Wednesday, July 11, 2012

Makan-Makan Mee Tarik

Let story about food first..he..he..siapa-siapa suka makan chinese food dekat sini?Kalau tanya aku sendiri memang aku suka makan chinese food. Sebab apa aku suka makan makanan chinese ni sebab kebanyakan makanan dia menyihatkan.




Menyihatkan dekat sini maksud dia, diorang banyak gunakan teknik rebus dan kukus kalau masak. Kalau nak goreng pun minyak tu tak banyak macam kita orang melayu la.


Satu lagi siapa ada masalah kesihatan aku cadangkan makan laa chinese food. Chinese food dekat sini bukan bermaksud gerai-gerai cina yang tak halal. Tapi pergi dekat kedai yang ada tulis chinese muslim restaurant.


Dah banyak dah kedai-kedai macam ni dekat KL. Sebab orang kita dah semakin ramai yang boleh makan-makanan chinese ni.


Kejadian berlaku selepas pulang mandi-manda bersama cik ain dengan incik tunang dia dekat Ulu Yam. 


Balik-balik rasa lapar, sebelum on the way sampai rumah aku ada kedai chinese food ni dekat sangat dengan rumah aku, area-area sungai besi.


Tak ingat hari tu order apa, tapi semua orang order mee tarik. Memang terbaik mee tarik dia, sebab dia buat sendiri dan boleh tengok sendiri macam mana dia tarik.


Satu pinggan RM 10, air pula masing-masing ambil air longan. Kebetulan masa balik hari tu hujan, itu yang aku order sup je. Makan memang berpatutan dengan harga sebab portion memang boleh makan untuk dua orang.

Tapi aku ada lagi satu restaurant chinese food yang aku nak recomment dekat korang semua. Nama restaurant tu Haji Sharin Low. Nantikan entry aku yang seterusnya :)





2 comments:

J.Syazwana said...

macam maggi jek. hehehe.

ish tengah pose ni. sabau je lah.
kuikui

widiea azira said...

haiyaa knpa smua blog asyik tnjuk mkanan ni. . lapar la haha