Wednesday, August 3, 2011

Lelaki Memang Macam Itu, Perempuan Pula Mulut Puaka

Kenapa kalau kita marah kita akan tinggikan suara bila bercakap? Aku tengok yang selalu suka perangai macam ni lelaki. Tapi bukan semua laa. Contoh kalau kau tengah sembang-sembang dengan awek kau tetiba awek kau macam tak dengar apa yang kau cakap end up kau tinggikan suara dan buat ayat tambahan "tak dengar ke orang cakap apa!!!!!!" dalam nada amukan. Lepas tu kau jangan tanya kenapa awek ko sentap dengan kau.

Aku tak berkenan betul laa. Lagi satu kalau dah gaduh teruk-teruk tu segala- mala perkataan yang tak elok semua pun kau keluarkan siap tengking-tengking bagai. HHHHOOOOiiiiiii kau dah kenapa. Kot iyew pun marah cuba cool down dulu lepas tu baru cakap balik. Selalu jadi kes bila dah marah akan ada yang laa yang terlanjur cakap. Masa tu jangan menyesal apa yang kau sebut tu akan jadi kenyataan. Contoh ayat " aku dah malas laa nak gaduh dengan kau ni, kita CLASH laa!!!!"

Picture from Google

Dan kenapa orang yang marah tak dapat fikir dengan waras? Salah satu sebab adalah otak kita takkan dapat proses maklumat dengan betul dicampur pula dengan hati yang berkata-kata sebab dah dengar hasutan syaitan. Dan bila dah marah, semua akan letak otak dekat kepala lutut.

Jarang aku jumpa orang yang dapat kawal perasaan marah. Bagi aku lelaki kalau dah marah memang tak agak-agak, macam nak diamuknyerr semua benda. Contoh kes suami dera isteri pakai lesung batu, pakai tali pinggang, pakai tong gas, pakai kaki tangan, ape jadahnya tu.


Picture from Google

Kalau perempuan pula, bila dia marah mulut memang takkan henti membebal dan yang paling penting emosi dia memang dah bercelaru glerr, sebab tu perempuan lebih mudah terlanjur kata berbanding lelaki bila dia marah. Contoh paling dekat pergi tengok drama melayu part suami isteri bergaduh ayat yang selalu keluar " abang ceraikan saya sekarang!!!!" heehhhhh gila ke hape kau perempuan nak main cerai-cerai sekarang.

Itu adalah pandangan dan pemerhatian aku secara peribadi. Bukan semua lelaki atau pun perangai akan 100% macam tu. Ada juga lelaki yang sangat penyabar, soft spoken semua. Sama juga dengan perempuan bukan semuanyer bermulut puaka..he..he..



14 comments:

Cik Syeeda Sobbihi said...

kurangkan marah di bulan puasa nih.. kontrol jiwa.. hehe.

Acik said...

kalu marah, step back, take 5 dulu, cool down, pastu baru join balik bila fikiran dah waras semula.
:)

ikatankasihku said...

terpulang pd sikap individu tu sendiri

ayanuts said...

Cik Syeeda Sobbihi : he..he..tau xpe...bln puasa ni laa yg blh ajar kita utk jadi kurg marah

Acik: tau xpe..tp masalhnya tak rmai pn yang mampu buat mcm tu..ambil jln mudah..diamuknyerr sume

ikatankasihku : yang ni pn stju..sbb lain org lain caranya

zOeY zAu YaH said...

kena kawal amarah..kalau tak mmg pungpang2 lah jdinya.

gadisBunga said...

saya tak reti nak marah2. caye tak? caye tak? :D

saiazuan said...

huhu btl2 x sume mcm tu.. slalu yg cool n sbr orng yg solatnya dijaga

LyaLuna said...

heeheee. agk betul dsituu. tp bukn sume laa.. laki mmg salu ego tggi. bile dye tgk pmpn mcm ta endh dye, dye ase tcabar la.. tp my frens most sume okeyhh je. tataw le laki mne nikann. pmpn yes.. emo bnyk sbb hormon mmg salu cetu kn >.<

http://yanadimple.blogspot.com/

J.Syazwana said...

nasib baik dak akram jenis cool bila saya marah. kui kui kui :P

Tea Dno said...

kenapa tea rasa tea jumpa lelaki sume bukan jenis yang awak sebut eh? nampak gaya macam terbalik. kehkeh.

Tea Dno said...

sebenarnya lelaki yg suka marah tak bertempat ni, dikhuatiri takleh nk memimpi keluarga sendiri dgn baik. kita clash, kita clash. sok dah kawin, kita cerai, kita cerai. haaa.

ayanuts said...

zOeY zAu YaH : itu laa..slalu manusia gagal dkt situ

gadisBunga: he..he..percaya sbb kamu mcm kita

saiazuan : setuju sbb bl dah marah lgsg dah tak ingat sume..waima utk istighfar pn ssh

ayanuts said...

LyaLuna s: he..he..prmpuan mmg..tp jarang nk dgr prmpuan tggi suara..

J.Syazwana : he..he..sbb dak akram syg kamu sgt :)

ayanuts said...

Tea Dno : he..he..btl2..kalo llki mcm ni yg pimpin keluarga mahu huru hara