Saturday, August 6, 2011

Jalan- Jalan Mid Valley

Siapa ada keluar minggu lepas hari ahad. Makdsudnya sehari sebelum puasa??aku laa tu salah seorangnya. Saje je nak jalan-jalan lagi sebelum puasakan. Sebelum puasa laa boleh jalan habis-habisan, sok kalau dah puasa jangan harap laa dapat keluar jalan-jalan macam ni.


Siapa yang keluar hari ahad hari tu tahu laa hazab dia macam mana. Hari tu aku pergi mid valley memang masak laa besesak-sesak dalam ktm. Siap berlaga-laga vontot lagi, nasib baik aku duduk dekat coach perempuan.


Cerita minggu lepas baru minggu ni hegeh-hegeh nak hupdate. Aku rasa sebagai pentanam anggur bulan ramadhan adalah bulan yang sangat sibuk. Mana nak masak untuk sahur, chehhh macam ko bgnkan nadia pada hal mak kau yang bangun masak..he..he..lepas tu nak masak buka lagi, haa buka ni memang aku yang masak.


Masa keluar ni bertiga, dengan adik aku yang perempuan dengan yan. Yan ni pegawai bomba baru dekat rumah aku ni. Dia memang tak ada kawan perempuan, ye laa kerja yang dimonopoli lelaki mana nak ada kawan-kawan buat shopping semua, lagi pula dia baru pindah dekat sini. Baru 3 bulan, aku kenal dia ni pun masa kenduri dekat rumah aku.

Macam tak sangka perempuan lembut macam dia ni bombakan..he..he...jalan-jalan cuci mata dekat mid ni memang best sebab banyak sangat kedai yang nak ditengoknya. Bukan setakat tengok kedai tengok gelagat orang pun best. Ramai orang sangat hari tu, masuk mana-mana kedai penuh je.



3 comments:

terpatrisinarabadi said...

ramainyer manusia....

Muhaimin said...

seronok jgk dpt jalan2...ahahah... aku xkemana...xtau nk kemana...heheh

ayanuts said...

ikatankasihku : he..he..tau xpe sis..rimas rasa

muhaimin: he..he...jalan laa mana2 smntara cuti ni