Saturday, August 20, 2011

10 Things That I Love

Tiba-tiba timbul idea nak buat 10 benda kesukaan. Maksud dekat sini benda yang aku suka buat, benda yang aku suka dan segala benda yang memang menjadi kesukaan aku..he..he..semua orang pun mesti ada benda yang diorg suka jugakan. Macam suka jalan-jalan, suka cari pasal, eh itu dah lain dah tu..he..he..ok meh kita chekedaud..he..he..

Yang pertama sekali aku suka dengan buku. Aku suka baca buku, tak kisah laa buku tu cerita pasal motivasi ke, buku berbentuk ilmiah ke, buku tentang perjuangan atau senang cerita sejarah. Memang dari dulu lagi aku suka subjek yang membaca macam sejarah ni. Sebab bila aku baca aku rasa macam diri aku terisi dengan fakta. He..he..cita-cita asal dulu nak jadi peguam tapi itu laa, tak kesampaian. Buku yang aku suka baca macam reader digest.

Picture from google

Kedua, aku suka sangat online atau dalam bahasa melayunya melayari internet. Sebab apa aku suka online, sebabnya macam- macam benda yang aku boleh dapat bila aku online. Senang cerita maklumat dihujung jari. Kau nak cerita apa, semua ada bila kau online. Tapi site yang aku suka baca bila online adalah blog...he..he..sebab blog ni tempat orang sampaikan maklumat, macam review pasal makanan atau pun review pusat-pusat peranginan yang menarik.

Ikan, aku paling suka makan ikan. Tak ada nasi pun tak apa laa, aku boleh ratah macam tu je. Slalu kalau makan ikan siakap tiga rasa ke atau pun ikan kerapu stim ke aku boleh habiskan ikan tu sekor sorang-sorang..he..he..bagi aku ikan tu manis. Tapi dulu masa kecik-kecik orang slalu cakap makan laa ikan banyak-banyak nanti perut banyak cacing..he..he..tak tahu laa korang pernah dengar ke tak pasal ni. Tetap tak heran, makan tetap makan..he..he..

Picture from google

Aku paling laa suka pergi pulau atau pun pantai sebab apa bila dekat pulau atai pantai otak terus rasa segar dan hati rasa tenang je..huhu..aku teringin sangat nak pergi krabi. Krabi ni dekat thailand, pantai dia serius cantik. Kau boleh nampak ikan berenang-renang dari dasar air tu. Nak pergi sini ntah tak tahu bilaa laa. Tapi kalau dapat pergi ni memang puas hati laa.

Picture from google

Yang kelima aku paling laaahh suka tidur..he..he..sangat tak senonoh hobi aku yang satu ni. Kata pun pentanam anggur so kerja adalah makan dan tidur membesarkan badan..he..he..slalu ikut jadual aku, pagi memang dah confirm-confirm bangun lambat. Lepas zohor nanti pun tidur lagi sampai petang, lepas tu malam tak boleh tidur tu yang siang banyak sangat tidur..he..he..hhaiaishhh memang nikmat sangat kalau dapt tidur ni.

Genting highlands, nasib baik laa tak berapa jauh sangat dari rumah. Kalau dari rumah aku ni amik masa sejam je nak sampai genting ni. Kalau genting ni belakang rumah aku memang hari-hari aku pergi..he..he..aku suka pergi sini sebab dekat sini sejuk lepas tu udara dia segar sangat dan yang paling penting pemandangan sangat laa cantik, feeling kat london uuoollssss..he..he..

Picture from google

Lepas tu aku juga suka shopping, perangai aku ni tak senonoh sikit. Dulu masa kerja kalau hari ni dah dapat gaji esok terus plan nak pergi shopping lepas tu aku ni jenis selagi ada duit dalam account tu selagi tu juga laa aku akan cucuk untuk shopping. Lepas tu akhir-akhir bulan nganga..he..he..

Yang kelapan aku ni jenis manusia yang suka senyum dekat orang lain. Tak kisah laa aku jumpa siapa-siapa pun aku mesti nak senyum..he..he..gilo ke hapekan. Tapi itu laa aku, lagi satu pula aku bukan setakat suka senyum tapi aku juga suka ketawa. Bagi aku senyum dan ketawa tu adalah terapi untuk diri aku sendiri. Bila aku susah hati aku senyum dekat orang lain sebenarnya hati aku sendiri jadi lega..he..he..

Aku suka sangat laahhh dengar lagu dari seberang, dari indonesia. Masa aku sekolah menenagh dulu aku memang suka sangat dengan group sehila on 7, lepas dari sheila on 7 masuk malaysia berlambak-lambak pula group indon or lagu- lagu dia dekat malaysia ni. Buka tu saje aku juga suka tengok cerita indon, cerita yang paling aku suka adalah cerita tentang dia. Satu lagi aku suka bahasa yang digunakan sebab membawa maksud yang mendalam dan membuat kita berfikir.

Picture from google

Yang kesepuluh aku paling suka masak. Ni memang kepakaran aku, tapi aku suka sangat masak lauk. Kalau macam kek ke biskut ke aku kurang sikit. Selalu dekat rumah ni memang aku laa tukang masak rasmi..he..he..antara banyak-banyak menu aku paling laahh suka masak spaghetti atau pun chinese food. Puas hati laa dapat masak untuk family sendiri, hepy bila tengok orang gembira makan masakan kita..he.he..

Jadi itu adalah antara 10 benda yang aku suka buat. Kalau ikutkan memang banyak lagi benda yang aku suka buat..he..he..tapi tengok laa kalau rajin lain kalai aku sambung lagi. So korang semua suka buat apa??boleh laa nanti tinggalkan komen dekat box aku tu, boleh kita kongsi sama-sama..he..he..




3 comments:

Iffah Afeefah said...

terbaikkkk


i like

ayanuts said...

Iffah Afeefah : apa yg like tu :)

Kancil 8349 said...

wah...hebatnya...semua yang kamu suka tu berfeadah...terutamanya bab 1. tu...