selama aku dekat sana hari0hari hujan. Cuma hari yang kitorang pergi island hoping ni je cuaca ok. Itu pun petang dah hujan balik.
1 comment:
Waaaaa.... besh gile sampai ke langkawi sane ngan roomate ehehe. Aku xle dah nk plan jejaoh nnt org rumah majuk uhu. tp xpela, ley poie ngan org rumah an eheh
Post a Comment