Saturday, April 7, 2012

Hati Pecah

Hati aku sekarang ni macam dah kena tikam banyak-banyak kali dengan pisau. Memang ngilu lepas tu memang menyakitkan. Lately ni banyak sangat krisis dengan soulmate. Masuk tahun ni dah setengah tahun aku dengan dia run long distance relationship.

Aku dekat batu pahat study, kalau balik KL pun 2 minggu sekali. Dia pula dekat PJ. Nak jumpa memang susah sebab dia kerja sampai sabtu. Sabtu tu pula full day. Hari yang ada pun ahad je. Itu pun aku dah nak balik batu pahat sebab isnin ada kelaskan. Jadi bilanya yang boleh jumpakan.

Memang susah dan banyak dugaan kalau masing-masing dah jauh. Aku semakin tak faham dengan dia. Samaada aku betul-betul tak faham atau aku sengaja buat-buat tak faham. Gaduh pun selalu lately ni. Berhubung pun boleh kira berapa kali je.

Aku dengan soulmate memang jarang gaduh. Tapi kalau sekali gaduh memang teruk gila-gila. Mau tak contact 3 or 4 hari. masing-masing pun ego. Aku pula jenis yang memang cepat sentap. Hal taik pun boleh jadi sebab nak sentap.

Ni pun dah berapa hari aku tak contact langsung dengan dia. Dia pun senyap je, so what do you expect me to do kan. So aku pun senyap juga. Mungkn masing-masing perlukan masa untuk diri sendiri kot.



2 comments:

nurulain said...

jgn mcm tu nad..kdg2 tak salah mengalah even kita sakit hati.kita tau mcm mana perasaan tu sbb kita pun bcnta jauhhhhhhhh gila. :( .xmau gaduh lama2....tak baik

nurulain said...
This comment has been removed by the author.