Thursday, September 22, 2011

Jalan-Jalan Putrajaya

Kalau tak silap aku ini adalah kali terakhir aku buka luar masa bulan puasa hari tu..he..he..dah nak habis raya tapi still update cerita masa puasa hari tu. Tapi tak apa lah tetap juga nak update..he..he..kejadian berlaku apabila seorang classmate aku masa dekat poli dulu bagi idea untuk buat buka puasa bersama-sama.
 
Jadi memandangkan aku ni tak ada kerja yang nak dibuat aku pun layankan je event tu. Tak ramai pun budak-budak kelas aku yang join event ni aku kira tak sampai pun 10 orang. Tapi tak apa tetap meriah..he.he..


Diorang semua buat plan nak buka puasa dekat putrajaya. Dimana aku kena beli makanan dekat bazar ramadhan dan makan dekat kawasan berhampiran masjid. Buyinya macam terpaksa je kan..he..he..tak ada laa sebenarnya enjoy juga sebab tak pernah buat macam tu kan.



Masa aku sampai putrajaya time tu lagi 5 minit je lagi nak azan, dengan makanan satu apa pun tak beli lagi. Jadi harus laa lari laju-laju cari makanan. Ngam-ngam lepas beli makanan azan pun berkumandang..Alhamdulillah..

 Lepas dah buka puasa pergi singgah  masjid dan menunaikan tanggungjawab kepadaNya. Lepas dah solat semua diorang ajak pergi lepak dekat jambatan. Aku pun tak tahu jambatan belah mana sebab aku bukan selalu pun lepak sini..he..he..


Masa pergi sana tinggal berapa orang je sebab ada sorang dua orang member aku ada kerja katanya. Jadi mana-mana yang tak ada hal tu lepak laa dekat jambatan tengok pemandangan putrajaya. Lepak-lepak, gossip-gossip sikit lepas tu gelak ramai-ramai..he..he..

Soulmate pun ada juga time ni sebab dia tak kerja, so wajib laa ikut sekali. Soulmate dengan aku dulu memang satu kelas. Yang join lagi Lan, halim, nasrul dan fatin. Diorang semua ni classmate aku. Rata-rata diorang belajar dekat UTEM melaka...uhuhhuhuhu..sedih weeyyhhh ramai kawan-kawan aku kat melaka, aku pula jauh tercampak dekat Johor.


Tapi tak apa nanti deat sana boleh dapat kawan baru..he..he..memang seronok dapat jumpa diorang sebab masing-masing dah jauh, jadi bila berkumpul tu rasa seronok dan meriah laaa. Macam-macam cerita keluar.



2 comments:

ikatankasihku said...

dah lama tak jumpa, bergosip2 la tu yer.hehehe

JelinaJoli said...

putrajaya banyak hantu. hahhahaha