Tuesday, August 9, 2011

Jantan Gila Talak

Ini kesinambungan dari entry yang sebelum ni, so officially member aku dengan awek dia tu pun clash. Tapi yang minta putus tu awek dia, kawan aku tu tak putuuskan apa-apa lagi sebab member aku tu dah gila talak dekat awek dia tu. Kawan aku tu sanggup terima segala perbuatan curang awek dia tu malah dia tak kisah pun sebab alasan dia, dia sangat sayangkan awek dia tu.

Bayangkan macam mana cinta yang diorg baja yang bukan sehari dua tapi bertahun-tahun tu berkecai begitu je sebab orang ketiga. HHHAaiiiisshhh teruk betul. Yang aku herankan sangat tu awek dia ni dulu bukan main sayangkan kawan aku ni, tapi sekarang macam mana dia boleh berubah secara drastik.


picture from google

Yang sadis sekali member aku tu laa. Sampai sekarang murung je. Sedih dan memang totally lost dia sekarang macam orang tak ada arah hidup. Itu laa penangan cinta, kalau tak boleh kawal kecewa tu mampu memakan diri.

Aku laa kalau jadi awek kawan aku ni memang bersyukur glerr laa kalau dapat lelaki macam ni. Yang mana sanggup terima segala kesalahan yang aku buat, yang akan terima aku dengan hati yang terbuka dan yang akan selalu sayangkan aku sepenuh hati. Mana nak dapat lelaki macam ni.

Sampai sekarang kawan aku tu masih tunggu awek dia datang dekat dia. Tapi awek dia tu memang keras hati, mungkin dah ada pengganti. Cuma untuk awek dia tu aku pesan jangan sesuke hati kau nak hancurkan hati orang sebab end up kau pun akan ada dekat tempat dia dan what goes around comes around.




8 comments:

ikatankasihku said...

betul tu, skrg tuhan bayar cash jer....
setiap perbuatan pasti ada pembalasan...barulah dia tau betapa sakitnya hati ni bila di lukai

ayanuts said...

ikatankasihku : itu laa..mmg sedey tgk kwn tu..tp biar laa..mgkn dah tkdr

Muhaimin said...

ko try la nasihat kwn ko tu...supaya dia carry on dgn life dia skg.. perempuan mana2 leh dpt la.. bkn sorang jew..ramai lg...lelaki spttnya kuat..jgn perkara camtu jd pelemah semangat dia

ayanuts said...

Muhaimin : huhuhu...aku pn ada ckp mcm tu dkt dia min..tp itu laa...dia terlalu sygkan prmpuan tu sgt

aleen aiden said...

haih,ade je cerita mcm ni kan.makwe baik,pakwe plak xbaik.pakwe dah baik,makwe pulak buat perangai.huhuh

ayanuts said...

aleen aiden: betul-betul..selalu macam tu..bila sorg dah ok sorg lagi plak spoil..haaiishhh

MissSyaz said...

slm. sianny kwn awk. mungkin perempuan tu dah berubah hatiny. iAllah he'll get over her cuma lambat atau cepat je. time heals - ni based my experience la hehehe

ayanuts said...

MissSyaz : he..he..stju sbb skang ni nk tggu bl masa tu akn dtg