Monday, February 13, 2012

Food Court JJ IOI Mall Puchong.

Ada apa dengan food court..pperrgghh dah macam ada apa dengan cinta pun ada bunyinya..he..he..ni kesinambungan cerita masa aku keluar tengok movie sumpahan kumkum yang tak best tu. AKu tengok movie tu dengan soulmate.


Kitorang tengok dekat IOI mall Puchong. Orang pun tak ramai, so ok laa kalau nak lepak-lepak sana. Lepas dah tengok movie, perut pun lapar so kita terjah food court JJ dekat aras paling bawah sekali.


Not bad juga makan dekat food court ni sebab pilihan banyak dan harga pun murah kalau nak dibandingkan dengan kedai-kedai yang ada dalam shopping complex ni.


Kalau makan dekat food court ni aku paling menyampah kalau nak kena beratur panjang-panjang sebab nak kena bayar resit dengan kaunter pembayarn hanya satu sahaja yang dibuka. Ponat llaaa kaki ni dengan lapar lagi, mau kalau sampai turn aku nak bayar aku dah merangkak sebab kelaparankan.


Aku makan mee hokkien. Nampak menyelerakakan betul tak???Meriah siap ada sotong udang bagai. Kuah pun pekat je. Tapi jangan terpedaya, bila masuk je dalam mulut kau mee tu kau rasa macam nak luah balik sebab tawar tak hingat..tobat tak mau makan ni lagi.


Soulmate pula makan sizzling. Kalau pergi food court mana-mana aku rasa makanan yang paling semenggah sizzling je. Sebab puas hati ada rasa semua.Siap ada ayam dan telur lagi. Lepas tu kalau nampak stall orang jual tako tao mesti beli. Favourite sekali octopus laa.


Aku tak tahu laa, masa dulu-dulu baru nak berjinak makan tako tao ni rasa tak sedap, lepas tu hanyir semacam je rasa dia.. Lepas tu beli lagi, tiba-tiba rasa sedap pula. Jadi setiap kali nampak stall tako tao ni mesti singgah beli .



2 comments:

Mata Pena Fadz said...

alamak..
perut kite jdi lapar bile tpndg mknan2 kt dlm post tuh,.
aiyaiyai..x ley jdi...ni....
ke dapur la..

J.Syazwana said...

sedapnya tako !!
dah lama tak makan.
:(