Saturday, February 4, 2012

Makan-Makan at Steak and Grill

Macam biasa family aku memang suka buat family gathering. Ye la, masing-masing dah besar, nak makan selalu tu memang jarang dah. Kadang ada yang tak ada, selalu yang tak ada aku la. Sebab sejak dari form 4 sampai dah besar ni aku selalu merantau.


Masa form 4 and form 5 dulu aku dah masuk teknik, so memang kena duduk asrama, lepas tu masuk politeknik pula, time poli dulu dekat ipoh. Dan yang sekarang ni aku sambung degree dekat UTHM batu pahat johor.

Banyak masa aku duduk merantau la. So sekali-sekala aku balik tu mesti parents aku bawa makan luar. Macam biasa kalau nak makan western mesti pergi makan dekat area serdang tu. Betul-betul belakang UPM. Kalau tak silap aku nama kedai tu, Steak and Grill macam tu laa.


Kalau datang kedai ni paling best air dia, memang jenis yang bagak besar tu la. Memang boleh kongsi dua orang punya, lagi satu harga dia murah yang paling penting kalau air buah tu memang betul-betul buah laa, bukan air semata-mata.

Meh kita tengok apa benda yang best dekat sini, first menu sizzling steak. Steak dia memang lembut bukan apa ada sesetengah kedai yang aku pergi steak dia keras glerr, kalau campak dekat dinding belum tentu lembut lagi. Tapi dekat sini memang lembut.


Sos dia pun ada rasa, rasa black papper dan ada juga rasa manis-manis macam tu. Coselow dia memang terbaik, senang cerita boleh laa kalau nak lawan dengan coselow KFC. Menu ke-2, mix lamb. Siapa penggemar lamb boleh laa order sebab portion dia memang besar kalau makan sorang pun belum tentu boleh habiskan.

Menu ke-3, Lambb chop kalau tak silap. Lamb chop ni atas dia ada cheese, memang sedap sangat. Dah laa lamb dia tak berbau dan yang paling penting lembut. Senang nak kunyah. Sos dia pula..iisshhh tak tahu laa aku nak cakap macam mana.


Sebab memang sedap melampau. Dan menu yang ke-4 chicken boxing. Chicken boxing ni macam drummet ayam yang kita beli dekat kedai tu, tapi yang beza dia, ayam dia ada salut dengan tepung dan telur. Memang sedap laa. Lagi satu sos dia pakai sos thai.


Memang best sangat laa. Harga memang aku tak ingat laa. Tapi apa yang aku boleh cakap, harga dia memang murah laa. Kalau siapa-siapa yang ada family ramai tu bawa laa makan dekat sini, sebab murah. Lepas tu banyak pula tu.








15 comments:

suzialfredshin said...

ayooo..malam2 cam gini tengok gambar makanan rasa macam nak nangis jek, hehe..nak cari Maggie kat dapur lah :)

Unknown said...

mak aih. sedapnya air tu nampak.

xxx ooo said...

aduh lapar lak baca ni pagi2...

anyway,saya tulis sendiri cerpen cinta seorang suami tu...

terima kasih kerana sudi baca dan komen...saya hargai...

Nana said...

eh eh..jeles la cmni.

NIZAM said...

oh, sy suke baca entri pasal food. sangat teruja. yummy. yummy. :))

erysweetie said...

nyumyum...sedapnyeee tgk steak tu sume.. hehe

Zya Amalis said...

best nyer, nnt nk try pi mkn sini gak laa :p

Unknown said...

mau pergi in kedai... tp apa ka nama nya? hehege

Mira Maisara said...

pergh..meleleh tgk makanan tu ;]

AnakPakZohar said...

sedapnyeeeeeee!!!!!!!!!

nabila faryzza said...

haish! lapar plak baca entry ni. nampak sedap je semua.

Bob and Julie said...

perghh mcm sedap giler jer! ni yg nk kene try ni!

J.Syazwana said...

ish meliurkan betol.
huhuhuhu.

alah len kali ingat sekali harga die.
ihihihih

Unknown said...

kene cube nie...!

Anonymous said...

wow!!!!!!!yummy....bez2..hek3