Monday, May 23, 2011

Ada Apa Dengan MLM

MLM ssiapa pernah dengar?? alaaa bnda MLM ni dah top orang cakap. Rata-rata ada yg maki dan rata-rata juga die-die cakap MLM tu bagus. Tapi aku sekadar nak bercerita pengalamn aku dengan MLM ni. Belum terjebak tapi hampir terjebak. Masa pergi ni tengah budak-budak hingusan lagi.

Time ni aku pergi dengan, soulmate, lan dengan ila pergi wisma mana ntah dekat-dekat KLCC. Masa mula-mula sampai tu peerrgghhh gila vavi penuh kat dalam tu dengan orang. Yang bawa kitorg ni kawan member aku si lan ni.

Umur diorg baya-baya kitorg gak tapi dress up perrgghh da mcm executive padahal masing-masing SPM je. Ahli MLM yg bawa kitorg ni nmpk macam ikan-ikan bilis je lagi. Biasa laa budak baru nk up. Mula-mula diorg cerita sedikit sebanyak laa macam mana diorg beroperasi so dengarkan je laa.

Lepas tu mula kitorg kena brainwash sebab diorg dah panggil diorgnyer sifu. He..he..part ni memang aku nak tergelak glerr bila teringat balik kenapa kitorg 4 org tak boleh cakap NO dengan segala apa yg diorg cakap dah macam kena pukau pun ada. Satu je aku cakap kalau dengan org MLM ni jgn laa korg berlama-lama sbb cara dia brainwash mmg hardcore gileerr. Sape yang tak tahan boleh terjebak.

Yang paling aku ingat bila aku cakap aku nak fikir dulu boleh dia cakap aku ni orang yang tak mahu majukan diri sendiri. Ko bayangkan aku lepas SPM dan modal masa tu yang diorg nak 2.5K. Bayangkan budak lepasan SPM yg spender pun mak pak still belikam lg ada ke 2.5k itu.

Tapi solution diorg baik laa siap cakap lagi sedangkan budak sekolah yang tak ada duit pun boleh join apatah lagi kitorg. Lepas tu dia bagi kitorg kertas suruh listkan contact name dalam phone kat dalam kertas tu dan target setiap seorg kita pinjam RM100 kalo ada 25 nama tak mustahil boleh dapat RM2.5k.

Pppperrggghhh memang kerja gila. Kitorg pun listkan laa satu persatu nama dalam kertas tu. Masing-masing sebenarnya dah susah hati ni. Gila apa nk call sorg-sorang sampai 25 tu semata-mata nak pinjam duit.

Yang paling aku ingat orang MLM ni banyakkan sogokkan dengan duit. Contoh laa dia tanya apa kereta idaman korang. Masing-masing cakap la honda laa toyota laa. Lepas itu dia mula la pancing kalau korang dah dapat untung sok bukan setakat toyota, mercedez or ferrari pun boleh kalau nak.

Satu lagi diorg pandai pancing. Siap tanya lagi korang teringin tak nak hantar mak pak korg pergi buat haji??sebagai ank off course laa nak kan. Jadi dengan pulangan yang korang akan dapat tu laa korg boleh hantar mak pak korg pergi haji.

Macam haram ok. Tak nak aku bagi mak pak aku guna duit yg tak tau dari mana sumbernya itu untuk tujuan amal ibadat mak pak aku. Diorg ni gila betul laa sebab tu aku cakap siapa yg baru-baru nak kenal MLM ni fikir-fikirkan laa sebab duit tak kan jatuh depan mata tanpa usaha dan apa yg korg dengar tu janji-janji manis yg sebenarnya tak berapa nk manis.


No comments: