Wednesday, February 13, 2013

Th Journey Begin Langkawi Part 1

Vavavavavavavava....dah beranak pinak kuman bakteria semua dekat entry lagkawi ni..he..he..lama glerrr ambil masa untuk update. Biasa laa mood blogging ni dah lama off so baru nak panas enjin balik. Tapi mood blogwalking memang tiap-tiap hari.



Sebenarnya aku pergi langkawi ni bulan 7 lepas. Sekarang dah masuk bulan berapa. So kira laa dah berapa lama aku simpan cerita ni. Azam tahun ni ingat nak post banyak-banyak entry tapi tak kesampaian.


Kalau di ingat-ingat balik banyak halangan dalam perjalanan nak pergi langkawi ni. Memang macam orang gila sangat. Aku pergi langkawi ni dengan roomate aku masa sem 1. Kitorang memang until now memang rapat. 


Pergi mana-mana mesti sekali even rumah sewa dah lain-lain. Tapi perasan tak minah belakang aku yang pakai shawl hitam tu? Dia dengan aku still satu rumah sewa memang tak boleh nak pisah. Nama dia shuhada. dia memang sahabat dunia akhirat aku.


Trip ni 4 hari 3 malam. Pergi hari isnin malam dan balik hari khamis malam. Pengalaman pahit betul masa pergi tu. Tak apa laa nanti aku cerita kenapa. Sampai-sampai feri kuala  perlis terus beli tiket feri.


Masa naik feri tu dalam perjalanan memang hujan lebat glerr memang seram laa sebab tengah laut memang tak nampak apa langsung, kabus dengan ombak memang kuat glerr. Nasib baik tak lama dalam feri, 1 jam je pun.


Bila dah nampak bukit tu rasa lega glerr. Dalam otak dah fikir bukan-bukan kalau laa feri karam ke hape ke macam mana laa agaknya, dah laa aku tak kahwin lagi. Motiff cakap ko belum kawen lagi ni nadia??

Sampai-sampai sana terua ambil keta sewa viva sehari RM45 so kalau 3 hari kira laa sendiri ek. Kebetulan pula rumah roomate aku ni dekat langkawi so memang menetap dekat rumah dia je laa. 


Memang dah saving sangat dekat situ. Masa kitorang sampai tu jam baru pukul 12 tengahari. Memang plan nak buat aktiviti outdoor tapi tak boleh sebab time tu memang hujan lebat glerr nak naik keta calbe pun tak boleh sebab ditutup.

Jadi first day kita sampai kita terus shopping coklat dengan ismail group kowwtt kalau tak silap aku nama orang tua. Tapi serius boleh jadi sawan masuk kedai coklat, sebab kau rasa macam nak beli semua apa yang ada dekat dalam tu.

Macam-macam jenis coklat yang kita tak pernah jumpa pun ada dekat sana, dengan harga yang sangat laa murah tak boleh blahh. Aku rasa aku spent beli coklat RM200++ memang berbaloi rasa hati bila boleh beli banyak-banyak..he..he..sambungan seterusnya tggu entry yang baru ek :)




1 comment:

bangibookseller said...

Visit us for books for you and yours..

http://bangibookseller.blogspot.com/