Sunday, July 3, 2011

Kau Curang Aku curang Balik Dekat Kau

Ada satu kisah untuk diceritakan. Kisah kawan sendiri. Aku namakan kawan aku yang lelaki tu Mr A, dan aku namakan awek dia tu Ms I. Cerita bermula bila kawan aku ni Mr A dapat kantoikan awek dia ada jantan lain, apa lagi mengamuk sakan laa Mr A ni. Ms I ni pula ada skandal dengan budak dekat tempat dia kerja tu. Mr A dengan Ms I ni sebenarnya cinta jarak jauh.

Mr A sangat sayang gila vavi dekat Ms I ni. Tapi itu la, perempuan mana boleh hidup kalau lelaki tak ada depan mata, jadi Ms I ni pun pasang skandal. Ye la depan mata senang nak jumpa semua, lagi satu alasan Ms I berskandal sebab Mr A tak berpenampilan menarik.

Kenapa setelah bertahun-tahun kau couple dengan dia baru hari ni kau gatal pertikaikan itu semua. Bagi aku Ms I bercinta sebab nak teman dikala sunyi, ye la BF jauh. Dipendekkan cerita Ms I pun putus laa dengan skandal dia tu sebab rasa cinta lagi dekat Mr A.

Tapi persoalan dekat sini Mr A sangat pendendam sampai satu tahap dia boleh menghina Ms I tanpa belas kasihan dan maruah Ms I bagai dipijak-pijak. Bila aku tanya dekat Mr A kenpaa kau buat mcm tu jawapan dia " aku tak boleh lupakan apa yang dia dah buat dekat aku, apa tak cukup lagi ke apa yang aku dah bagi dekat dia selama ni? aku sayang dia, aku tak mampu lepaskan dia, tapi dalam masa yang sama aku tak dapat bohong hati aku, aku sakit dengan apa yang dia dah buat dekat aku".

Lebih kurang begitu laa ayat dia. Lepas tu kita dengar apa kata si pesalah pula iaitu Ms I. " aku sunyi dekat sini dia jauh dalam masa yang sama aku suka skandal aku ni sebab skandal aku ni lagi bergaya, tapi lama-lama aku sedar yang aku juga tak boleh hidup tanpa Mr A dan aku mengaku salah dan aku sanggup untuk dihina dan dicaci".

Ok. Perkara itu dah jadi dekat setahun juga kita tengok apa yang berlaku selepas setahun. Mr A terus dengan sikap baran serta sikap suka mencaci serta memaki hamun Ms I tanpa belas kasihan. Ms I pula terima segala cacian dengan linangan air mata. Kau bayangkan dah dekat setahun tapi masih macam tu juga.

Paling parah sekali bila Mr A dah mula ada skandal dengan perempuan lain dan dalam masa yang sama tidak mahu lepaskan Ms I. Persoalan di sini adakah patut kecurangan juga dibalas dengan kecurangan. Kenapa tidak memaafkan sedangkan Ms I sudah terima berbakul-bakul hinaan tapi dia tetap dengan Mr A.

Bagi aku dua-dua pun ada salah. Salah yang pertama off course la pasal kecurangan Ms I. Yang kedua pula Mr A, kau dah apa hal buat perangai jalang macam tu. Kalau kau dah tak nak dengan Ms I lepaskan dia laa bhaii, dia tu perempuan.

Bagi aku dekat sini dah tak ada gunanya bercinta kalau masing-masing selalu gaduh lepas tu boleh pula berbalas-balas apa yang orang tu dah buat. Yang lepas tu biar lepas. Sampai bila nak simpan dendam dalam hati tu. Lagi satu Ms I tu pun dah mnta maaf semua dan aku tengok Ms I ikutkan je perangai celaka kau tu, itu pun kau tak sedar lagi ke. Ms I pun aku tengok tak ada dia buat perangai lagi, sekarang ni kau pula.

Apa yang aku nak sampaikan dekat 2 makhluk yang aku sayang ni:::::::::::

Mr A.........Dah laa tu, yang lepas biar lepas. Kau cakap dengan aku kau sayangkan dia. Tapi tergamak kau lukakan hati dia. Mana kau nak jumpa perempuan macam tu, perempuan yang boleh terima kau bila kau hina dia perempuan jalang, perempuan tak ada maruah. Fikir-fikirkan laahhh. Aku tau kau terseksa dengan apa yang dia dah buat dekat kau, tapi dengan satu kemaafan yang betul- betul ikhlas mungkin hati kau akan tenang.

Ms I.......Lain kali jangan buat hal kalau dah ada orang sayang dekat kau. Tengok apa dah jadi kau juga yang terseksa menangis. Apa-apa pun kalau kau boleh bertahan dengan dia kau teruskan je, dia tengah marah lama-lama mana tau dia lembut hati. Tapi kalau agak-agak kau dapat rasa tak ada cinta lagi dekat mata Mr A kau tinggalkan je laa dia. Sebab dah terlalu lama kau bersabar dan dah terlalu lama kau di injak-injak maruah diri.



2 comments:

Kancil 8349 said...

bila manusia tidak boleh menerima kenyataan...dan sememangnya dia kecewa habis...

ayanuts said...

ums niza: itu laa....mmg mcm tu ke yg kita ptt buat kalo psgn kita curg..hhaaiiii dunia