Monday, July 16, 2012

Makan-Makan at Haji Sharin Low Bangi

Ingat lagi tak entry sebelum ni aku ada janji nak update cerita pasal Restoran Haji Sharin Low. So hari ni meh laa kita story-story sikit. Family aku ni memang suka jalan-jalan cari makan. Dulu gilerkan makanan thai, lepas tu makanan arab sekarang ni makanan china pula.

Yang paling best makan-makan dekat sini sebab suasana kedai tu memang tak ramai orang, lepas tu bersih dan susunan semua teratur. Satu lagi restoran ni sebenarnya ada banyak cawangan, sebelum ni ada pernah makan dekat cawangan Bukit Antarabangsa.


Tapi jauh dari rumah, since Bangi ni memang dekat dengan rumah, jadi memang selalu tuju dekat sini je la. Dekat bawah ni alamat dengan no telefon pada sesiapa yang nak pergi boleh laa ambil alamat dekat bawah ni:



Operating Hour:
Mon - Thu:11:00 am-11:00 pm
Fri:3:30 pm-11:00 pm
Sat - Sun:11:00 am-11:00 pm

Alamat:
Restoran Haji Sharin Low Bangi,
Lot 5075, Wisma Arma,
Jln Sg Merab,
Pinggiran Putrajya, Kajang.

Macam yang aku cakap dalam entry lepas-lepas, chinese food ni cara masak dia sangat sihat, sebab memang kurang minyak dan yang paling penting cara masak diorang banyak kukus dengan stim. Bagi-bagi yang berpenyakit tapi nak makan sedap boleh laa try makan dekat restaurant chinese food.



Dekat restaurant ni memang puas hati minum sebab hari tu ada order fresh orange satu jug memang rasa buah oren fresh tu terasa sangat. Selalu kalau pergi makan air gula jee lebih, tapi ni memang air buah fresh tu terasa laa dah laa pekat. Satu jug besar untuk 7 orang minum RM20.00.


Lepas tu ada order ayam kung pao, ayam di goreng lepas tu disira dengan cili dan di goreng dengan cili kering ditabur pula dengan kacang gajus, kalau tak silap harga RM20. Rasa dia tak ada laa pedas pun sebab orang chinese ni kurang makan pedas.


Lepas tu ada order Garlic Asparagus, asparagus yang dimasak dengan bawang putih, nampak dari cara dia masak, asparagus tu dikukus lepas tu baru digoreng dengan bawang putih, rasa dia manis sebab sayur asparagus tu fresh sangat. Sayur boleh pilih nak medium atau large harga medium kalau tak silap RM10 large RM20.

Kalau pergi makan dekat mana-mana chinese restaurant benda yang korang mesti pesan sup dia. Sebab dup dia memang tak ada minyak sebab semuanya direbus. Macam dekat atas ni aku order seafood soup. Memang likat sup dia, isi pun banyak, ada isi ketam, carrot dengan mushroom. 1 bowl kecil RM10.


Dan signature dish chinese food korang mesti  pesan butter prawn. Butter prawn ni memang tak asing kalau makan dekat sini. Udang dia memang fresh ditambah pula dengan butter yang di goreng denga kuning telur, rasa dia rangup sangat.

Last sekali order siakap steam tapi masak asam fish. Yang ni aku rasa memang favourite aku. Rasa dia macam assam pedas tapi ni dia buat cara chinese so memang sangat sedap, mesti macam pelikkan hape plak steam rasa asam pedas, tapi itu laa keunikan dia. Kalau makan dekat restaurant ni aku cadangkan korang ambil menu ni.


So memang berpuas hati, service agak lambat tapi tak ada laa lambat sangat. Lepas tu suasana bagi yang ada anak yang hyperactive boleh laa makan dekat sini sebab kalau anak kau nk berguling dalam ni pun tak apa sebab orang tak ramai.

Jadi total 7 orang makan RM160, memang agak pricey tapi worth for money laa. Nak cuba boleh datang makan dekat sini. Actually dia ada set tapi aku tak recomment korang ambil set sebab agak mahal dan lauk yang korang boleh order tehad sangat.





4 comments:

Mrs. Norrie said...

wow...meamng dh lama cari restoran nih since kuar jln2 cari mkn...tapi tak tau kat mana...bangi upanya. boleh terjah nanti

JunAina said...

Walaupun hanya duduk kat Kajang tak pernah lagi jalan2 carik makan sampai Sungai Merab...nanti boleh tryla...

Atiqah Wadiah said...

halamakkk!!silap masuk blog lah..hishh..lapar plak tgk mknn2 tu :(

J.Syazwana said...

kire murah la jugak 7 org rm160. huhuhu.