Sunday, August 7, 2011

Kantoi Dengan Jantan Lain

Perempuan pun sekarang memang ramai yang tak boleh percaya lagi. Aku rasa perempuan sekarang tak sama macam perempuan zaman dulu. Maksud aku bila pandang dari sudut kesetiaan. Tapi bukan laa semua perempuan macam tu. Ada je lagi yang setia.

Kenapa aku cakap macam tu. Sebab kawan lelaki aku nampak awek dia dengan jantan lain. Cerita dia macam ni, dah beberapa hari kawan aku ni cuba mesej awek dia tapi tak dapat. Bila kawan aku ni mesej awek dia memang haram laa awek dia ni nak reply mesej dia tu.


Picture from google

Dia pun susah hati. Ye la pelik kenapa awek dia tak contact dia langsung. Dipendekkan cerita sehari sebelum puasa dia pun tunggu laa awek dia ni depan rumah awek dia. Dia tunggu dari pukul 5 petang sampai pukul 8.30, tapi awek dia ni tak keluar-keluar rumah juga.

Jadi nak dijadikan cerita kawan aku ni nampak ada kereta my vi berhenti depan rumah awek dia ni. Dalam kereta tu dia nampak awek dia dengan jantan lain, siap cium tangan lelaki tu. Menyirap tak menyirap dia pun serang laa. Tapi dia serang mulut je laa. Sebab tak nak kecoh-kecoh.

Dia tanya dekat awek dia " dia ni siapa??"...awek dia senyap je. Member aku ni pun tanya lagi, lepas tu baru awek dia cakap macam ni " ni kawan je"..member aku tanya lagi " kalau kawan je takkan kau dah boleh salam dan cium tangan dia????"..awek dia ni pun bagi alasan yang super bodoh " dia ni lagi tua dari aku lagi pun dia dah hulur tangan takkan aku tak salam"...member aku balas balik " tapi perlu ke nak cium tangan semua??"...terus senyap awek dia ni.

Picture from google

Pppperrrgghhh perit glerr kowt awek yang ko tatang penuh selama dua tahun ni curang dengan kau. Sakit hati lagi bila kau dah tunggu dia lama-lama depan rumah lepas tu kau dihidangkan dengan kecurangan awek kau tu. Siapa tak sakit hatikan.

Kalau lelaki curang memang perkara biasa tapi kalau perempuan curang tu yang sedikit pelik....he..he...entry aku ni bukan nak kondem perempuan, tapi macam yang aku cakap bukan semua macam tu. Tapi aku pelik macam mana cinta yang dah bertahun kau baja tiba-tiba berakhir dengan kecurangan pihak yang lain.

Untuk kawan aku tu anggap je ni dugaan bulan ramadhan, aku tahu kau nangis glerr vavi lepas kes tu depan mak kau. Rilex laa, kawan-kawan ada, yang paling penting keluarga. Kau tengok family kau tak kan sesaat pun dia tinggalkan kau lagi-lagi mak kau.



4 comments:

Muhaimin said...

lumrah kehidupan nad... apa leh wat.. klu aku jd lelaki tu la.. mulai saat tu, aku wat bodoh jew..aku anggap aku xkenal lgsung dah perempuan tu...dari menyakitkn hati org lain...lebih baik hati aku sndiri yg sakit... heheh...ni dari sudut perspektif aku jew.. xde kena mengena dgn org lain

J.Syazwana said...

kesiannya dia
mungkin perempua tuh bukan terbaik untuk dia kan :')

ayanuts said...

Muhaimin: itu laa....sakit lagi satu hal..rasa mcm dikhianati lagi..hasiisshh

J.Syazwana : itu laa...nk wat mcm mana..bkn jodh diorg agknyerr

MissSyaz said...

sedih sgt kalo jd kat sy :(