Tuesday, February 14, 2012

Eat..Drink..Gossip

 Tengah-tengah layan mimpi petang tu tiba-tiba dengar bunyi enset berbunyi. Tengok dekat screen dak ain rupanya. Apa agaknya dia nak ek. Sambil kesat tahi mata jawab laa call dia "wweeyhhhhh ko membuta ek, ada rumah tak aku nak datang ambik ko ni..kita kuar"..


He..he..dengan kelam kabutnya terus bangun mandi semua. Nampak picture dekat atas ni?? ini laa dua orang makhluk tuhan yang telah mengganggu mimpi aku petang tu..he..he..

Siapa yang dah lama baca blog aku ni kenal laa ain ni best friend aku dari aku dekat poli lagi. Memang tak pernah lost contact laa. Ain ni pun dah bertunang. Nama tunang dia ni nazmi. Diorang dua-dua tinggal dekat Banting.


Sementara tengah cuti ni dapat laa jumpa diorang. Kalau tak memang payah laa. Dengan Ain kerja aku pula study lagi. Tapi serius best dapat jumpa dia sebab kalau bersembang dengan Ain ni macam tak ada hari esok..he..he..

Kitorang pergi The Mines Seri Kembangan. Lagi pun dekat dengan rumah aku. Sampai-sampai sana je pusing satu Mall. Bila masing-masing dah penat cari port lepak sambil minum-minum.


So decide nak lepak dekat Chatime. Tapi sebelum tu cari kunyah-kunyah dulu. Tengah jalan-jalan ternampak satu kedai yang jual sushi, so singgah jap beli sebab si Nazmi mengidam sangat nak makan sushi.


Dia ni memang hantu sushi. Jangan tak tahu sushi tu dia makan semua. Lagi satu kau bagi je la si nazmi ni makan apa je pun mesti semuanya dia telan..he..he..


Jalan punya jalan punya jalan ternampak pula subway. So kasi singgah jap order apa-apa yang patut. Sorry picture tak sempat nak snap sebab dah lapar sangat sebab tengok subway tu tempting sangat..tak tahan...he..he..



Sepanjang cuti ni aku banyak habiskan masa dekat rumah je. Keluar dengan soulmate pun jarang sebab dia sibuk sangatkan apatah lagi kalau nak keluar dengan kawan-kawan yang lain. Masing-masing dah ada kehidupan sendiri.

Masa keluar dengan Ain ni memang hepy sangat-sangat sebab kalau dengan dia ni kau boleh sembang apa je. Lagi satu dia ni memang kepala ting-tong sikit sebab tu aku boleh masuk dengan dia. Dah kata pun dulu pernah tidur sebantal, makan sepinggan, berak semangkuk...he..he..yang ni aku tipu.





5 comments:

mizzkechique said...

selalu g the mines ker?? akak pun slalu lpk sn.. blh la kuar ye.. hehe

LydSunshine said...

Berak semangkuk eh? Heheh.. Tapi logik la. Kongsi toilet kan. Subway sedap. Sushi pon sedap. Nyummm....

J.Syazwana said...

dah lama tak pergi makan subway.
wuwuuuuuu

Dinas Aldi said...

Seronok dapat lepak dengan kengkawan kan dik. Terima kasih sudi datang baca blog akak, akak sangat menghargainya :)

widiea azira said...

nakkkkkkkkkkkkkkkk sushi.............