Wednesday, February 15, 2012

Makan-Makan Assam Laksa

Meh sini nak share satu cerita. Ada siapa-siapa tak dekat sini hantu asam laksa??ok..kepada siapa-siapa yang memang suka makan asam laksa aku nak share satu tempat dekat mana yang laksa dia sedap dan yang paling penting ada kick.

Jawapan dia Mid Valley, korang masuk dalam JJ dalam JJ tu ada food court, lupa pula aku level berapa, tapi dekat bahagian yang orang-orang jual pinggan mangkuk. Masuk-masuk situ je dah semerbak bau asam laksa dia.


Sebenarnya dah lama juga tak pekena asam laksa dekat sini. Dah berapa tahun ntah sebab aku memang tak suka pergi Mid Valley sebab ya ampun ramainya orang. Selalu kalau pergi pun mesti time weekday. Orang pun tak ramai.

Harga semangkuk asam laksa ni RM9 berapa sen ntah lupa. Tapi dia set laa siap ada air dengan desert lagi. Bukan setakat asam laksa je, nasi lemak, mee kari pun ada tapi bukan setakat tu je menu yang lain pun ada juga.

He..he..dah nak dekat habis baru teringat nak snap picture, tak senonoh je kan sudu sampai dua dalam mangkuk tu nampak nau gelojohnya..



4 comments:

chiah_ismile said...

kecurrr!

Noraini Suhaida said...

asam laksa de bestt

Noraini Suhaida said...
This comment has been removed by the author.
Noraini Suhaida said...
This comment has been removed by the author.