Wednesday, February 8, 2012

Bilikku Syurgaku..Ye Ke??

Gambar dekat bawah ni gambar meja study aku, aku ambil gambar ni masa tengah study final untuk last paper hari tu. Ni tengah study ke layan FB sebenarnya ni??he..he...


Entry kali ni nak cerita sikit tempat aku duduk, tempat aku makan, tempat aku tidur dan tempat aku belajar yakni tempat tu adalah hostel ataupun lebih spesifik lagi bilik laa...he..he..dalam satu bilik ada 4 orang. Roomate aku semua dak civil aku je sorang dak mekanikal.


Tapi aku tak kisah aku lagi suka macam tu..he..he..apa yang ada dalam bilik ni???kitorang ada kipas sorang satu, lampu study pun sorang satu. Pendek kata memang selesa laa. Bilik pun besar kalau setakat nak main kejar-kejar tu no hal laa.


Dalam bilik aku ada sorang dak matrik lagi 3 orang dak poli. Tapi kitorang semua tak sebaya. Dengan roomate aku memang seronok laa. Diorang ni jenis kepala slumber je. Yang paling penting perangai diorang macam manusia.

Macam manusia di sini bermaksud orang-orang yang selalu fikir perasaan orang lain dan budi bahasa diorang pun baik-baik. Ingat senang ke nak dapat kawan macam tu.


Kebanyakan yang aku jumpa kalau nak cakap dengan orang main belasah je sampai tak tahu benda yang diorang cakap tu boleh buat orang lain sakit hati. Dan jenis tak fikir orang lain pun ada, sellfish pula tu.


Atas ni pula keadaan katil aku yang berantakan. Standard laa kalau tengah final memang tak sempatnya nak kemas, even mandi pun tak sempat..he..he..nampak nau pengotornya kau ni nadia..he..he..mandi laa, takkan tak mandi. Kalau tak mandi macam mana badan nak segar bila tengah studykan.


Last sekali gambar dekat atas ni aku ambil sebelum aku nak berangkat balik. Barang semua kena kemas dan simpan dalam stor, sebab bilik kena kosongkan. Memamng penat laa sebab banyak benda nak kena kemas semua.

Dengan ini berakhir sudah sem 1. Pejam celik pejam celik dah habis satu sem aku dekat sini. Walaupun keadaan dekat sini macam daif sangat tapi aku tak kisah. Yang penting aku nak cepat-cepat habiskan 3 tahun dekat sini.



2 comments:

fRaMe+LenSeS said...

cantiknyala bilik kamu. wowwwww :)

fRaMe+LenSeS said...

cantiknyala bilik kamu. wowwwww :)