Friday, January 27, 2012

Makan-Makan at Nandos Lagi

Rasanya macam baru je update cerita pasal makan dekat Nandos hari tu..he..he..cerita ni pun dah lama sebenarnya. Saja bagi up balik. Ntah kenapa suka pula aku makan dekat dekat Nandos ni. Sebelum ni gila makan Kenny rogers.

Anatara kenny roger dengan nandos korang suka makan yang mana satu. Bagi aku dua-dua pun aku suka. Nampak nau kuat mencekik kau ni. Mana badan tak naik..he..he..


Orang cakap kalau makan dekat kenny rogers ni macam makanan orang sakit sebab less salt semuakan. Bagi aku sedap. Lagi pula kalau tengok texture kenny rogers dengan Nandos ni ada beza. Kalao ayam Nandos, dia lebih kering maksud aku memang panggang habis la.

Tapi kalau ayam Kenny rogers ni texture dia lebih lembut maksud aku dia bakar tu tak ada laa sampai kering masih ada juicy lagi. Side dishes kenny rogers dengan Nandos dua-dua pun aku suka.


Memandangkan aku ni suka makan pedas, memang elok betul laa makan dekat Nandos ni sebab kau boleh pilih sendiri tahap kepedasan ayam tu. Tapi selalu aku ambil extra hot. Memang berair laa biji matakan, tapi tetap sedap.


He..he..kau bagi je laa aku apa-apa pun tolak batu dengan kayu je bagi aku semua benda pun sedap. Yang terbaik sekali dekat Nandos ni dia punya cili. Macam-macam jenis ada. Memang tak muak laa makan yang paling penting sihat untuk badan sebab ayam dia dipanggang.




4 comments:

Cikpuan rara said...

rara tak penah mkn nandos lg.

Aflina Affandi said...

lapar pulak tengok entry ni. hihi

cik fiza said...

nyumnyum sedap nye makannnnn

J.Syazwana said...

pehh terliur okey. hihihih

tak pernah makan nandos. selalu makan kenny rogers je. hehe