Wednesday, June 22, 2011

Parents Terlalu Mengongkong Anak

Susah gila kalau dapat mak bapak yang terlalu over protect anak dia dan susah juga kalau dapat mak bapak yang selalu rancang perjalanan hidup anak dia. HHHHHAAAAIIIIIISSHHHHH sumpah rasa nak mengeluh setiap masa. Cerita dia macam ni beberapa bulan yang lepas aku dah dapat kerja, kerja yang bagus, gaji pun banyak cuma kerja tu sabtu ahad aku kena kerja laa. Tapi no hal sebab bukan sampai malam-malam pun lepas tu cuti aku pula hari biasa ok la tu.

Aku dengan gembira bagi tau laa mak pak aku pasal kerja tu, sbb aku dah nak start kerjakan. Lepas aku dah cerita-cerita mak aku boleh cakap sabtu ahad ko kerja jadi tak payah laa kerja tu cari kerja yang lain je sbb susah kalau nak balik kampung semua. Aku pun ikutkan laa cakap mak aku tu.

Memang time ni aku rasa macam down gila dengan alasan yang mak aku bagi tu. Lepas tu baru-baru ni aku dapt kerja yang best gak gaji sebulan sama macam ko kerja tiga bulan, siapa yang tak nakkan. Sama gak aku da nak mula kerja ni aku pun cerita dekat mak aku tempat aku kerja semua tu boleh pula kali ni dia cakap tempat tu jauh sangat.

Padahal dalam 20minit je kowwt dari rumah. HHHHhHhHAaaaaaIIIIssshhhhh sama gak yang tu pun aku terpaksa tolak. Aku nak kerja yang itu pun tak boleh yang ini pun tak boleh habis tu sampai bilanya nak bagi aku kerja.

Susah laa cam ni, dah la income tak ada, duduk je dekat rumah memang bosan sampai tahap nak gila. Sebab tu kalau siapa-siapa yang nak jadi penganggur mental mesti kuat. Sejak dari tu aku dah jarang dah bercakap dengan parents aku.

Aku rasa marah sampai satu tahap rasa stress yang teramat sangat. Tapi tak ada sampai tahap aku nak kurang ajar dengan mak bapak aku, aku cuma diam je tak banyak cakap sangat macam dulu. Agak-agak mak orang lain ada tak macam mak pak aku ni??


7 comments:

Liquid said...

ko slow talk x ngan parents ko nadia? ke ko telan je bulat2 mak ko ckp cmtu?
tp kdg2 kne ikut jgk kan kata mak bapak, sbb kalo pape jd nnt msti akan dengar

"ha kan mak dah cakap.!"

tu yg maleh nk dgr eheh. xpe, rezeki ade di mana2 kan =)

qucachahir said...

menarik.. :)
hurm..nak bagi pendapat..
kadang-kadang kite kene tegas dengan mak ayah kite tentang masa depan kite sendiri..
terangkan dengan ur parents..
bagi peluang kamu cuba hidup berdikari..
merasa sedikit kesusahan dan kesenangan dalam alam pekerjaan ;)
bagi dyorang paham oke..
mesti ada restu mereka taw..
btw..gud luck for ur life.. =)

ayanuts said...

liquid: aku trma bulat2 sbb aku tak nak mak aku ckp "ha kan mak dah cakap" he..he..karang kalau aku cakap kang dia touching lak..ko pn fhm la kan org tua..

qucachair: lepas ni sy akan cuba..nway thankx byk2 ats pendapat tu..sgt2 berguna utk sy :)

tieykah said...

sabar dear:)

kadang-kadang mak ayah fikirkan sesuatu yang terbaek untuk anak-anak.

maybe ni untuk kebaikan kamu.
kalau mak ayah melarang,mungkin ada hikmah disebalik itu.

percaya la,saya pernah tidak-mendengar-kata emak.dan something bad happened.

baru saya tahu kenapa naluri seorang ibu itu melarang dan kita harus mematuhi.

ayanuts said...

tieykah: thank you..btl apa yg awk ckp tu..tapi itu laa kita nk bekerja je..kerja tu pun halal..tp itu laa mcm yg awak ckpkan tu mungkin ada hikmahnya :)

A i n n u r A f i f f a h said...

ee.. siannye akak.. =.='
nape xbincang gn parents?
kdg2 xsemua kputusan parents kite betul kan.. :)
bersuara sesuai dgn caranya & dlm msa yg sme still jaga hati diorg..
so,barulah dua2 belah pihak dpt psefahaman..
hehe.. >.<

ayanuts said...

ain: he..he..trma ksh ats nasht tu...akan cuba sprti yg dicdgkan :)