Saturday, September 17, 2011

Jalan-Jalan Jalan TAR

Sebenarnya cerita ni sebelum raya hari itu. Saje je aku perap lama-lama dalam draft sebab tak ramai yang masuk kerja mahupun yang nak online musim-musim rayakan. Jadi hari ini aku bagi publish untuk tatapan semua.


Musim nak raya tak sah kalau tak pergi jalan TAR. Sama ada nak cari kain baju raya atau pun nak cari tudung dan segala selendang semua. Masa kejadian ni berlaku aku pergi dengan syikin. Syikin ni kawan baik aku masa dekat teknik dulu.

Senang cerita makan sepinggan dan tidur sebantal laa...he..he..syikin ni budak Uitm, tak lama je lagi dia nak habis belajar. Memandangkan dia pun tengah cuti jadi dia ajak laa aku jalan-jalan dekat jalan TAR ni katanya nak cari tudung raya.

Memandangkan kerja kau sekarang ni pentanam anggur tanpa membuang masa harus laa berdesup je aku pergi. Bosan weeyhhh duduk rumah tak buat apa-apa. Masa sampai stesen sogo masa tu dalam pukul 10 ppergghhhh menangis kowwttt penuh orang dekat pintu depan sogo, padahal masa tu sogo tak buka lagi.

Dan yang aku pelik masa aku pergi tu hari isnin, aku dah pelik dah diorg semua ni tak kerja ke hape..he..he..jadi kita teruskan misi kita dengan pergi ke jalan TAR. Wwwaaahhhhh nak nangis rasa sebab banyak sangat tudung dan kain yang cantikcantik. Rasa macam nak ambil semua tapi nasib baik fikiran masih waras lagi dan mengenangkan aku ni pentanam anggur jadi haruslah berjimat- cermat..he..he..



4 comments:

J.Syazwana said...

saya pergi jugak before raya tapi tak sopink pon :(

~ Jebat Derhaka ~ said...

foloow this page

JelinaJoli said...

lagi menangis bila dah balik baru teringat terlupa beli tudung raya kau.....

♥Ratu_Hati♥ said...

kal0 p jln TAR x beli tudung mmg x sah la kn...^^