Saturday, October 22, 2011

Makan-Makan at MCD

Minggu ke 2 aku dekat UTHM dah mula laa datang penyakit iaitu keracunan makanan yang terus menyebabkan aku demam..huhuhuhu..sadis betul dah laa mak pak jauh, so kena independent. Sedih tau, aku pun tak tahu laa apa yang aku makan sampai keracunan tu. Siap cirit birit semua..hhaaiisshh.


Nasib baik laa dalam demam tu aku larat juga nak pergi kelas. Hhhmmm aku tak tahu laa makanan dekat batu pahat ni macam tak kena je dengan tekak aku. Sebab rasa dia sangat laa pelik. Tapi nak buat macam mana dah tak ada pilihan so kena makan gak laa, kalau tak kebulur laa jawabnya.


Tapi sekarang ni aku dah jarang dah makan dekat dalam kampus even beli makanan dekat cafe hostel pun tak sebab dah fobia, kalau betul-betul lapar je baru makan. Jadi sekarang ni aku selalu makan roti dengan tuna, tak pun minum cereal dengan biskut.


Lepas kelas hari tu aku dengan kawan-kawan kelas pergi makan dekat MCD..he.he..aku laa yang beriya-iya ajak sebab aku langsung tak boleh makan apa lagi dah dekat dalam tu. So memandangkan aku pun dah buat muka kesian harus laa dak-dak ni semua layankan kerenah kawan dia yang mengada ni..he..he..

Jadi ni laa dia kawan-kawan baru aku, mostly yang budak lelaki banyak budak kelantan dengan terengganu, yang perempuan lagi dua orang tu sorang dak melaka dan yang sorang lagi dak perak. Setakat ni kawan-kawan ok laa tapi tak fun sangat laa..he..he..





4 comments:

Tihara said...

wahh..best nyer mkn mekdi beramai2 ..meriah :)

cik yuki said...

huhu anda budak mana pulak ??

ikatankasihku said...

makan reramai mesti kecoh kan..hehehe

El-Janna said...

mekdi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! agagaggagaggga


sorry la aku jadik sawan kalau cakappasal mekdi-.-"


have fun la dengan mereka. satu hari nnti mesti dah serasi^^