Thursday, October 27, 2011

Makan-Makan at Pizza Hut Kuchai Lama

Dah dekat 3 minggu aku tak balik rumah sejak aku daftar hari tu, asal nak balik je ada je aktiviti untuk budak-budak yang baru masuk, tekanan betul. Ingatkan nak balik tapi haram, jadual pack sangat. Hari-hari laa menangis meratap sedih sebab tak dapat balik..he..he..


Dah 2 tahun aku duduk rumah tak pernah jauh dari family sekali bila dah jauh dan duduk dalam jangka masa yang lama tak balik-balik rumah memang jammed laa otak..mhuahuahuahua..jadi lepas kelas hari hari jumaat terus angkut bag semua balik rumah.


Hazab tau nak pergi stesen bas batu pahat tu, dah laa aku nak pergi stesen bus tu ambil masa 45 minit..perrgghh lama tak lama laa, dah laa nak pergi sana kena naik bus..haaiisshh tekanan betul. Dah laa aku cukup menyampah naik bus, kalo naik tren tu tak ape laa lagi, so nak tak nak kena gak laa gagahkan diri.


Batu pahat ke KL ambil masa 3 jam. Lama juga laa dulu masa belajar dekat ipoh 2 jam setengah je..Tapi kalau di ikutkan 3 jam tu tak ada laa mana sangat kalau nak di ikutkn dengan orang yang duduk dekat kelantan terengganu sana tu.

Sampai-sampai je rumah acik dah tunggu dengan hubby dia sebab dia cakap nak belanja Pizza hut, memang berdesup laa aku siapkan. So gerak pergi pizza hut kuchai lama. Orang pun tak ramai, memang sekejap je laa order sampai.




3 comments:

J.Syazwana said...

dah lama tak makan pizzaaaa !!
:(

Shada said...

sedap tgk garlic bread...nyums!!!

FANTASTIC PIECES said...

Salam,

Kami menawarkan pakaian pada harga mampu milik. Terdapat pelbagai jenis pakaian seperti dress, cardigan, skirt dan blouse yang murah. Feel free to visit:

http://fantasticpieces.blogspot.com/