Saturday, April 14, 2012

Nasi Kandar Line Clear

Kalau datang penag tak pekena Nasi kandar memang tak sah. Bapak aku yang bawa pergi sana. Nama kedai ni Nasi Kandar Line Clear.


Line Clear laa sangat korang cuba tengok gambar dekat bawah ni sikit punya ramai orang beratur nak makan dekat sini.


Kedai dia ni dekat celah-celah kedai kalau tengok dari luar kecik je tapi bila da masuk dalam, kawasan dia besar juga.


Keadaan kedai tak payah cakap laa memang tak berapa nak semenggah tapi rasa dia aku cakap memang sedap melampau.

Lagi-lagi kari dia. Memang menjilat jari laa. Rasa dia pekat yang paling penting rasa rempah dia memang cukup. Pedas memang pedas.

KEPALA IKAN



KARI KEPALA IKAN

UDANG KARI

AYAM GORENG

AYAM MASAK KICAP

TELUR IKAN DENGAN SAYUR

MELANTAK..HE..HE..

PERUT BUNCIT..SENANG HATI

He..he..memang terbaik laa. Samapai buncit-buncit perut aku makan nasi kandar ni. Kepala ikan dia memang besar weeyyhh. Besar kepala ikan tu macam besar kepala budak umur 3 tahun.

Memang terbelahak laa kau nak habiskan ikan tu kan. Dicampur lak dengan lauk-lauk lain. Aku rasa tak payah makan nasi pun tak pe. Makan lauk pun boleh kenyang. Udang dia lak dia guna udang karang. Boleh gambarkan laa kalau udang kerang tu besarnya macam mana.

Tapi serius makanan dekat sini semuanya fresh. Sayur dengan lauk-lauk yang lain memang segar dari ladang dna laut la. Korang tengok muka aku tu, puas hati sangat dapat makan dekat sini. Itu pun terpaksa cover perut sebab perut dah buncit..he..he..




6 comments:

Super Nia Hana said...

ok..sepuluh kali telan liur

J.Syazwana said...

ni yang Farid line cear tu ke ?
sedapnya !!

alia azmi said...

ohmaigadd besaa nye kpla ikan !! *telan liur

A servant of Allah. said...

terliurrr aym grg tu naddd...

izzad bahruddin said...

pehhhh.yg sponsor melodi ker

Muhaimin said...

bab mkn je nad...hehehhe... byk sungguh... ko kena ajar aku cara makan ni... boleh?