Tuesday, October 18, 2011

Bermulanya Kehidupan

Maka stelah seminggu berorientasi tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu kelas pun bermula. Peerrgghh lain sangat belajar dekat poli dengan unibersiti ni. Semua benda kena buat sendiri, uruskan kelas tengok seksyen sama ke tak lepas tu buat pengecualian kredit.


Naik turun bangunan akademik nak dapat cop segala, uruskan segala macam dokumen yang tak lengkap semua kena berurusan dengan pihak unibersiti, seminggu masa mula belajar tu penat buat benda tu semua je, kadang-kadang kelas pun tak sempat masuk, tapi ada juga lecturer yang masa minggu pertama tu dah mula mengajar.

 Memang ting tong gak laaa pale otak ni nak absorb, ye la dah 2 tahun tinggalkan buku semua..he..he..jadi dekat sisni aku bawah fakulti mekanikal dan course aku pun mekanikal gak. Bagi aku sangat susah laa nak terima semua benda-benda ni dengan aku un tetiba dapat course yang lain.


Tapi tak apa lama-lama mungkin ok laa tu. Dekat UTHM sekeliling dia kelapa sawit dan yang paling penting dekat sini banyak sangat parit. UTHM ni pula dekat parit raja. Kawasan sekeliling UTHM ni memang kawasan kampung. Kau boleh tengok ladang kelapa sawit dan kau juga boleh tengok rumah kampung.


Bagi aku satu pemandangan yang sangat ntah susah aku nak gambarkan macam mana. AKu boleh ibaratkan  UTHM ni macam Mid Valley yang kau letak dekat kawasan pendalaman sabah dan sarawak dimana UTHM tu sendiri punya laa moden tapi kawasan sekeliling masih lagi nak membangun.

Dekat sini kalau nak pergi town akan ambil masa setengah jam dengan menaiki bus. Senang cerita pengangkutan utama aku dekat sini adalah bus laa. Waima dalam kampus pun aku naik bus nak pergi kelas sebab kawasan kampus adalah melampau besar..he..he..

Kawan-kawan pula datang dari macam-macam negeri, agak terkejut sikit bila dengar loghat negeri lain. Masa dekat poli dulu majoriti budak-budak kelas aku semua budak KL dengan selangor je. Tapi bila datang sini macam-macam bahasa yang aku dengar sampai pening kepala aku nak extract apa yang kawan-kawan aku tengah cakap ni..he..he..






3 comments:

Zul fattah said...

UTHM .. member aku ramai kat sana.. haha

J.Syazwana said...

saye rindu Johor !!

ayanuts said...

Zul Fattah : he..he..ye ke...ko dak poli gak ke???

wana: orang johor ek??