Thursday, February 9, 2012

Makan makan at Murni Lagi

Cerita macam biasa dah lama terperam. Kalau buah diperamkan pun mau dah jadi jeruk. Jadi hadap laa jugakkan..he..he..tiap kali nak mulakan cerita baru intro tetap sama. Nampak nau kejap update kejap tak update.

Memandangkan sekarang ni tengah cuti sem, dan tak ada benda yang aku boleh buat so kita update laa blog. Kesian terbiar. Cerita ni dah lama, tak silap aku sebulan yang lepas, time ni aku balik weekend. Sampai-sampai TBS soulmate dah tunggu.Gambar bawah ni gambar soulmate yang malas nak layan aku sebab asyik tangkap gambar je..he..he..


Apa lagi masing-masing dah lapar, dia pun baru balik kerja aku pun tak makan lagi dari pagi jadi dia bawak laa aku makan dekat murni. Sebenarnya malam sebelum aku balik tu aku dah mekak-mekak kat telinga soulmate cakap nak makan kat murni.

Hari tu aku order nasi goreng meletup. Nasi goreng meletup ni ada macam-macam kat dalam tu, yang paling penting dia memang pedas. Rasa dia senang cerita macam mee goreng mamak tapi yang ni version nasi. Bagi aku pelik rasa dia, tapi dah lama-lama sedap plak.


Soulmate pula makan spghetti. Spaghetti dia aku cakap kau memang banyak glerr. Mana tak banyak pinggan dia besar, so portion memang boleh kongsi 2 orang makan laa. Meatball dia plak memang besar penumbuk. He..he..tak ada laa tipu je.


Tapi memang besar laa, tak muat nak masuk dalam mulut. Lepas tu order roti hape ntah nama dia, lupa plak. Tapi roti ni seakan-seakan murtabak, dalam dia ada inti telur hancur dengan daging kalau tak silap aku, dia bagi juga kuah dal dan kari juga.


Atas roti tu dia letak mayonis, so combination roti dengan mayonis yang dicicah dengan kuah dal tu memang bagi rasa yang kick habis laa, sedap sangat. Air pula dekat sini macam-macam jenis tapi kalau aku datang sini aku lagi prefer minum air buah laa sebab murah dan gelas dia memang besar.


Memang kembung air laa..he.he..tiap kali datang murni mesti penuh. Padahal time kitorg sampai tu baru pukul 8 macam tu. Bagi aku berbaloi juga laa makan dekat murni ni sebab portion dia besar sangat. Harga bagi aku boleh laa tahan. Nak kata murah sangt tu memang tak laa, tapi boleh laa.





4 comments:

cik aletheea: said...

yes!!
murni mmg best..
portion die mmg terbaik... semput nak abeskan.....

syabab said...

haish silap besa syabab tgk time sknk lom makan g...perut unyi dah...adeh...hehe

J.Syazwana said...

asal masuk blog ni je lapar.
ish tak boleh jadi ni.
nak pergi makan lah.
kekekekeke

fRaMe+LenSeS said...

aiyohh bestnya.. ajak la nadh p sama len kali. leh lepak minum2. ehehe. :P