Saturday, June 18, 2011

10 Things About Me

10 things about me, he..he..aku dapat idea ni masa aku blogwalking. Mcam best je nak blog tentang 10 perkara ni. Kita bagi kongsi sama-sama siapa sebenarnya owner blog ni, macam mana dia, adakah seorang yang sombong atau seorang yang pesakit wad psikiatri yang baru terlepas dari hospital.


  1. Aku ni seorang yang degil dan keras kepala kata pun anak sulung, contoh macam orang kata jangan buat bahaya tapi aku buat juga, bila dah sakit baru menyesal dan kadang-kadang suka paksa-paksa orang ikut kemahuan aku..he..he..
  2. Tapi aku juga seorang yang ciwek maksud dekat sini aku kuat touching dan cepat nangis, contoh mak aku marah sebab aku tak basuh pinggan pun dah boleh jadi drama air mata untuk aku..he..he..
  3. Selain dari tu aku ni seorang yang peramah dan sangat banyak cakap sampai parents aku pernah cakap nadia ni akan senyap bila dia makan dengan tidur je..he..he...tapi bukan dengan semua orang aku banyak cakap selalu dengan family, soulmate dan kawan-kawan yg aku rapat je mulut aku ni tak benti-benti nak bercerita.
  4. Aku sangat suka baca novel, novel tebal mana pun aku boleh habiskan dalam masa sehari dan aku juga suka dengar lagu indon berbanding lagu melayu, band indon yang paling aku suka adalah sehila on 7.
  5. Sangat kuat makan macam ada bela jin 10ekor dalam badan..he..he..nama je perempuan tapi sebenarnya aku ni kuat makan sangat-sangat. Slalu ulang- alik masuk dapur cari makanan.
  6. Sangat cepat susah hati dan terlalu cepat menggelabah, ni perangai aku yang paling teruk. Contoh kalau barang aku hilang aku akan menggelabah habis-habis dulu lepas tu baru cari barang yang hilang tu. Masa sekolah dulukan ada cikgu suruh buat presentation semua, bila time presentation aku akan senyap dan bila aku nk cakap tetiba aku kena sawan gagap..he..he....
  7. Cepat kesian dekat orang, not good ok. Sebab apa aku cakap tak baik contoh ada orang buat jahat dekat aku, aku boleh maafkan macam tu je even kadang orang tu dah pijak kepala aku dua tiga kali dan bila orang tu minta maaf aku rasa kesian kalau aku tak maafkan.
  8. Kuat tidur, kau campak je aku dekat mana-mana sure aku boleh tidur. Hobi tidur ni jadi sejak aku masuk asrama lagi. Contoh kalau hari cuti aku hanya akan bangun masa makan tengahari je dah balik dari makan tu aku sambung tidur balik sampai ke maghrib, mandi-mandi semua pukul 10 aku dah tidur balik sampai macam tu sekali tahap tidur aku.
  9. Suka senyum dan suka ketawa senang cerita happy go lucky laa dan jarang nak marah. Aku kalau gelak dah macam hape ntah malam-malam kalau orang dengar aku gelak da sama macam puntianak kuat dan nyaring mesti orang ingat aku ada bela hantu sebab sindrom gelak aku tak dapat dibendung.
  10. Sangat takut dengan kucing..he..he..dulu aku ingat lagi masa form 3 ada kucing sesat masuk dalam kelas. Cikgu tengah mengajar dekat depan tapi aku dekat belakang dah siap-siap melompat atas meja da. Punya takut sangat dekat kucing, kalau dekat kedai-kedai makan yang ada kucing memang aku tak jadi makan dan aku mesti ajak balik terus..he..he..bukan kucing je aku takut segala haiwan yang ada dekat atas bumi ni pun aku takut..he..he..
Itu laa serba sedikit tentang diri aku. Kadang-kadang aku ada rasa macam nak ubah diri aku dengan atasi segala kelemahan yang aku ada, tapi betul laa orang cakap, macam mana dalaman kita macam tu laa sampai bila-bila.


No comments: