Tuesday, January 31, 2012

Makan-Makan at Umami Steamboat

Hari tu ada pergi makan steamboat. Selalu kalau nak makan steamboat ni aku slalu pergi makan dekat seoul garden, tapi memandangkan ayik-asyik makan dekat sana je, bosan, nak juga ubah angin. Aku jumpa kedai steamboat ni masa aku tengah blog walking.


Nama tempat ni Umami Steamboat. Umami steamboat ni dekat desa mentari PJ, betul-betul depan dengan sunway pyramid kawasan dia. Yang paling best dekat sini parking banyak dan tak banyak kenderaan.

Umami dibuka dari pukul 5 petang sampai malam. Buffet, all you can eat satu kepala dalam RM26++ macam tu la. Murah kalau nak dibandingkan dengan seoul garden. Tapi dekat sini yang paling best pilihan untuk seafood memang banyak. Udang, ketam, ikan, kerang dan apa ntah lagi jenis seafood aku pun tak berapa nak kenal.


Sayur pun macam-macam jenis. Dekat sini yang paling best dia ada BBQ chicken wing, satay dan ABC. Kalau korang nak bakar-bakar korang boleh request dekat pekerja dia nanti dia akan bakarkan apa yang korang nak tu.



Servis dekat sini memang tip-top laa. Setiap kali ada pinggan yang tak guna atas meja pekerja dia akan ambil dan gantikan dengan pinggan yang baru. Kau tak payah laa sibuk-sibuk nak panggil dia suruh kutip pinggan mangkuk korang. Even kotor sikit pun dia akan ambil dan gantikan dengan pinggan yang baru.

Kalau tengok picture yang aku ambil ni macam sikit je kan. Tapi sebenarnya banyak koowwtt. Tau-tau je la kalau makanan dah banyak depan mata memang tak ingat laa nak snap picture. Tapi jangan risau sebab nanti aku nak pergi makan dekat sana lagi, so boleh laa tangkap picture banyak-banyak dan masukkan dalam blog :)




7 comments:

missSenget said...

peh..peh...dan peh...


best gilaaaa...!!!

lapar..

- GC - said...

hmmm.. teringin pulak nak makan steamboat.. nyam3x

alia zainol said...

wahh sedaap =) post kt saya skett hahha

hana said...

bes2...
tapi x de BBQ ye??
just steamboat??

Mata Pena Fadz said...

sedapnye...lapau lak mlm2 ni.... ;)

Super Nia Hana said...

oh!!terus watashi terliur!
nak jugakkk!!!

Orked Cleopatra said...

sedap nyer, best laa nadia update citer sal mkn, sy mmg kaki makan pun..hahaha...

btw, follow u cos i think ur blog is ohsem..nnt senang laa nk review kedai mana nk makan..hahaha