Wednesday, January 11, 2012

Makan-Makan at Sekinchan Ikan Bakar

 Hhhaaiiii....tensen betl dengan final exam. Hari ni paper statik memang masa jawab exam tadi mata macam nak terkeluar sebab tak cukup tidur dengan otak rasa macam nak terkeluar juga dari tempurung kepala ni lalu bergolek-goleklah ia di dewan peperiksaan tadi..mhuahuahuahuahua..tak payah nak hiperbola sangat laa nadia.


Memandangkan mood study tak sampai lagi apa kata kita update sedas dua. Blog ni pun dah lama tak berupdate. Hari tu aku ada pergi jalan-jalan dekat JB. Saje je laa hari cuti tak de benda nak buat turun JB. Nak balik rumah tak boleh sebab baru je balik hari tu.

JB ni sebenanrnya tak ada laaa seronok sangat, siap ada orang cakap lagi JB dengan KL dah sama happening, tp bagi aku biasa-biasa je. Ntah tak tahu laa kalau tempat yang aku pergi tu bukan tumpuan ke hape ke. Sampai-sampai JB je terus cari tempat makan.


Jadi kali ni kita makan-makan dekat Sekinchan Ikan Bakar. First impression bila masuk tempat ni aku tertarik sangat dengan decoration kedai dia. Unik, terasa macam suasan kampung nelayan yang moden. Tersusun cantik laa.

Tapi datang sini bukan nak tengok decoration kedai tapi nak makan. Jangan pelik bila datang sini sebab dekat sini dia hanya serve ikan bakar dengan ulam-ulam. Tapi serius cakap ulam dia semua segar-segar. Lagi segar bila dia bagi sekali sambal beacan..ppeergghhhh kecur air liur aku sekejap.


Ikan pula macam-maam jenis. Ikan kembung ada, pari ada , ikan merah ada, bukan setakat ikan sotong udang ketam semua ada. Hrga ikut pasaran. Tapi aku tak tahu laa pasaran mana dia ikut sebab dapat rasa harga dia mahal sangat laa.


Tapi walaupun mahal, ikan bakar dia sedap sangat, lagi-lagi sambal dia. Sambal ikan bakar tu memang kena sangat dengan tekak aku sebab masam dan pedas-pedas sikit. Lagi sedap bila dia bagi air asam dengan sambal kicap. Nikmat tak terkata, bagi aku sekincan ikan bakar ni nak makan kadang-kadang boleh laa tapi kalau nak makan selalu tu mungkin tak laa.







2 comments:

J.Syazwana said...

sedapnya !!
dah la tengah lapar ni.
huhuhu

hari tuh ajak akram pegi makan dekat sekinchan ikan bakar. pastuh dia cakap "sedap ke? ke tergoda sebab iklan" hampeh betol.

tapi nanti kitorang nak pergi makan ikan bakar dekat umbai melaka. hehehe

Super Nia Hana said...

bru nk pegi try
tp pas bgtau mahal sgt,
terus tersimpan purse.ehehehhe