Friday, June 10, 2011

Makan-Makan at Santai

Lepas dah puas shopping-shopping dalam tesco tu perut pun mula laa minta di isi. Jadi mak aku suggest satu kedai ni dalam tesco gak nama kedai tu santai. Bila masuk kat kedai tu rasa sangat-sangat selesa.


Apa yang selesa sangat tu??haa sebab kat kedai tu decoration dia teratur walaupun kedai tu banyak kerusi meja tapi still nampak sangat-sangat luas. Orang pun boleh tahan ramai, kedai ni menu dia macam alaa-alaa kedai tom yam laa.


Ada jual macam-macam jenis nasi goreng, ada tom yam, ikan pun ada macam-macam ikut suka laa nk ikan steam ke ikan tiga rasa ke, order je semua ada. Tapi masa datang sini family aku order yang ringan-ringan je. Tapi tak ada laa ringan sgt..he..he..


Dekat sini special dish dia adalah mee bandung. Perrrrrgghhh memang terbaik laa aku cakpa mee bandung dia. sebab apa mee bandung dia ni pekat. slalu kalau orang buat mee bandung rasa tomato je lebih so tak suka. tapi dekat sini rasa masam-masam sikit dan yang paling penting pedas.


Menu lain pula order nasi goreng kerabu. Nasi goreng kerabu dia pun sedap. Banyak je sayur memang puas hati laa kalau makan. dan yang paling penting rasa dia tak mengecewakan dan sedap rasa laa org cakap.


Last sekali order mee goreng. Mee goreng dia ni rasa macam mee ladna pula. Tapi tetap sedap sebab dia buat macam basah-basah. Lagi satu yang paling best mee dia basuh bersih sebab ada sesetengah kedai makan bila makan mee dia rasa kapur, serius terus terbantut selera.

Harga dia pula dekat sini biasa-biasa je, nampak macam eksklusif tapi harga dia masih lagi mampu laa. Kalau makan hari-hari dekat sini pun tak apa. Kalau tak silap aku restoran santai ni macam ada dekat semua tesco. siapa yang slalu pergi tesco boleh laa try makan dekat sini.


2 comments:

sya hassan said...

gurlp.. kasi sy terliur.. dah lme xmkn nasi goreng kerabu.. aaaaa... kena carik neh.. ~~ heee

ayanuts said...

he..he...msti cari sbb byk sayur dlm nasi tu