Thursday, June 16, 2011

Makan-Makan at BBQ Chicken

Hari itu pergi ngedate dekat OU. Sebab tak pernah pergi sana jadi ajak laa soulmate nak tengok best sangat ke. Dari luar aku tengok glerr besar bangunn OU ni. Bila dah Masuk dalam perrgghh memang besar yaa amat.



Penat kaki aku ni jalan. Memamng stok boleh patah kaki laa..he..he..masa sampai dekat OU perut da rasa lapar sangat-sangat. Ingat nak makan kat seoul Garden sekali tengok yaa ampun ramai betul orang.


Pusing-pusing cari tempat makan lain pula dah laa masing-masing perut da lapar glerr memang rasa nk merangkak pun ada. Last-last jmpa satu tmpt makan ni, nama restoran tu BBQ Chicken.



Dekat sini specialty dia adalah ayam BBQ. Memang sedap sebab apa semua ayam dia diperap. First menu kita amik salad with BBQ chicken. Salad dia sangat fresh. Ayam pula sedap sebab dia letak sos. sos dia macam masam-masam.


Second order fettuchini carbonara. Kalau penggemar western memang suka laa sebab rasa pasta ni memang creamy dan sangat tak sesuai untuk org yang tengah diet..he..he..



Soulmate pula order nasi. Nasi dia digoreng lepas tu ada coselow dan ayam dia sangat sedap seperti biasa di perap juga. Rasa dia menyerap sampai ke dalam. Dapat rasa rempah tu meresap dekat dalam daging ayam tu.

Tengok laa picture empunya blog dah sandar kekenyangan..he..he..kerusi dia macam sofa. Lepas makan bersandar kekenyangan. Decoration dalam kedai sangat cantik lepas tu tak crowded sangat sebab boleh makan dengan tenang. Harga semua sekali RM51.56 boleh laa kalau nak makan sekali-sekala.



Wednesday, June 15, 2011

Shopping at Jusco Maluri

Minggu lepas adalah minggu jalan-jalan sedunia. Sebab apa minggu lepas juga aku sakan memebeli-belah..he..he..tempat shopping macam biasa dekat Jusco je. aku suka pergi dekat jj sebab baju dia banyak yang cantik dan satu lagi banyak yang murah-murah.



He..he..semenjak tak kerja ni slalu cari tempat yang ada sales je..he..he..pergi shopping kali ni tak lain dan tak bukan mesti laa dengan acik tersayang sebab dia yang iyew-iyew ajak cakap ada sales laa apa laa.


Aku ni pantang kalau orang ajak shopping mesti laju je..he..he..ni la acik aku yang paling aku sayang sangat-sangat. muka aku dengan dia sama ramai cakap acik aku ni kakak aku, tapi tidak ye acik aku ni sebenarnya mak cik aku, perempuan itu lagi glerr shopping.



Tuesday, June 14, 2011

Makan- Makan at Pizza Hut

Lepas je dah tengok movie karak yang terbaik tu aku pun bawa laa adik-adik aku ni pergi makan dekat Pizza hut, kebetulan pula time tu pizza hut ada keluarkan pizza baru so mmg harus laa cuba.


Pizza ni aku lupa laa apa nama dia, yang pasti chesse dia memang melimpah ruah laa. Siapa-siapa yang hantu cheese tu blh laa order, kebetulan pada hari tu puasa so sekali laa kita berbuka puasa dekat pizza hut ni.


Masa makan ni orang ramai melampau nak makan pun rasa tak selesa. Tapi dah masukkan nak tak nak duduk laa gak. Hari tu order seafood marinara, mmg dah jadi kebiasaan kalau makan pizza mesti order sekali pasta ni.


Rasa dia serius sedap, kuah dia memang terbaik manis glerr macam ada manis-manis ketam pun ada. Tapi dekat pizza hut branch ni pasta dia sikit laa. Slalu kalau aku pergi pizza tempat lain memang banyak laa sos dia tu pun berlebih-lebih.


Lepas dah habis sesi gendutkan perut kita jalan-jalan lagi. Pusing-pusing mall lagi cuci-cuci mata. Adik-adik aku lak gembira sebab dekat situ ada kedai game, diorg main game aku lepak dekat kedai buku, memang best laa.


Monday, June 13, 2011

Shahir (AF) Macam Kayu

Ok orang lain dah review cerita karak aku macam biasa hegeh-hegeh macam mak nenek baru nak update. Tengok movie ni masa cuti sekolah minggu lepas. Sebagai kakak yang baik aku pun baik adik-adik aku yang mekak-mekak cakap nak tengok wayang.



Jadi hari tu keluar tengok movie dekat JJ cheras selatan, suka pergi sana sebab orang tak ramai. He..he..yang paling best dekat dalam panggung aku kira tak sampai pun 20 orang. So memang seronok laa tengok.


Aku rasa ni satu lagi filem melayu yang aku rasa aku tak menyesal beli tiket. Sebab aku kalau cerita melayu ni kurang sikit nak tengok kat panggung selalu beli DVD tak pun tengok je kt you tube..he..he..

Ntah kenapa dalam cerita karak ni aku dah jatuh hati dekat kilafairy..he..he..dia berlakon menjadi tapi kadang-kadang ada laa sikit-sikit poyo dia tapi tetap suka. Shahir pula aku tak sangka dia boleh berlakon sebaik itu, aku masa mula-mula dah kutuk-kutuk dah shahir ni mesti berlakon macam kayu, tapi dia berlakon memang terbaik laa.

Yang lagi dua pelakon tu bagi aku biasa-biasa je. Hantu tak berapa nak takut. Tapi hantu perempaun yang panggil Incik-incik tu memang seram seyes naik bulu roma aku. Scene hantu tu dengan anak dia bagi aku paling seram laa dalam movie karak ni.


BF Diutamakan Kawan Ditinggalkan

Adakah perempuan itu satu makhluk yang sukar untuk dimengerti ataupun llki yang tidak pernah cuba untuk mengerti perasaannya perempuan. Aku bagi satu situasi untuk lelaki, dalam suatu hari kita dikurniakan 24jam, dan masa yg kau ada tu hanya 2jam je kau peruntukkan untuk awek kau.

Nak tanya perempuan laa, adakah anda rasa puas hati, jumpa pula seminggu sekali je. Sebulan 4 kali lepas tu dalam sehari pun tak berapa nak contact sanagt. Bila tanya si lelaki knp tak mesej atau tak call alasan lepak-lepak dengan member lepas tu penat kerja seharian. Apakah perasaan anda??mesti rasa macam nk hantuk kepala kat dinding sampai hilang ingatan, senang tak payah kusut-kusut kepala mengenangkan nasib diri, nak clsh sayang sebab dah lama couple..he..he..

Haaaiiii apa punya alasan laa. Macam kau sorang je kerja, alasan yang paling hampeh lepak-lepak minum dengan member. WWWAAAaaahhhh dengan kawan-kawan tiap-tiap hari jumpa tapi kalau dengan awek sendiri bila ajak jumpa mula laa tak ada duit laa hape la.

Bukannya aku hadap sangat dengan duit kau pun (eh tetiba teremo plak..he..he..aarrgggghhh lantak) satu je perempuan ni, diorg kalau dah sayang sanggup wat apa sahaja. Setakat nk belanja makan tu no hal laa. Yela lelaki fitrahnya mana macho kalau perempuan belanja.

Tapi satu je aku respect dengan lelaki ni, kalau diorag dah couple kawan-kawan tetap no SATU macam ssshheelllaaakkkkaaa..he..he..tapi kalau perempuan bila dah couple BF diutamakan kawan-kawan ditinggalkan...yang ni mcm ssshhhiiaallll.

Lelaki ni mana-mana pergi kawan-kawan lagi penting dari segala-galanya kalau perempuan pula bila dah dapat jantan jgn harap nak ingat dekat kawan. Aku cakap macam ni sebab aku pernah rasa macam mana rasa tu. Kawan baik ko sndiri sanggup tinggalkan ko demi BF dia.


Sunday, June 12, 2011

Apa Kena Dengan Perempuan

Sekadar berkongsi cerita, kawan aku ni perempuan. Bekas kekasih dia yang dulu dah kahwin dan sekarang member aku tu dah separuh gila. Sebab apa dia separuh gila sebab dulu Ex dia ni pernah melamar dia tapi dia tak nak sebab dia pilih orang lain dan sekarang kekasih dia tu dah tinggalkan dia.

Kawan aku ni kesalkan sangat sebab dia dah buat pilihan yang salah dan setiap hari dia akan mengadu dekat aku. contoh ayat yang biasa....

  • kenapa aku tak pilih ex aku dl??
  • aku menyesal..
  • BF aku tinggalkan aku tanpa tahu dulu aku telah buat keputusan besar untuk terima dia..
  • BF aku dah tinggalkan aku sekarang (eh macam sama plak dgn point dkt ats ni..he..he..)
Kita sebagai kawan ni harus laa bagi nasihat, bagi kata-kata semangat. Tapi dia boleh pula cakap cam ni "aku tak boleh berhenti dari fikirkan dia" selama mana ko mesej selama itu juga dia akan cakap cam tu...Hangin pula aku. Betul orang-orang cakap kalau lelaki bercerita tentang masalh sndri diorg lebih suka cari jalan penyelesaian dari ikutkan rasa hati, tapi kalau perempuan bercerita tentang masalah diorg lebih suka terbuai dengan emosi tanpa cari jalan penyelesaian.

Aku tak akui memang perempuan ni hati dia lembut senang tersentuh hatinya dan kalau dilukai memang hancur hatinya sampai tak lalu makan semua. Tapi ingat laa hidup ni terlalu singkat untuk di isi dengan kekesalan. Cuba move on, kau masih ada lagi family ada lagi kawan-kawan, jangan dikenangkan lelaki yang kau tahu sendiri dah hancurkan segala-galanya.

Satu lagi kalau peel perempuan yang aku perhatikan, sebelum couple pergi mana-mana dengan kawan semua benda pun buat mesti dengan kawan-kawan, tapi bila masing-masing dah ada BF, kawan-kawan ditinggalkan. Yang paling haram sekali korang sebagai kawan ni ajak keluar pergi kedai runcit pun dia blh bantai cakap "jap ek aku nak tanya BF aku dulu, kalau bf aku tau aku keluar tak bagi tahu dia nnti dia mengamuk pula" wtfiiiiiiiissshhhhhh.Dengan mak ayah tak ada pula ko nak bagi tahu semua tu tapi bila dengan BF ko masuk jambam pun ko nk kena bg tau.

Lepas tu kalau dah ada BF ni masing-masing macam tak boleh nak berenggang, makan sama-sama, keluar sama-sama kawan dekat sebelah ni pun buat pandang tak pandang. Tapi bila dah bergaduh dengan BF sendiri baru terhegeh-hegeh cari kawan ni. Apa punya perangai laa.

Tapi bukan semua perempuan bersifat macam tu, ada sesetengah aku tengok tak ada laa perangai pelik-pelik macam dekat atas tadi. Tapi pada siapa-siapa yang rasa ada sifat macam tu dalam diri cuba muhasabah diri sebentar sbb aku percaya Tuhan dah berikan kita otak untuk berfikir dan telah berikan kita hati untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk.


Saturday, June 11, 2011

Kehidupan Yang Tidak Realistik

Sudah satu tahun setengah aku menamatkan pengajian aku dan kini aku sudah memiliki segelung diploma yang bagi aku nilainya sama seperti aku memiliki sijil SPM. Ini kerana selama satu tahun setengah juga aku telah bekerja di merata-rata tempat dan jawatan yang aku sandang hanyalah pekerja bawahan yang boleh ditendang seperti bola dan terpaksa mengikut aturan majikan, contoh yang paling menyakitkan hati bila dipaksa OT tanpa dibayar OTnya.

Bagi aku diploma sudah tiada ertinya sebab banyak graduan ijazah dekat luar sana yang masih lagi menganggur. Sekarang ni diploma sudah sama taraf macam SPM. Bayangkan lagi 10 tahun mahu agaknya Ijazah pula sama tarafnya macam kita memiliki diploma, siapa tahu.

Satu lagi banyak iklan jawatan kosong disana-sini, itu memang tidak dinafikan tapi berapa banyak anda menemui perkataan seperti "sekurang-kurangnya memiliki pengalaman". Come on fresh graduate kottt baru keluar universiti pengalamn mana nak ceduk. Bagi laa peluang, kalau mcm tu brapa ribu lagi fresh grad yg terpaksa menganggur dekat luar sana.



Dan satu lagi sekarang ni gaji sangat-sangt la tak realistik dengan kerja yang dipohon. Contoh ye dalam satu situasi. Basic bg lepasan diploma (scra kasar) RM1500.00, tolak epf socso rm 200, duit makan dan trnsport RM300, bayar PTPTN RM200, rumah sewa RM200, duit kereta RM400 baki tinggal RM100.

RM200 bagi dekat mak ayah, bakinya tinggal RM0.00. Itu tak termasuk lagi kalau orang tu ada ambil insuran, tak termasuk lagi duit nak simpan dekat ASB dan tak termasuk lagi duit untuk korang berjimba-jimba. Rasa-rasanya kalau macam tu laa rutin harian kita, pergi balik kerja dan cukup bulan dapat gaji yang cukup-cukup agak-agaknya kita yang mampu berfikir ni akan ambil tak kerja tu???

Betul orang cakap graduan banyak menganggur sebab terlalu memilih pekerjaan dan terus nak gaji yang besar ini kerana tuntutan hidup semakin tinggi dan segala-galanya memerluakn duit. Aku ada kawan masa ambil diploma dekat kolej swasta jumlah pinjaman adalah RM45000 (anggaran) dan jumlah semasa ambil ijazah adalah (RM50000).

Bayangkan jumlah keseluruahn bayaran pinjaman balik adalah RM95000 itu tak termasuk interest. Seorang pelajar yang belum tentu habis kursusnya dah mula berfikir berapa yang dia perlu bayar dan kawan aku tu cakap jumlah yang dia kena bayar sekarang ni adalah RM600 selama 25 tahun itu seperti apa yang dia cakap laa.

HHUUUUIIIIII...dah sama macam kita beli rumah pula. Jadi adakah salah seseorang graduan itu memilih pekerjaan dan terlalu memilih tangga gaji ini semua adalah disebabkan oleh tuntutan hidup yang terlalu tinggi. APa yang aku maklumkan ini hanya untuk orang yang belum berkahwin, bayangkan seseorang itu sudah kahwin ada anak isteri, makan pakai harus jaga, pampers dan susu anak kena beli, cuba kira sndri berapa yang tinggal jika seseorang itu sudah berkeluarga.


Friday, June 10, 2011

Makan-Makan at Santai

Lepas dah puas shopping-shopping dalam tesco tu perut pun mula laa minta di isi. Jadi mak aku suggest satu kedai ni dalam tesco gak nama kedai tu santai. Bila masuk kat kedai tu rasa sangat-sangat selesa.


Apa yang selesa sangat tu??haa sebab kat kedai tu decoration dia teratur walaupun kedai tu banyak kerusi meja tapi still nampak sangat-sangat luas. Orang pun boleh tahan ramai, kedai ni menu dia macam alaa-alaa kedai tom yam laa.


Ada jual macam-macam jenis nasi goreng, ada tom yam, ikan pun ada macam-macam ikut suka laa nk ikan steam ke ikan tiga rasa ke, order je semua ada. Tapi masa datang sini family aku order yang ringan-ringan je. Tapi tak ada laa ringan sgt..he..he..


Dekat sini special dish dia adalah mee bandung. Perrrrrgghhh memang terbaik laa aku cakpa mee bandung dia. sebab apa mee bandung dia ni pekat. slalu kalau orang buat mee bandung rasa tomato je lebih so tak suka. tapi dekat sini rasa masam-masam sikit dan yang paling penting pedas.


Menu lain pula order nasi goreng kerabu. Nasi goreng kerabu dia pun sedap. Banyak je sayur memang puas hati laa kalau makan. dan yang paling penting rasa dia tak mengecewakan dan sedap rasa laa org cakap.


Last sekali order mee goreng. Mee goreng dia ni rasa macam mee ladna pula. Tapi tetap sedap sebab dia buat macam basah-basah. Lagi satu yang paling best mee dia basuh bersih sebab ada sesetengah kedai makan bila makan mee dia rasa kapur, serius terus terbantut selera.

Harga dia pula dekat sini biasa-biasa je, nampak macam eksklusif tapi harga dia masih lagi mampu laa. Kalau makan hari-hari dekat sini pun tak apa. Kalau tak silap aku restoran santai ni macam ada dekat semua tesco. siapa yang slalu pergi tesco boleh laa try makan dekat sini.


Thursday, June 9, 2011

Shopping at Rawang

Siapa yang dah beli baju raya??he..he..jwpn dia aku la tu. Puasa tak berganti lagi ni, baru ganti beberapa hari. Korg semua dah qada puasa?harap-harapnya dah laa. sebab tinggal lagi 2 bulan je lg nk masuk bulan ramadhan.


Sekarang ni dah jadi mcm fenomena dah. Lagi 3 or 4 bulan nak puasa semua tailor pakat-pakat tak nak amik tempahan baju lagi. Dulu aku rasa tak ada laa macam ni. Lagi satu kalau tempah baju serius mahal melampau. Kadang- kadang rasa tak berbaloi.


Aku rasa better beli. even nampak mahal tapi puas hati dan harga baju siap dgn harga baju yg kita tempah semua lebih kurang je harganya. Kalau baju tempah ni satu je yang aku menyampah. Ada sesetgh tailor tak pandai amik ukuran. Kalau buat baju kebaya tak ikut cutting badan tiba-tiba bila pakai dah macam jubah pula.


Jadi hari tu ada temankan maku aku pergi tesco rawang cari kain kat sana. Ape ntah nama kedai tu lupa pula. Tapi dekat dalam kedai-kedai ni banyak glerr kain dan tudung-tudung yang cantik. Aku kalau tengok kain tak bernafsu sangat, tapi kalau mak aku dah menggila pula aku tengok, semua un dia nak beli.


Wednesday, June 8, 2011

Mr Bagpacker

Sebagai seorang pentanam anggur yang berjaya kerja sehari-sehari adalah makan. online, tengok tv dan tidur. Bayangkan rutin hidup aku sejak aku menjalankan perniagaan pentanam anggur ni.


Kerja pentanam anggur ni boleh buat dekat rumah je..he..he..kalau dah namanya pun tak ada kerja memang kerja aku adalah mencari pekerjaan yang ntah kenapa aku rasa memang banyak kerja kosong tapi kerja yang aku rasa tak berpatutan dengan kadar tenaga yang dibayar.


Jadi untuk mengelakkan benda-benda macam tu aku lebih selesa di rumah. Tiada penindasan terhdap orang-orang bawahan dan tak perlu memikirkan management yang kadang-kadang memperdagangkan tenaga kerja manusia itu tanpa manusia itu mendapat imbalan yang sepatutnya.

Kejadian ni pun minggu lepas. Ajak business partner Mr Bagpacker mencari pekerjaan dekat TBS. Tapi mengecewakan. Decide makan dekat KFC sambil sembang-sembang hal masa lalu dan hal masa depan.

Sebenarnya dah lama juga laa kitorg tak jumpa sejak tingkatan 3 lagi sebab aku dah masuk teknikkan. Jadi tahun ni baru start haallloo-haalloo dan jmpa dia balik. Kiranya dia ni schoolmate aku laa.

Semabang-sembang sampai tak sedar masa berlalu sebab 3jam gak laa bertapa dekat KFC tu berborak, gelak semua.


Tuesday, June 7, 2011

Kenit-Kenit

Memang kalau tanya mana-mana perempuan semua cakap suka budak-budak. Biasa laa fitrah seorang perempuankan memang penyayang. Termasuk aku juga laa..he..he..aku paling suka bau budak-budak sbb bau diorg mcm baby.

Dekat sini aku bagi tepek gambar budak-budak comel, yang dekat bawah ni gambar anak acik aku nama dia qalesya, tapi panggil dia chacha tak pun chicha..he..he..dak kenit ni memang cerdik gilerrr laa sebab apa dia suka ajuk apa orang cakap. Sangat comel..he..he..


Tapi chicha ni memang lasak sangat-sangat, satu lagi kalau dia da start melalak memang tak hingat bingit telinga mendengar. Yang dekat bawah ni pula nama dia auna acik aku ni jaga budak. Budak ni pun duduk area rumah dia juga.

Pun sama juga sangat comel kalau tengok dia ni kurus tapi kalau korang dukung si auna ni badan dia memang keras gilerr. Auna ni pula jenis cenggeng tak boleh orang tersentuh sikit sure menangis tapi dia ni cepat mesra dengan orang.

Bila tengok budak-budak ni rasa nak cubit-cubit je sebab geram sangat..he..he..kenapa laa budak-budak kecil semuanya comel. Tapi bila diorg berak dah tak comel dah..he..he..



Friday, June 3, 2011

Bila Perempuan

Ini sekadar makluman untuk lelaki:::::::::::::::::

  • Bila perempuan selalu mesej itu tandanya dia caring. Jangan rimas tapi layankan sahaja.
  • Bila perempuan merajuk itu tandanya dia minta perhatian anda. Jangan rimas tapi layankan sahaja.
  • Bila perempuan marah itu tandanya dia sayang. Jangan rimas tapi layankan sahaja.
  • Bila perempuan queen control itu tandanya dia risau dan tak mahu kamu kenapa-napa. Jangan rimas tapi layankan sahaja.
Tapi andai kata GF anda tidak lagi menunjukkan tanda-tanda di atas, siap sedia laa mungkin dia sudah menemui seseorg yang mampu untuk membalas ratusan mesej yg disampaikan.


Yang mampu untuk bertahan di saat dia merajuk. Yang mampu untuk menadah telinga mendangar bebelan dan amarah yang dihamburkan. Yang mampu untuk menurut segala kemahuan dan aturan yang telah ditetapkan.

Kesimpulan dekat sini senang je. Andai kata GF korg mmg ada simpton2 dekat atas ni aku nasihatkan korg layankan je. Sebab perempuan ni selagi dia masih sayang, selagi dia masih cinta dia akan buat semua benda tu.

Tapi kalau sampai satu tahap korg tengok dia bagi mesej pun dah kurang dah jarang nak touching-touching dengan korang. Itu bala laa tu..he..he..


Thursday, June 2, 2011

Makan-Makan at Mandy

Lepas dah tengok cerita Nur kasih yang mengecewakan tu, perut pula terasa lapar. Sebab dari pagi tak makan. Dah memang jadi tabiat kalau nak keluar mana-mana dekat rumah mesti tak makan, bila dekat luar baru hegeh-hegeh nak makan.


Membazir je, bukan tak boleh kalau makan kat rmh..he.he..nama kedai ni mandy dah macam wendy pn ada. Tapi dekat dalam restoran ni memang sangat-sangat sunyi sebab apa??sebab orang tak ramai..he..he..


Makan dekat sini aman sikit, selesa, boleh sembang lama-lama tanpa ada gangguan persekitaran yang bagus. Tapi kedai ni decoration dia memang rare glerr laa. Style dia macam kedai dulu-dulu.


Soulmate order hot chocolate yang bagi aku bukan laa macam hot chocolate sgt sebab rasa manis melampau yang datang dari gula, tapi ok laa masih boleh layan lagi. aku pula order 7up tapi lupa pula nak snap.

Makan pula aku order asam laksa. laksa dia memang terbaik. Rasa pedas, rasa masam memang cukup laa. Lagi satu dekat sini macam pelik sikit asam laksa dia, sebab apa aku nampak dekat dalam kuah laksa ni ada seketul sardin..he..he..


Soulmate pula order mende dekat atas ni ntah lupa pula apa nama dia. Nampak macam biasa-biasa je kan tapi jgn tertipu sebab ayam dia mmg sangat sedap dan diperap dengan sempurna. Bila ayam tu masuk mulut je da terasa rempah dekat dalam daging ayam tu.



Wednesday, June 1, 2011

Nur Kasih

Kejadin berlangsung minggu lepas tapi seperti biasa minggu ni baru hegeh-hegeh nak post entry ni..he..he..Aku rasa ramai kot yg dah tengok Nur Kasih ni. Rata-rata review yang aku baca kebanyakannya cakap cerita ni best.


Ok. Tapi pendapat aku pula cerita ni biasa-biasa je. Tapi paling gempak diorg shoot memamg cantik laa. Cerita bermula dengan lambat dan aku rasa sampai ke sudah pun lambat, ni cuma pendapat peribadi aku je.


Soulmate siap cakap ngantuk sbb slow sangat. Tapi bagi aku blh laa layan..he..he..aku rasa drama dia lagi layan. Time aku tgk cerita nur kasih ni aku tengok dekat summit sebab dekat sana tak berapa ramai orang sangt.

Jadi tak perlu nak bersesak-sesak vontot masuk panggung. Sebab yang aku dengar cerita ni slalu full house je. Yang aku iyew2 tengok cerita ni sebab dengar orang-orang cakap cerita ni best..he..he..