Musim nak raya tak sah kalau tak pergi jalan TAR. Sama ada nak cari kain baju raya atau pun nak cari tudung dan segala selendang semua. Masa kejadian ni berlaku aku pergi dengan syikin. Syikin ni kawan baik aku masa dekat teknik dulu.
Senang cerita makan sepinggan dan tidur sebantal
laa...he..he..syikin ni budak Uitm, tak lama je lagi dia nak habis belajar.
Memandangkan dia pun tengah cuti jadi dia ajak laa aku jalan-jalan dekat jalan
TAR ni katanya nak cari tudung raya.
Memandangkan kerja kau sekarang ni pentanam anggur tanpa
membuang masa harus laa berdesup je aku pergi. Bosan weeyhhh duduk rumah tak
buat apa-apa. Masa sampai stesen sogo masa tu dalam pukul 10 ppergghhhh
menangis kowwttt penuh orang dekat pintu depan sogo, padahal masa tu sogo tak
buka lagi.
Dan yang aku pelik masa aku pergi tu hari isnin, aku dah
pelik dah diorg semua ni tak kerja ke hape..he..he..jadi kita teruskan misi
kita dengan pergi ke jalan TAR. Wwwaaahhhhh nak nangis rasa sebab banyak sangat
tudung dan kain yang cantikcantik. Rasa macam nak ambil semua tapi nasib baik
fikiran masih waras lagi dan mengenangkan aku ni pentanam anggur jadi haruslah
berjimat- cermat..he..he..
4 comments:
saya pergi jugak before raya tapi tak sopink pon :(
foloow this page
lagi menangis bila dah balik baru teringat terlupa beli tudung raya kau.....
kal0 p jln TAR x beli tudung mmg x sah la kn...^^
Post a Comment