Monday, May 30, 2011

Susah dan Senang

Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah kepada shah hizad kerana telah bergelar suami. Tak sangka betul dalam ramai-ramai kawan kita kau dah mendirikan masjid dlm umur 23. Sedangkan aku masih lagi khayal dengan dunia yang aku sendiri belum pernah rancang.

Tapi serius sebenarnya aku takut betul bila orang-orang mulabercakap soal kahwin. Bagi aku, aku takut betul dengan komitmen dan yang paling penting aku takut hidup susah. Aku takut pasangan aku tak mampu jaga aku sebaik mak dan ayah aku jaga aku.

Aku takut kalau aku kena hidup susah dan terpaksa ikat perut tunggu hujung bulan sedangkan dengan mak dengan abah aku tak pernah rasa macam itu.

Aku takut kalau dia tak mampu untuk terus setia dengan aku sedangkan mak dan abah aku takkkan pernah sesekali tinggalkan aku.

Aku takut juga kalau dia berubah sedangkan aku tau mak dan abah tak akan berubah dan tak akan prnah tinggalkan aku.

Tapi aku sedar nak tak nak semua akan rasa susah untuk bina keluarga sendiri. Tiba-tiba aku termotivasi dengan apa yang pernah kawan aku cakap, dia cakap...........

"hidup kita mmg tak mewah tapi insyaallah cukup"



3 comments:

J.Syazwana said...

lagi takut kalau takde bf lagi. hehehe :P

Raden said...

owh. sy pon takot nk kawen..tapi perasaan tak sabo nk kawen itu lebih..hehe

ayanuts said...

wana: he..he..ye la slain dari family bf gak org terdekat dgn kita
naddia: nama kita sama..he..he...cik nadia da smpai seru la tu