Monday, September 26, 2011

Hari Bahagia

Aku pun tak ingat kejadian ni bila. Kalau tak silap aku dalam raya ke enam atau raya ke lima hari itu. Kejadian berlaku di rawang. Dimana telah berlangsungnya pertunangan kawan aku incik liquid a.k.a anuar. Anuar ni kawan aku sejak dari sekolah rendah lagi.


Senang cerita kitorang baik lagi sampai sekarang and still contact each other. Hhhhhmmmmm tak sangka ko dah bertunang dulu. He..he..apa-apa pun tahniah ye untuk kau anuar. Pasangan dia pula kawan masa sekolah menengah dulu, zana nama dia. Zana ni ada kembar.


Cantik aku tengok diorang dua ni, sama padan laa senang cerita. Aku pergi rawang ni dengan dua orang pak cik ni, ahmad ngan amy. Kalau diorg tak bawa aku, alamat tak sampai laa aku dekat rawang sana..he.he..sebelum gerak tu diorang beraya laa rumah aku sekali.


Dekat sini memang ramai kawan-kawan sekolah lama yang aku jumpa. Aku dengan kawan-kawan aku ni semua sampai form 3 je sebab form 4 aku dah pindah teknik. So bila jumpa tu rasa macam segan je, ntah diorg ingat lagi ke tak dekat aku. Tapi alhamdulillah semua pun ingat aku lagi. Terharu weeyyhh.


Nampak tak dekat atas sekali ada perempuan yang berdiri tu? Nama dia ayu.Terakhir aku jumpa dia masa dia form 3 sebab form 4 aku dah pergi teknik. So bila dah lama tak jumpa tu rasa seronok sangat lagi-lagi tengok perubahan kawan-kawan. Aku tengo dia ni dari dulu sampai sekrang kecil je tak besar-besar..he.he..

Kepada anuar dengan zana aku doakan agar korang berdua sentiasa dimurahkan rezeki dan hubungan korang berkekalan hingga ke akhir hayat. Apa-apa pun dugaan yang datang selesaikan dengan cara yang matang dan jangan ikutkan hati. Tahniah untuk korang berdua :)




1 comment:

Liquid said...

hee maceh nadia =)