Sunday, February 12, 2012

Sumpahan Aku.

Siapa dah tengok cerita sumpahan kum kum, sila angkat CPU..he..he..aku tengok movie ni weekend hari tu dekat IOI mall puchong. Sebelum tu jom kita baca dulu sinopsis cerita ni yang aku ambil dari webpage TGV CINEMA...

"Cerita seram mengenai Mila yang memiliki wajah berjerawat yang berjumpa dengan seorang dukun, Mak Tom, bagi mendapatkan rawatan susuk. Tetapi untuk memulihkan wajahnya, Mila perlu meminum darah 9 gadis sunti."




Aku tengok cerita ni sebab aku ada baca blog review pasal cerita ni cakap best laa hape la. So disebabkan itu aku pun tengok laa. Cerita sumpahan kum kum ni hhaaiiaasshhh tak tahu laa nak cakap macam mana.

Memang nak kena sumpah dengan aku betul laa..he..he..sebab apa, jalan cerita lembab, penceritaan yang tak kuat dan cerita ni sama je macam cerita-cerita hantu sebelum ni, malah lagi teruk.

Cuba laa buat pembaharuan sikit. Part seram dia aku rasa tak seram langsung. Patut laa bila aku masuk panggung orang tak ramai sangat. Ada orang yang duduk seat sebelah aku, dari start cerita ni mula sampai habis asyik dok main game kat HP je.

Nampak nau bosan cerita ni kan. Aku sikit je lagi nak blah, malas nak tengok. Tapi bila fikir balik membazir pula dah beli tapi tak tengok sampai habis. So tengok je laa.




1 comment:

J.Syazwana said...

tulah tengok iklan macam gempak gila kan kan. naseb baik tak tengok. tapi memang dah lama pon tak tengok wayang -__-