Thursday, July 14, 2011

Cukup Melayukah Kita Part 2

Hari ini aku nak cerita penuh program apa sebenarnya yang aku pergi ni. Nama program ni PEMBINA, program bina negara bangsa dalam ayat yang lengkap. Macam mana aku boleh terjebak dengan program macam ini??


He..he..sebenarnya member aku fatin dia kena pilih oleh universiti dia untuk datang kursus ni tapi dia tak ada member jadi dia ajak laa aku. Aku memang tak buat apa-apa jadi dari aku melepak dekat rumah baik aku ikut je program ni.


Program ni mengumpulkan mahasiswa dari seluruh negara, ada yang dari UMS, UNIMAS, UTEM, UPM dengan UTM. Jadi kira semua pun budak-budak pandai laa. Aku pergi sana sebab nak rasa macam mana rasanya jadi seorang pelajar universiti yang mana bila aku tengok pemikiran budak-budak U ni mantap-mantap belaka.


Program ni membincangkan tentang keadaan bangsa melayu kita sendiri yang macam merempat dekat tanah air sendiri. Sebelum ni aku tak ada laa fikir benda ni terlalu serius sangat tapi bila aku datang kursus ni baru rasa yang hal ni sebenarnya dah betul-betul kritikal.


Dalam program ini juga aku belajar yang bukan mudah untuk dapatkan kemerdekaan malaysia ini dahulu. Tapi bila tengok sikap segelintir masyarakat kita yang suka melaga-lagakn setengah pihak buat aku rasa sedih, kenapa perlu berkelakuan seperti penyangak dengan bangsa sendiri.

Memang sangat sibuk bila ikut program ni sebab apa, masa pendaftaran petangnya dah ada aktiviti, malam pula dari pukul 8.30 sampai pukul 10.30 ada ktivit lagi, aktiviti yang sama, siang ada aktiviti malam pun ada juga. Jadi sampai-sampai rumah pun dah lemau, terus tarik bantal sebab penat sangat..he..he..



5 comments:

Adylia Qarissa said...

mesti best kan daoat p kem :)

Noriz said...

wah bagus, patriotik sungguh!

btw, i folo u :)

ayanuts said...

Adylia Qarissa: he..he..best sbb kalo g kursus mcm ni dpt mkn byk kali..

Noriz: he..he..trma ksh noriz

meaw said...

waaaaa,teringin nak ke u jugak,sebab nak tengok rutin depa dan cara pemikiran depa gak...

ayanuts said...

meaw: xpe..bl2 dpt peluang blh laa pergi..mmg seronk :)