Tuesday, July 19, 2011

Makan- Makan at Ikea

Serius rasa nak nangis makan dekat foodcourt ikea ni..he..he..patut laa orang cakap sedap-sedap, tapi memang sedap betul pun. Lepas dah pusing-pusing satu ikea si ila cakap meatball dekat ikea sedap, so apa lagi terus laa kita ke sana.

Masa sampai dekat foodcourt tu serius penuh gileerrr orang. Seat pula banyak yang penuh, itu belum lagi tengok orang beratur ambil makanan lagi, nak bayar dekat cashier lagi, hhhuuiiii beratur panjang.


Memandangkan sebelum ni bila blogwalking semua orang asyik tayang meatballs dan cakap sedap semua harus laa ambil meatballs 10 ketul. Tapi aku tak ada laaa makan sampai 10 ketul sebab aku kongsi dengan soulmate.


Rasa meatball dia sumpah sedap, aku ingat dia daging biasa je tapi bila aku rasa meatballs tu macam ada herbs, itu belum lagi dia punya sos memang sedap betul. Lepas tu ada juga ambil chicken wing, tapi lupa nak snap picture sebab tak tahan tengok makanan..he..he..


Soulmate makan pasta, pasta dia memang sedap, sebab sos pasta dia letak banyak glerr. Lagi pula aku suka pasta ni sebab sos dia ada rasa masam-masam tomato lepas tu sos dia tu pun ada rasa herbs juga sama macam meatballs dia.


Last sekali order order daim kek, apesal laaa sedap sangat kek ni..he..he..rasa dia macam mana ek aku nak cakap, ada rasa cheese juga coklat pula memang terasa sangat coklat dia. Mula-mula aku tengok laa macam ni je ke kek dia sekali bila dah makan, haa ambik kau rasa macam nak beratur beli lagi..he..he..

Bagi aku makanan dekat sana murah sangat-sangat tak padan dengan tempat dia, banyak makanan harga bawah RM10 bagi aku memang berbaloi-baloi laa. Lepas makan dekat foodcourt maka berjalan laa kita beramai-ramai ke the curve, sekali nampak tutti frutt...he..he..

Soulmate dah tahu dah aku kalau nampak benda ni mesti parkinson, dia pula bila nampak benda ni mesti pening kepala sebab aku mesti ajak dia beli..he..he..glerr ye harga dia aku ambil hari tu kena RM18, sebelum ni kalau beli paling-paling banyak pun baru kena RM16. Tapi masa keluar ni memang puas dengan makan je..he..he..



9 comments:

aidahassan said...

:)

J.Syazwana said...

adoiyai dah la tengah pose ni. telan ayaq liuq je lah ni ha. huhuhu. tapi seyes meatball dia sedap gila kan !! dah lama tak makan situ. hee

ayanuts said...

aidahassan: he.he...senyum je :)

J.Syazwana : sama laa kita pn puasa hari ni..he..he..

rara pinkmafia said...

huaaaaa sedappppp.daim kek sedap!

Sue Baharuddin said...

huuuu..x pnh try kat situ..dgr ramai yg cakap sedap.. mmg kna try ni .. kna gi b4 ramadhan ni :)

✿ cikcimi said...

heee. kat ikea dah penah mkn tp tutti fruiti tuh xpnh ag. :D

ayanuts said...

rara pinkmafia : he..he..tau xpe,,rasa mcm nk beli semuanya

Sue Baharuddin : he..he..kena pergi sbb mmg sedap sgt

✿ cikcimi : he..he..tutti frutti tu mcm pencuci mulut..

nairaariaa said...

mmg sedap n berpatutan makanan kat ikea tu..nyum3x...rase nak lagi plak..he~

ayanuts said...

nairaariaa: he.he..tau xpe..kalo sy rasa mcm nk pergi skang juga